Mikrofon Tidak Berfungsi: Atilia Tegur Produksi ABPBH2014

Hiburan

Mikrofon Tidak Berfungsi: Atilia Tegur Produksi ABPBH2014

Anugerah Bintang Popular 2014 telah pun melabuhkan tirainya pada hari Ahad yang lalu. Namun, sehingga kini beberapa pihak merasakan auranya untuk tahun ini agak kurang dan majlis tersebut kelihatan agak bosan.

 Antara insiden yang sedikit sebanyak merosakkan suasana apabila mikrofon penyanyi Atilia Haron tidak berfungsi dan harus meneruskan persembahan bersama ibunya dengan berkongsi alat tersebut. Masih lagi terkesan dengan isu ini, Atilia meluahkan rasa kesal apabila pihak produksi tidak memandang serius atas masalah teknikal yang terjadi.

Advertisement

Secara jujurnya memang saya rasa terkilan kerana produksi tidak ambil berat tentang masalah teknikal seperti itu sehingga menjejaskan persembahan kami.

Bukan senang saya dan mama dapat buat persembahan di pentas seperti itu, sesekali dapat begini pula jadinya. Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kasihankan mama yang benar-benar teruja untuk beri persembahan terbaik malam itu.

Jika sebelum ini kita boleh melihat krew teknikal akan menyerahkan mikrofon yang berfungsi jika berlaku sebarang masalah, tetapi bagi kes Atilia tiada siapa yang bertindak untuk menyelamatkan keadaan.

Mereka terlupa on mikrofon saya kerana ketika itu ada enam mikrofon yang digunakan, bila mereka sedar perkara itu, mereka takut untuk hidupkan salah satu kerana takut tersilap mikrofon lain di belakang pentas.

Saya faham tentang itu, tetapi sepatutnya ada yang menyelamatkan keadaan memberi mikrofon lain kepada saya, tetapi tidak seorang pun yang peduli.

Meskipun kejadian tersebut telah mencacatkan mutu persembahan Atilia dan Salamiah Hassan yang mendendangkan lagu Jelingan Manja, peminat tetap menyokong beliau dan menanggap keputusan Atilia untuk berkongsi mikrofon bersama ibunya untuk menyelamatkan situasi adalah tindakan yang profesional.

Atilia turut mengingatkan kepada mana-mana pihak produksi agar tidak mengambil mudah tentang masalah teknikal kerana ia mampu menjejaskan keseluruhan majlis.

 ABPBH 2014 sudah lama diadakan dan tentu sekali masalah teknikal seperti ini tanpa penyelesaian  adalah tidak profesional sama sekali. Buat krew produksi janganlah lepaskan tanggungjawab dan memberikan imej yang buruk baik kepada persembahan atau keseluruhan majlis apatah lagi ia merupakan persembahan penutup yang pasti akan di ingati ramai.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...