Written by Bella | March 26th, 2015

Semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kononnya pelawak terkenal Mr Os sudah meninggal dunia. Berita tersebut mula tersebar di laman sosial Twitter, bagaimanapun beberapa pihak merasa sangsi dengan khabar tersebut kerana akhbar Berita Harian baru sahaja melaporkan bahawa Mr Os masih lagi dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan Tonsil.

Mr Os  kini semakin pulih dan sihat selepas hampir 8 hari dimasukkan ke Hospital Selayang dan masih lagi berehat dalam melakukan pekerjaan.

Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami. Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya penyakit itu benar-benar pulih.

Tambah Mr Os lagi, beliau harus mendapatkan rawatan susulan daripada hospital lain kerana setiap daripadanya mempunyai kepakaran yang berbeza. Pada masa yang sama, beliau berharap peminat mendoakan kesihatan beliau dan kembali sihat.

Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Siapalah yang mulakan gosip Mr Os dah meninggal ni? Sengaja cari perhatian ke apa? Apa perasaan anda, rasa bangga bila orang ramai mula kecoh. Janganlah gunakan media sosial untuk menyebar berita palsu.

Sumber Berita: mStar Online

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Mr Os Masih Hidup Minta Peminat Doakan Kesihatannya

  1. Anonymous says:

    tau xpe.. sume gile glemer.. konon semua benda dia tau dulu.. padahal xde bukti pun..

    0

    0
  2. HAMBA ALLAH says:

    SEMOGA CEPAT SEMBUH EN OS. TAK BAIK SEBARKAN CERITA YANG TAK PASTI. CERITA HIDUP MATI NI BUKAN NYA MAINAN. AGAR ORANG YANG WAR2 KAN TU BERTAUBAT LAH YA.

    0

    0
  3. makcik jaga parking says:

    semoga dicepatkan dan dipermudahkan kesembuhan

    0

    0
  4. gandy says:

    Anak aku dulu pun wat pembedahan tonsil jugak masa dia umor 12 thn and doktor nasihat suroh mkn aiskrim. Tu nampak mcm ade yg tolong suapkan aiskrim kat dia…

    0

    0
  5. tt says:

    Ya Allah kesiannya :( Semoga Allah sembuhkan dan pulihkan semula kesihatan Mr.Os. Untuk yang sebarkan berita orang meninggal @ tak meninggal tanpa bukti dan kesahihan tu, moga2 tak terjadi pada dia saat tiba masa dia nanti. Amin.

    0

    0
  6. Enter Your Name says:

    bila terbace Hospital Selayang and baju Mr Os pakai .. teringat arwah abah aku T_T

    ?????? ??????? ????????????? ?????????
    ????????? ??????? ????? ?????????????
    ???????????? ?????????
    ???????? ?????? ???????
    ???????? ???????? ?????????? ???????????
    ???????? ??????? ?? ??????????????
    ???? ??? ????????? ?????????? ?????????? ??????
    ???????????? ?????????? ????? ?????????????

    0

    0