Written by Bella | January 6th, 2017

Bakal bernikah dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari ini, pelakon Mia Ahmad kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya itu. Mia sebenarnya tidak mengambil banyak tajaan dan ingin menggunakan wang hasil titik peluhnya buat majlis raja seharinya itu kerana ingin mengikut citarasanya sendiri.

Saya ada terima tajaan untuk baju dan pelamin serta beberapa perkara kecil sahaja, selebihnya saya pakai duit sendiri. Kalau boleh perkahwinan saya mengikut cita rasa saya dan saya sendiri lebih selesa dan puas jika menggunakan duit sendiri untuk majlis istimewa ini.

Pada masa yang sama, Mia turut meluahkan rasa risau dan debaran menantikan hari perkahwinan beliau yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.

Saya sudah bercuti dari sebarang aktiviti seni dan sekarang sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahan minggu depan. Perasaan sudah tentu risau dan berdebar juga, nasib baik persiapan majlis saya dibantu oleh keluarga dan perunding perkahwinan.

Majlis akad nikah  Mia dan Izham bakal berlangsung di Villa Sentosa, Taiping Perak,  pada pagi Jumaat.

Majlis persandingan pula akan diadakan di sebelah petang hari yang sama, bertemakan tradisional kontemporori dan ia akan disiarkan secara langsung menerusi live streaming di saluran Tonton.

Sumber Berita : mStar Online

27 responses to Mia Ahmad Elak Ambil Banyak Tajaan Perkahwinan, Mahu Gunakan Duit Sendiri

  1. Anonymous says:

    bagus…respeck.

    2

    5
  2. SMN says:

    Baju and pelamin serta beberapa perkara kecil. Baju dengan pelamin pun dah mahal kalau keluar duit sendiri plus benda-benda lain lagi. Jadi apa sebenarnya yang Mia bayar?

    14

    0
    • huhuhu says:

      mungkin…. hantaran, mekap, doorgift, kad kawen, catering, tempat kawen, khemah.. hahahaha. baju mungkin sanding je kotttt.. nikah beli sndri… HAHAHA!

      4

      1
    • Anonymous says:

      Katering..venue majlis resepsi..ni bende2 besar y maybe mia ahmad guna duit dia sndiri..

      6

      0
  3. Anonymous says:

    sebab kurang dpt tajaan kot…..nk ckp apa……
    hahahahaaaaa……..

    20

    0
  4. Anonymous says:

    sokong…
    dapat tajaan orang mengata. xnak tajaan pn mengata. ade je x puas ati..pedulikan org lain, selfish sket.

    14

    0
  5. Anonymous says:

    Amek gamba atas katil sambil bt muka macam tu…annoying betul.cuba la post gamba yg elok sikit

    4

    11
    • bukan peminat mia.mia pun aku x ke says:

      kau tengok lah manusia busuk hati ni,,,
      orang tu bergambo tepi katil,, dia boleh kata org tu bergambo atas katil..
      aku lagi annoying dgn manusia pemfitnah mcm kau
      saja nk timbulkan kontolbesi..
      kau tu cuba laa komen yg elok sikit..

      14

      0
  6. kutu says:

    tahniah mia..cant wait for your big day.
    happy for u.

    6

    1
  7. Anonymous says:

    ooo laki dia keeper..InshaaAllah dia akan jadi ‘keeper’ si mia ni..

    4

    0
  8. Anonymous says:

    Sejak akhir2 ni blog abg nara ni keluar berita2 yg membosankn

    5

    2
    • Shhh says:

      ni lgi seekor mangkuk jamban…ko dh tahu ni blog artis..ko nak abg nara up citer pasa l apa lgi..kang kalo dia letak cite pasal che ta yg tak habis dgn show of dia..ko mesti akan hentam..kang kalo dia up citer pasal lofafattah tangan tu..ko boring ..aku lgi meluat..ko buat blog sendiri lah senang citer…ko jadik artis,,mak ayah ko citer pasal ko je..yg bca, yang komen, yg hentam semua suku kaum ko jelah..

      8

      0
      • Anonymous says:

        Kawen. Timang cahaya mata. Pergi melancong. Alahh..asek bnde yg sama je. Dh la update pn lmbat. Rtikaya dh upp dlu..baru nara nk up kn crita.

        1

        1
    • KUCING says:

      nara pon cedok berita dari blog lain..
      selalu ketinggalan.

      1

      0
  9. Anonymous says:

    sedih bila ada melayu yg busuk hati sesama melayu lain…x boleh ke mulut tu doakan baik2 je…xtau laa knp busuk hati sgt??? bukan dpt pape pon…last2 dri sndri yg sakit hati…mia dgn suami dia ttp kawen n bgolek ats katil jgk…nnti lepas kawen nara upload gambar kawen konfom spesis2 ni start busuk ati semula…aishhh…Allah tarik balek nikmat mulut tu bru tau…

    1

    3
  10. Anonymous says:

    Biar jg buta dan bisu baru taw..asyik fitnah je..

    0

    1
  11. Anonymous says:

    Blog abg nara da bosan

    0

    1
  12. Rayna says:

    cantik mia, semoga semuanya berjalan lancar

    0

    1
  13. polar says:

    AYDA JEBAT RATU CIPLAK

    https://youtu.be/xrYfcALZ14E

    0

    0
  14. anon says:

    haha duit sendiri ?? mcm byk sgt ko nye muka kat tv ??? populer ?? tak kot …
    duit izham lah tuh ..kalau izham tu x jenis poket tak tebal dah tentu ko tak nak !kahahahahahahahahahaha

    1

    3
    • Anonymous says:

      jgn fitnah kalau tak tau citer..
      kalau awak pon mesti tak nak kawen dgn orang tak berduit kan??
      sblm mengutuk cermin diri dulu.

      4

      0
  15. MinahKilang says:

    bagitau je lah benda betui..takda sapa nak sponsor..kan kan kannnn

    0

    2