Written by AbangNara | May 18th, 2015

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah pun menderma 100,000 Euro (kira-kira RM390,000) untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi Nepal. Seperti yang kita ketahui, gempa bumi 7.9 skala Richter di Nepal baru-baru ini telah meragut ribuan nyawa dan juga membawa kemusnahan yang amat hebat. Bantuan berbentuk kewangan sememangnya diperlukan untuk membina semula Nepal.

michelle yeoh

Ketika kejadian gempa bumi pada 25 April lalu, Michelle Yeoh bersama kekasihnya Jean Todt turut berada di Nepal. Sudah pasti pengalaman merasai sendiri bencana alam itu membuatkan Michelle Yeoh berasa lebih bertanggungjawab untuk membantu para mangsa.

michelle yeoh

Sama-samalah kita doakan agar proses pemulihan di Nepal dapat dijalankan dengan lancar. Semoga lebih banyak individu dan negara tampil memberi bantuan. Salute serta respek kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas keprihatinannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Michelle Yeoh Derma 100,000 Euro Untuk Mangsa Gempa Bumi Nepal

  1. Anonymous says:

    likeeee michelle yeoh

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tolong derma kt mangsa banjir pantai timur dulu please. Ada yang masih tak berumah lagi walaupun setelah 5bulan bencana.

      0

      0
  2. neffs says:

    mulia sungguh tan sri ..

    0

    0
    • macam2 says:

      Semoga diberi hidayan masuk Islam dan tolong muslim pula….:(

      0

      0
      • Martha says:

        Perlu masuk Islam baru tolong yg Muslim kah?

        0

        0
      • aku tetap aku says:

        asal org kafir buat baik je suruh masok islam. kalau tak masok islam pun duit derma tu boleh digunakan oleh orang islam.. derma tak kira bangsa dan agama. asal ikhlas.

        0

        0
  3. kak semah says:

    kalau akak lah kan..derma 3ribu ckuplah, bukan takde org lain yg turut derma sama.. duit banyak tu lama pakai tau, beli handbag, beli jam, beli kain, macam2 majlis dah boleh cover…tul tak geng2 tingkap semua?? ;P

    0

    0
    • Anonymous says:

      biarla……sume org tau di ad laki kaya(bakal laki ek)..kalo org cam kite derma ikut kemampuanla..pun syukur dpt wat amal

      0

      0
    • hero says:

      bagi kak semah, 3 ribu tu dah besaaaaa…..bagi dia setakat 100 ribu euro tu setengah hari je habis buat beli handbag sebijik. Bagussssssla derma banyak2…duit tak bawak mati pun kannnnn

      0

      0
  4. len says:

    nak derma ni bukan tunggu dah kaya je baru boleh derma..waktu tak kaya pon boleh je kalau nk derma..hatta derma seringgit dua pon boleh asalkan niat ikhlas..peace!!

    0

    0
  5. Leyha says:

    Wah baiknye hati tan sri. Patut dicontohi

    0

    0
  6. anon says:

    tah apa2 ,orang derma pon nak suh masuk islam…apa da

    0

    0
  7. syukur orang malaysia bermurah hati..

    0

    0
  8. anon says:

    Tua n tak lawa makcik amoi ni. Duit sebanyak tu tak menjadi hal kat dia ni. Suami dia Jean Todt F1 tu kan multi millionaire…

    0

    0