Written by Bella | July 7th, 2017

Adat pasangan yang baru berkahwin, pasti mereka ingin berkongsi setiap aktivti bersama. Begitulah juga pelakon Mia Ahmad yang sering memuat naik foto bersama suami tercinta,  Mohd Izham Tarmizi Roslan yang merupakan penjaga gol JDT.

Walaupun niat beliau cuma ingin berkongsi kebahagiaan bersama suaminya, ada netizen yang mendakwa beliau sengaja mahu menunjuk-nunjuk kehidupan bahagia beliau itu.

Bukanlah niat saya untuk mempamerkan kebahagiaan, bagi saya berkongsi gambar dengan suami itu adalah normal. Selagi saya tiada niat menunjuk-nunjuk rasanya tiada masalah. Pada masa yang sama memang ada peminat yang menunggu (perkongsian gambar) tetapi tidaklah selalu saya kongsi gambar dengan suami di media sosial.

Kadang kala jika seseorang artis itu tidak berkongsi gambarnya dengan suami ada pula spekulasi yang mengatakan (rumah tangga) mereka bermasalah. Apabila berkongsi gambar dikatakan menunjuk-nunjuk pula, tentunya dalam keadaan ini saya tidak mungkin boleh puaskan hati semua pihak.

Mia dan Izham tidak pernah sedikit pun terasa dengan segala komen negatif. Bak kata Mia, tidak semua hati kita boleh jaga, tidak salah jika beliau ingin berkongsi kebahagiaan beliau bersama peminat di media sosial. Doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber Berita : Utusan Online

10 responses to Mia Ahmad Nafi Ingin Menunjuk-nunjuk Kebahagiaan Bersama Suami

  1. wekkkkkkk says:

    tunjuknlh siapa kisah, ada gak aktiviti aku nk taip masa free ni, laki msih muda dn bolehla cari duit dlm bolasepk skrg…cer kalau dh 35 keats nnti, mcm org “tut”” isteri suruh belakon pulak…sbb suami duit dh kureng masuk…masa ni lah bini kena sabar dn terima sadanya…adakah cinta itu sejati.

    4

    0
  2. peratijangantakperati says:

    boleh tunjuk tapi jgn selalu sgt..
    nnt org meluat.nanti org ckp gediks..pastu? kau sentap :P

    selalu update nnt yg mana single mom or dad atau yg kematian salah seorang partner, terasa hati plak…sedih diorg

    sikit2 boleh la tunjuk…selebihnya simpan sendiri..

    contoh mcm Datuk Siti Nurhaliza :)

    4

    4
    • Anonymous says:

      kau salah bg contoh mcm datuk ct … aku tgk artis malaysia semua menunjuk, kereta, rumah, henbeg, anak, brg kemas, makan d mana melancong d mana. hmmmmmmm….. pujian nak melambongggggg

      5

      0
      • wekkkkkkk says:

        jdi kesimpulanya…retis malaysia x ada contohlah..
        contoh terbaik dulu2 ..Tan Sri P.Ramlee.
        contoh terbaik “latest” Miznina..x penh lak aku nmpk dia mnunjuk2 walaupun lahir dh kaya..aku suka ..

        14

        0
      • peratijangantakperati says:

        alah…contoh…bukan IDOLA pun…maksud aku tu…simple..tgk IG ada tak ngengada?kalau ada pun sikit2 je…

        2

        0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      bukan takot orang meluat tapi takot nanti slalu sangat tunjok muka laki kena kebas nanti hehehe

      1

      0
  3. Nyampah says:

    alahai sorang lg pelakon wanita kayu ni

    6

    0
  4. Eyee says:

    ala standard la tu nak post gambar ngan laki kat socmed.
    lagi2 kalau baru2 kawen..
    org biasa pon bersepah..kawan aku pon ramai yg camtu..
    sawan baru kawen, setiap detik post gambar kebahagian ngan laki.
    lantok dia la..socmed dia ye dak??
    tak nak tgk xyah follow..habis cerita.

    1

    1
  5. batakbetolhaters says:

    biar la nak post pic laki dia…lain la kalo dia post pic laki ko kan yg nak menyampah sgt..kalo ko rasa menyemak ig ko cari je button unfollow…senang je…takdak sapa paksa follow pun…biar la dia nak post apa pun bukan dia mintak duit ringgit kita pun…dia pun ada hak nak post mcm2…tanak tgk unfollow ja..simple..

    0

    0
  6. anon says:

    ko belakon pun dah tak kemana
    ko nak izham sbb ko tahu lah dia nya RM mcm mana kan kan
    bleh lah shopin sakan ..travel bagai …
    jadi asyik lah upload gambar dgn laki ko tuhh
    dah tu kalau laki ko tu perform pun ke laut
    baru tau lah nak bubuh pic ko n laki ko tu kat mana kann .kan
    huahuahuahuah

    0

    0

Leave a Comment

Optional