Mira Filzah Nafi Dakwaan Ada Hubungan Dengan Fattah Amin

Hiburan

Mira Filzah Nafi Dakwaan Ada Hubungan Dengan Fattah Amin

Selepas Fattah Amin menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Mira Filzah,  terbaru Mira juga menegaskan perkara yang sama dan memberitahu tiada bibit cinta antara mereka dan hanya berurusan atas dasar kerja semata-mata.

Advertisement

Menurut Mira jangan cepat percaya dengan apa-apa berita jika ia tidak keluar daripada mulutnya sendiri.

Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali.

Saya selesa berkawan dengan semua orang. Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin?

Berbicara mengenai keputusan beliau untuk menyertai syarikat pengurusan Myfastyle yang turut menaungi Fattah dan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, Mira mengatakan ia adalah hasil perbincangan antara beliau dan pemilik syarikat iaitu Faz Subari dan Eddie Stefani dan langsung tidak ada kena mengena dengan Fattah.

Menurut Mira, beliau ingin bernaung disebuah syarikat yang lebih berpengalaman dalam menguruskan artis.

Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz. Daripada perbincangan itu, saya dan dirinya berkongsi idea. Memang tiada kaitan dengan Fattah.

Saya menyertai syarikat berkenaan kerana saya memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama.

Bak kata Mira selagi beliau tidak mempunyai teman lelaki ataupun berkahwin pasti beliau akan dihimpit dengan gosip cinta. Susah juga jadi orang cantik dan popular. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...