Miera Liyana Terkilan Masih Dipandang Negatif

Hiburan

Miera Liyana Terkilan Masih Dipandang Negatif

Beberapa tahun lepas, Miera Liyana pernah mencipta kontroversi kerana penampilan seksi. pernah tampil dengan gaun yang menampakkan sebahagian payudara, mendedahkan hampir keseluruhan belakang badan, berseluar pendek mendedahkan paha dan terbaru kontroversi berbikini dalam filem Dendam Orang Mati.

A photo posted by @mieraleyana on

Advertisement


Walaupun mempunyai bakat lakonan, ia dipandang sepi oleh masyarakat yang lebih berminat memperkatakan tentang penampilannya yang menjolok mata. Melalui Utusan Online, Miera mendakwa sudah buntu apa perlu dilakukan untuk mengambil hati peminat:-

Tidak adil bagi seseorang artis yang pernah melakukan kesilapan untuk berterusan dilabel buruk sepanjang karier seninya.

Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk meraih semula kepercayaan masyarakat. Bingung apabila masih ada pihak yang berterusan mengaitkan cerita lama.

Tambah Miera lagi, kerunsingannya bertambah apabila dianggap main-main dalam kerjaya:

Kalau tujuh tahun dulu sewaktu saya mula-mula menceburi bidang lakonan ini, memang saya dilihat seperti ‘main-main’.

Tapi sekarang, saya sudah lain. Sesuai peningkatan usia, pemikiran kita juga sudah bertambah matang. Sudah mampu menilai yang terbaik untuk masa depan.

Well, kami menyenaraikan di sini beberapa tindakan yang mungkin boleh memenangi hati peminat:

1) Banyakkan melakukan kerja amal. Mangsa banjir menanti anda
2) Kurangkan kenyataan yang tidak bijak seperti “kalau Fizz tengok saya berbikini pun tidak ada nafsu”
3) Tutupkah keseluruhan aurat anda. Sudah terbukti peminat suka dengan suatu seperti ini dan pasti menerima anda dengan tangan terbuka, cuma elakkan mengira kesalahan dan kekurangan artis lain pula bila dah berhijab.

Apa pun, keputusan di tangan anda. All the best, Miera Liyana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...