Written by AbangNara | November 18th, 2015

Ketika melihat beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Mila Jirin, Abang Nara tertarik dengan kasut yang dipakai oleh penyanyi ini di hari bahagianya. Super duper cantik. Memang menyerlahkan lagi kejelitaan Mila di hari pernikahannya.

mila jirin

cantik kan?

Ok jom kita tengok dengna lebih dekat lagi kasut yang digunakan oleh Mila Jirin di hari penuh maknanya itu.

mila jirin

simple but elegant

mila jirin

memang sesuai kasut ini untuk hari pernikahan

Mula-mula Abang Nara ingatkan Mila Jirin beli kasut ini di overseas. Iyerlah. Kualiti nampak superb dan rekaannya memang sangat-sangat menarik. Namun selepas sedikit kajian dilakukan, rupa-rupanya kasut Mila Jirin di hari pernikahannya ini adalah rekaan rakyat Malaysia iaitu Christy Ng.

mila

inilah Christy Ng, pereka kasut yang digunakan oleh Mila Jirin

Christy Ng ini pernah dilabel sebagai “the next Jimmy Choo” oleh media-media tempatan kerana rekaan kasutnya yang unik, menarik dan berkualiti tinggi. Memulakan perniagaan kasutnya sejak Julai 2010, Christy Ng menyediakan pelbagai jenis kasut. Senang cerita, kalau nak kasut jalan-jalan pun ada, kasut nak pergi majlis makan malam pun ada, kasut nak buat basahan pun ada, kasut perkahwinan pun ada dan macam-macam lagilah. Sebab itulah tagline laman web www.christyng.com ialah “Welcome to shoe heaven”. Memang syurga buat pencinta kasut.

mila jirin

laman web Christy Ng pun secantik kasut-kasut rekaannya

Apa yang membanggakan Abang Nara ialah pelanggan-pelanggan Christy Ng bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia, malah ada juga tempahan dari Amerika Syarikat, Australia, Canada dan Singapura. Semakin hari, jenama dan kasut Christy Ng terus mendapat perhatian seantero dunia. Tiada siapa menyangka Christy Ng akan menjadi sebesar ini, namun itulah hasil daripada usaha gigihnya selama ini.

christy

antara kasut custom made untuk pelanggan dari oversea

Apa yang membezakan Christy Ng dan penjual-penjual kasut yang lain ialah Christy dan pasukannya mengkaji, membuat rekaan dan menghasilkan kasut-kasut mereka di Malaysia sepenuhnya. Bukan sahaja kasut yang dicipta harus cantik, tetapi juga harus selesa dipakai. Malah Christy Ng juga mementingkan kualiti pada setiap kasut rekaannya. Harga yang dijual juga amat berpatutan. Memang mampu dimiliki oleh mereka yang berminat membelinya.

christy ng

tertarik, menarik kau memang dabom

Kalau tak silap Abang Nara, bukan sahaja Mila Jirin, malah beberapa selebriti dan orang kenamaan lain seperti Sherry Ibrahim, Daphne Iking, Azwaliza Azman, Delia Arnold dan ramai lagi turut sama pernah menggayakan kasut Christy Ng. Wife Abang Nara pun pernah juga membeli beberapa pasang kasut menerusi laman web www.christyng.com. Katanya memang kualiti setanding kasut international. Untuk makluman, wife Abang Nara ini bukan senang nak bagi puji-pujian. Kalau dah puji maknanya memang betullah tue.

christy ng

cantik kan? Sila terkesima

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkanlah kasut yang anda inginkan di www.christyng.com sekarang jugak. Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Mila Jirin, Christy Ng Dan Kehebatan Seorang Anak Malaysia

  1. Lara says:

    Tak tau nak komen apa sebab nak baca pun tak lulus, tulisan kecik sangat.

    0
    0
  2. Proofread says:

    Hahahaha (can i have few kasut types). Adoii

    0
    0
  3. Melor says:

    Can i have a few kasut types?
    Seriously? Memalukan

    0
    0
  4. yekee says:

    Hmm kasut tu not bad. Cantik. Heels yg sesuai dipakai oleh orang kecik molek macam Mila. Tapi kalau orang yg memang tinggi pakai heels setinggi tu, aku taktau la nak cakap hape

    0
    0
  5. abc campur says:

    Komen untuk kasut takdak tapi komen untuk nara ada. Nara oii, awatnya tulisan engko ni kecik bonar. Nak bagi orang baca ke tidak engko ni. Semua benda kecik semacam aku nengok nye nih

    0
    0
    • minah jambu says:

      ape yg kecik Nye ! minah jambu baca okkk je ! mate kau ni potek takkk ? cuba try pakai cemen mate mesti BESARR tulisan Nye huh ! mengarot ..

      0
      0
  6. abg sado sepet says:

    hhhmmm…..sbg pemilik komponi pengurusan aturcara dan busana, patotnyer ade taste sendiri, setakat rujuk gbr2 pasangan lain xdelah salah tapi kuranglah ummmpphh utk majlis sendiri….tapi masih cun. Kan best kalau ade ciptaan, rekaan & posing sendiri. Btw…tahniah….

    0
    0
  7. abg sado sepet says:

    hhhmmm…..sbg pemilik komponi pengurusan aturcara dan busana, patotnyer ade taste sendiri, setakat rujuk gbr2 pasangan lain xdelah salah tp kuranglah ummmpphh utk majlis sendiri….tp masih cun. Kn best kalau ade ciptaan, rekaan & posing sendiri. Btw…tahniah….

    0
    0
  8. huh says:

    aik?? apesal citer nie ade balik??? kan minggu lps dah kuar.. diulang2 benda yg sama ape kes nara oiiiii????????????? blog iklan ke ape nie??!

    0
    0
  9. yihaaaa says:

    nara promote kasut cina nie. pas nie laku laaaa. melayu pun ade wat kasut jgk, siap masuk paper aku pnh baca tp x promote pun.

    0
    0
    • lynn says:

      Oh Please, Nara promote kasut rakyat Malaysia la! takde kaitan kaum apa pun./ Stop being a racist bigot!

      0
      0
    • mayak karen says:

      ni iklan lah. berbayar. korang yg komen mcm ni x reti bisnes. nara ulang sbb benda ni diiklan. advertorial. bkn nya semestinya nara minat pakai kasut ni. tu lah. gi baca blog gosip setakat sumpah seranah orang. cuba amik sisi positif.

      0
      0
  10. intan says:

    buy malay products first!!

    0
    0
    • NANA says:

      Kalo kualiti hampeh tp harga international tak yah la nk sokong sgt…..byk melayu bukak business tp poyo. sorry to say la but its true. so i sokong christy ng sbb berbaloi.

      0
      0
      • Semak says:

        Melayu mcm ko nie la yg mnjatuhkan bangsa sendiri.. memalukan.
        Cina x pnh puji bangsa Melayu lgsung. Yg ko bkn main puji diorg melambung2. Puih

        0
        0
  11. lilylulu says:

    cer ko puji pengantin tu cantik..ni ko puji kasut jewwww… sedih… hehe.. sian mila

    0
    0