Written by AbangNara | February 5th, 2014

Setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya Misha Omar dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bakal bergelar suami isteri pada bulan Mei ini. Majlis pernikahan ini akan diadakan secara sederhana di Kota Bharu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Misha dan Firos atas berita gembira ini. Semoga kali ini tiada lagi penangguhan berlaku

gambar nikah mish

Misha dan Firos juga telah bersetuju untuk menghantar 5 dulang hantaran tanpa sebarang barangan berjenama dan wang tunai. Satu langkah yang amat terpuji. Tak perlu habiskan beratus ribu untuk perkahwinan. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin. Kata Misha kepada Mstar Online:-

Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai. Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami

firos dan misha omar

Untuk makluman, Firos dan Misha telah pun bertunang pada 21 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka telah pun ditangguhkan 2 kali kerana kesibukan masa dan kematian ayah Misha Omar. Semoga perancangan kali ini menjadi kenyataan buat mereka berdua. Abang Nara pasti banyak peminat tak sabar hendak melihat Misha di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to (TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini

  1. gigi emas says:

    Takziah, Misha Omar Cerai May Ini (Headline di masa akan datang di headline gossip nara bodoh ni….hahahahahahahahahahaaha)

    0

    0
  2. Wellwisher says:

    Semoga berbahagia hingga ke Jannah, amiin.

    0

    0
  3. nlmr says:

    oh . org kelantan ye . hmmm . ni da 1 2 3 4 5 6 7 8 eh ta terkira la org kelantan serambi mekah ni ta tutup pun aurat . buat malu tg nik aziz je.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    aduhaiiiiiiii…bulan mei tu lama lagi la lain le kalau ko nk nikah lagi seminggu…tup.tup smpi bln mei nti tukar lagi ke tahun depan…haaa..ap cite kan dh malu asyk2 nk delay nikah jer….nk naik muak aku dgr dia ni asyk2 nk nikah tpi x nikah2…cuba ikut mcm linda on..diana amir.. atau adam fiza tu…kan bagus..

    0

    0
    • Anonymous says:

      btol2..aku sokong..da muak da citer nak nikah dorg nih..tunang dia yang babab tu dah jad triple babab pon masih x nikah2 lg..gaya mesranya mcm org dah kawen..da basi dahhh…

      0

      0
  5. Aku says:

    cik misha sayang…kan bagus kalau bagi tahu lagi dua minggu nk nikah ke..ni bulan mei d kira lama lagi n mcm2 leh jadi..dh le awak tu dh berapa kali asyk tangguh nk kawin…

    0

    0
  6. sofea jane says:

    tak payah heboh sgt la misha oiii..kang tak jadik kawen lg…ko tu da baper kali tangguh kawen…buat malu kaum jer ko ni laaaa…..puihhh…

    0

    0
  7. kak piah says:

    tak salah nak bagitau awal…kita tolong doakan ajelahh…susah sangat ke nak doa…”Ya Allah permudahkanlan urusan pernikahan misha dan suami…ameen”…senang je kann…tak perlu keluar duit dan tenaga…kalau malas nak tadah tgn berdoa dlm hati pun takpe…

    0

    0
  8. APPLE says:

    Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai. Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kamI

    INI SEMUA POYO

    0

    0
  9. ambipur says:

    Benda baik mcm kawin memang kena hebohkan..
    Yang tak payah hebohkan niat taknak barang hantarannberjenama, wang hantaran dsb.
    Biar orang bertanya baru menjawab….ni aku tak tahu puji atau keji.
    Bakal suami pilot..mungkin dah selalu dapat hadiah obersee…

    0

    0
  10. minah jambu merah biru says:

    helo misha ! jangan lupa kalau dh nikah n kawin nanti pakai tudonggg ! kalau tk nanti peminat2 akan cakap laki kau tk tau jaga biniiiiiiiiiiiiiiiii ! bini tk bertudong pon biarkan aje ! nanti laki tnggong dosa la ape la macm2 lagi dorang akan cakap !! kalau dh kawin tu tk payah lagi nk melalak2 kt pentas ! lagi2 kalau dh bertudong dudok rumah sudahhhhhh !!

    0

    0
  11. Sabri Ali a.k.a Nick says:

    Tahniah buat akak Misha!

    0

    0
  12. Princess says:

    Its alright to announce around 3 months before marriage. Hebohkan perkahwinan (walimah) rahsiakan pertunangan. Orang kita, tunang je da riuh sekampung. Entah jadi entah tidak. Let Misha tell everyone she is getting married. Whatever is wrong with that? Can we just simply pray for another Muslim brother & sister for their walimah to run smoothly? One of the signs Kiamat is coming, bickering among two Muslims. Please sit down and start reflecting! Peace

    0

    0
  13. […] (TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini (23) […]

    0

    0
  14. […] (TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini (24) […]

    0

    0
  15. […] (TAHNIAH)Misha Omar Nikah Mei Ini (25) […]

    0

    0