Written by AbangNara | September 4th, 2014

Tak habis-habis lagi ‘pergaduhan’ di antara MIG/David Teo dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Semuanya bermula apabila Wawa Zainal melanggar kontrak dan berkahwin dengan Aeril Zafrel tanpa pengetahuan pihak pengurusan MIG. Apabila diminta penjelasan mengapa menyorokkan perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa menyatakan takut dimarahi oleh pihak pengurusan MIG kerana berkahwin ketika kontrak masih ada. Terbaru, isu ‘kehilangan’ kereta Suzuki Swift yang bermula Julai lalu kembali hangat diperkatakan.

kereta wawa zainal

Kereta ini dibeli oleh Wawa Zainal menggunakan wang simpanan hasil lakonan namun ia didaftarkan atas nama syarikat MIG kerana Wawa tidak mencukup syarat-syarat pembelian kereta. Laporan polis telah dilakukan atas kehilangan kereta ini dan menerusi satu rakaman audio yang tersebar, pihak MIG telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik. Namun penarikan balik tidak dapat dilakukan kerana kes ini kini dalam siasatan. Menariknya, suami Wawa Zainal tidak mahukan kereta tersebut kembali tetapi hanya ingin mendapatkan dokumen dan pakaian mereka yang berada di dalam kereta tersebut seperti yang ditulis menerusi akaun Instagramnya.

kereta wawa zainal

Pening juga kepala dibuatnya kan? Rasanya masalah ini boleh diselesai secara baik sekiranya kesemua pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk bersemuka. Tak perlu nak gaduh-gaduh lagi. Orang pun dah lupa apa yang terjadi. Semua pun dah gembira melihat kebahagiaan Aeril dan Wawa bersama anak comel mereka. Sebagai langkah pertama, mungkin pihak MIG boleh pulangkan kembali dokumen-dokumen penting milik Aeril dan Wawa. Takut-takut mereka perlukan dokumen tersebut untuk buat sesuatu yang wajib seperti passport ke, kad pengenalan baru atau ambil sijil kahwin.

kereta wawa zainal

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan secara profesional dan secepat mungkin. Dah berpanjangan lama sangat dah kemelut antara kedua-dua pihak ini. Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

kereta wawa zainal

kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Minta David Teo Pulangkan Dokumen & Baju Kami – Aeril Zafrel

  1. macaron says:

    da berniqab ke wawa nie

    0

    0
  2. Cik Minah says:

    Banyakkan bersabar. Allah nak uji.

    Anak depa comeynyaaaaaa

    0

    0
  3. mia says:

    comel ank dorang ni..

    0

    0
  4. aku gf superman says:

    Sukanyer tengok dorang ni, sweet couple. Anak depa comey giler….saya doakan semoga kalian berbahagia sentiasa….amin.

    0

    0
  5. che ton says:

    xde org nk komen ke?

    0

    0
  6. ibu raees says:

    comeynya ank depa…cm muka aeril sebijan! :D
    nama pe ek ank depa neh..

    0

    0
  7. melati says:

    Ader lagi Mahkluk macam 2 ekor ni kat Dunia ni yer…heran2

    0

    0
  8. FaRaH says:

    SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. sungguh cantik dan bahagia pasangan Aeril dan Wawa..
    Suka tgk keluarga bahagia Aeril n Wawa.. Semoga kalian bahagia hingga ke Jannah..

    0

    0
  9. fairus b sulaiman says:

    .. pengajaran daripada krisis aeril/wawa dgan MIG ni…

    jganlah menipu. biler korang menipu, ini akan membawa kepada satu penipuan yg laen .smpai berleret penipuan yg korang buat smpai benda simple jadi besar … contoh .. aeril/wawa tipu biler org tnya samada die dh berkahwin ke belum .. david teo tipu biler dia kate dia xde kena mengena dgan kes kecurian kereta wawa .. skrg .. suma pihak dh susah ……

    0

    0
    • JA..JA..JA.. says:

      Bukan menipu tapi terpaksa.Berkawan2la dengan orang industri seni baru awak akan tahu realiti dunia seni.Wawa ni suatu ketika dahulu sangat lurus maka David ambil kesempatan la.Kontrak untuk artis ni kadang-kadang menjerat dan membuatkan artis terikat sehingga kehidupan peribadi pun dikawal.Mana yang pandai bawa diri dapatlah kawal emosi dengan cara positif, mana yang tertekan rosakkan diri kat pusat hiburan la jawabnya.Pada saya dia bertuah kahwin dengan Aeril at least perubahan akhlak tu kita nampak.kan?Saya tak kenal secara rapat pasangan suami isteri ini tetapi saya dah biasa dengan warna warni dunia seni Malaysia.

      0

      0
      • fairus b sulaiman says:

        david amik kesempatan sbb wawa ni yg lurus bendul ? .hahaha .. awak ni tau x yg wawa ni sbnarnya dah bertunang sblum masuk MIG .. . tpi dia minta tunang dia rahsia kan benda tu .. dia tipu suma orang kata dia still single .. sperti yg saya kate tdi .. semua nyer bermula dgan penipuan … klau pasal kontrak tu pulak .. klau xsetuju kate terikat dgan personal life bagai , kenapa sign jugak ? .. sape jerat sape skrg ni ? ..

        0

        0
        • key Pop says:

          nak cari RIJIKI nak…..
          lagi pun jadi retis pemesssss…cepat kaya…
          kau nengok la retis² skrg ni, x la sepemes mana..jarang lg masuk TV tp nama retis BERDUIT jugak..ada yg pakai kete mewah..ada yg p trip kt OBERSEEEEEEEEEEA…

          0

          0
  10. aku says:

    Aku serius x suka aeril ni. Bila bercakap muka poyo abis, mcm bagus. sungguh x berkenan. huh

    0

    0
    • Anonymous says:

      SETUJU SANGAT! Cakap sepatah2, muka bajet famous puiiii. Apa je sumbangan kau dengan bini kau dalam industri hiburan ni, tolonglahhhh.

      0

      0
    • sekali sekala says:

      Tidak la tidak suka dan tidakla suke dorg ni.tp itulah dhla menipu pastu selalu cam best2 je bila becakap…aritu dlm rncngn apa ntah..si suami ni kasi baju kaler merah terang kat si wawa ni..sekali boleh plak si wawa ni cakap..xnak la warna cam kg…
      Ntah asal kota metropolitan mana la si wawa ni.tp anaknya comel..bb jgn suka tipu2 tau !!!!

      0

      0
  11. Anonymous says:

    david teo pentingkan untung dlm industri korang plk sibuk kejar glamer watpe….nasib aku tak kena serangan jantung dgr cite korang sembunyi nikah dulu

    0

    0
  12. Mr Bean says:

    Sekadar nasihat pd Wawa dan semua : Akak harap anak comel tu letaklah dalam child seat sendiri siap dgn seatbelt kat belakang masa travel dalam kereta ya…anak kecil sentiasa mengharapkan kita untuk menjaga keselamatan mereka. Kalau pangku je…nanti apa apa hal masa memandu anak tu akan menjadi ‘human missile’ terus menuju windscreen head first. TQ.

    0

    0
  13. Krios says:

    selaku h.r., kes2 mcm ni selalu jadi antara majikan dgn bekas pekerja. nak selesainya mudah je, datang duduk bersemuka dan berbincang mcm org dewasa. kalau pos2 dekat sosial media tu tak professional, mcm budak2. jadi ada baiknya aeril n wawa jumpa david teo ditemani peguam masing2 kasi setel baik2. benda boleh setel.

    0

    0
  14. […] Minta David Teo Pulangkan Dokumen & Baju Kami – Aeril Zafrel (26) […]

    0

    0
  15. NANA says:

    one word “B.A.N.G.A.N.G”…MIG tu company cikai ke….bwk la jantan ko skali jumpa apek tu..melalak tk media sosial wat pe? tagih simpati ke? layak dpt kaki je mcm ni…x kisah la artis ke bkn tp mmg tak cerdik.pakai tudung tp make up tebal 10 inci. cuba berubah ikot cara norkumalasari ke? catherina ross ke? wardina ke? wahida ke? x suka la org pakai tudung ber’agenda’ ni. NEXT please…!

    0

    0
  16. kawin dl pastu nikah=nikah2x says:

    rupa semata2…both no talent, no attitude,cayelah buruk gak perngai anak tu nnti..

    0

    0