Written by Bella | May 2nd, 2016

Pernah digosipkan bercinta dengan aktor Saharul Ridzwan, kini ada khabar angin menyatakan Mia Ahmad sedang rapat serta mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, selepas Izham membuat kejutan hari jadi istimewa buat Mia di sebuah kafe terletak di Johor Bahru baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Mia menafikan sedang bercinta dengan Izham dan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Saya bukan hendak bersikap hipokrit apabila diajukan soal peribadi tetapi dakwaan kami sedang bercinta sama sekali tidak benar. Kami berdua hanya berkawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Pada Mia, orang ramai sengaja memperbesarkan kejutan hari jadinya itu hanya kerana ia dilakukan oleh pemain bola sepak pasukan terkenal.

Jelas Mia, jika benar mereka bercinta pasti Mia tidak akan menyembunyikan perkara berkenaan. Namun, Mia akui Izham merupakan seorang lelaki yang baik.

Saya kenal dia sebagai kawan biasa sahaja dan untuk mengenali hati budi masing-masing saya memang tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya. Begitu juga dia. Pada saya dia seorang lelaki yang baik dan itu sahaja yang boleh saya katakan.

Kalau bercinta pun apa salahnya, lepas ni boleh la geng dengan Ayu Raudhah pula. Tak apa kalau Mia tidak mahu mengaku, kata orang mula-mula kawan siapa tahu ada jodoh nanti?

Sumber Berita : mStar Online

12 responses to Mia Ahmad Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT?

  1. doakan je says:

    semoga mia and izham berjodoh yee :) sama cantik sama padan

    0

    0
  2. hmmmmmmmmmmmmm says:

    untungla izham ada “kawan” yg mcm mia yg sanggup turun jb stiap kli jdt main

    0

    0
  3. alvinasyaz@hotmail.com says:

    Perghhhhhhhhhhh memang melokek!! Untung mia sbb dpt izham ni

    0

    0
  4. alvinasyaz@hotmail.com says:

    izham ni bukan ex adira ke? nasib baik lah kau tak kawin dgn adira tu dulu, izham.. hahahahahahah

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Mia Ahmad !!!hahhahahahah
    Hahahah nasib la berk

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Pemain jdt kn suke cari pasangan retis….pemain yg paling byk kawen ngan retis pemain jdt la…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    semoga mia n izham kekal selamanya.. nampak keikhlasan izham kat mia.. mia byk d keji n d caci

    0

    0
  8. ada aku kesah says:

    ok gak kot diorg dua ni hehehe kafe yg dia buat surprise tu kafe si zarema n aidil le hehehe ig @zeven.jb hewhew

    0

    0