Mira Filzah Nafi Perlekehkan Kerjaya PTD

Hiburan

Mira Filzah Nafi Perlekehkan Kerjaya PTD

Semalam cukup hangat dengan isu dimana ada pihak yang kurang bersetuju dengan kenyataan Mira Filzah tentang kerjaya seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mira menganggap mereka yang bekerja sebagai PTD hanya terperap didalam pejabat dan mempunyai kerjaya yang agak bosan.

Advertisement

Menerima pelbagai komen mengenai isu berkenaan, Mira menerusi akaun Instagramnya menjelaskan beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk memandang rendah kerjaya PTD.

Buat Mira, mereka yang bergelar PTD mempunyai masa depan yang agak cerah apatah lagi kerjaya itu menjadi tulang belakang didalam pentadbiran negara.

Assalamualaikum semua.

Di sini Mira nk JELASKAN sedikit isu disini isu ‘terperap’ yg disalahertikan di sebuah blog. Kenyataan Mira telah disalah ertikan oleh pihak di atas. Mira TAK PERNAH MEMPERLEKEHKAN kerjaya sebagai PTD. Pada Mira PTD adalah salah satu pekerjaan yg mempunyai kerjaya yg masa depan yg cerah. Byk peluang untuk berkhidmat dlm pelbagai agensi dalam dan luar negara. Malah, Mak Mira sendiri menggalakkan Mira utk mohon jwtn PTD sebaik shj tamat pengajian.

Tak kan seorg ibu nak menggalakkan perkara yg tidak baik? Cuma masing masing ADA keinginan/kesukaan/minat sendiri. Dan Mira bukan seorang yg suka bekerja dlm waktu pejabat atau waktu yg telah ditentukan. Kadang2 suka kerja pagi, kdg2 mlm, kdg2 sampai 24 jam. ITU SAHAJA.

Dan Mira percaya ramai lagi diluar sana yg ada persamaan mcm Mira. Harap kenyataan Mira tidak putar belit dan disalahertikan hingga seolah2 Mira memperlekehkan satu kerjaya tersebut yg menjadi TULANG BELAKANG pentadbiran negara kita. –

HARAP MAKLUM dan harap jgn ada pihak yg salah erti kenyataan Mira. Terima kasih.

Kami pun tidak menunding jari terhadap Mira Filzah. Kami hanya cuba menyampaikan luahan beberapa pihak agar perkara ini dapat dijelaskan dengan lebih baik dan tidak menjadi salah faham yang berpanjangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...