Written by Bella | September 19th, 2016

Sebelum ini, ramai yang boleh “menghidu” bahawa Mia Ahmad ada hubungan istimewa dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.  Gosip percintaan mereka bermula apabila Izham membuat kejutan hari jadi istimewa buat Mia.

Namun, Mia enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan menegaskan mereka cuma berkawan sahaja.

Walaubagaimanapun, kenyataan Mia menerusi akhbar Kosmo! semalam ia jelas menggambarkan beliau mengakui sedang hangat bercinta dengan Izham.

Menurut Mia, Izham adalah lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang.

Dia memang lelaki yang paling rapat dalam hidup setakat ini. Sebenarnya saya tidak begitu memilih, cukuplah jika memahami kerjaya dan setakat ini dia cukup menyenangkan.

Belum ada perbincangan untuk mendirikan rumah tangga, tambahan pula karier masih di peringkat permulaan kerana saya bermula agak lambat dalam bidang ini. Justeru, saya perlu memastikan segala-galanya telah stabil sebelum boleh memikirkan soal itu.

Meskipun Mia tiga tahun lebih tua daripada Izham, mereka sebenarnya agak serasi bersama.

Pada mulanya, memang takut dengan perbezaan usia memandangkan saya berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, namun apabila berbicara dengannya, saya tidak berasa sedang berbual dengan insan yang lebih muda. Kami juga tidak pernah merajuk kerana baru mengenali antara satu sama lain.

Keluarga tahu hubungan kami, tetapi masih belum ada sebarang pertemuan rasmi. Keluar pun beramai-ramai bersama kawan bagi mengelak sebarang syak wasangka masyarakat.

Akhirnya Mia mengaku juga bercinta dengan Izham Tarmizi, kan elok begitu. Dalam percintaan tidak perlu terburu-buru, kenal hati masing-masing  dan kemudian baru melangkah ke fasa yang lain. Semoga Mia dan Izham ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Kosmo!

25 responses to Mia Ahmad Akui Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT Izham Tarmizi Roslan

  1. sexy khan says:

    whateva

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Alhamdullilah…ke next level… salute kat izham…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Nafi2… tup2 ngaku.. itula retis.. by the way ngaku bcinta sbb sharul Ridzwan dh kawin ke?? Putus ati putus kasih..

    0

    0
  4. el says:

    macam manakah kalau perempuan bertudung ni sedang becinta nak elak dari sentuh dan hal hal yang diharamkan agama?

    0

    0
  5. H. Aram says:

    Kes bercinta pun nak cite kat orang ke….nanti dah kawen, cite bercerai pulak. Tapi aku rasa minah ni jadi peneman katil je kot? Apa salah kalau suka sama suka, at least nafsu dapat juga dipuaskan sebelum kahwin. Nanti bila dah betul2 nak settle down barulah cari yg boleh buat bini. Pasangan yg belum kahwin seharunye digalakkan ada perhubungan sejenis dgn pasangan2 yg ada supaya apabila kawin nanti tak le buat skandal, cari yg lain atau kawen lagi sekor. Ini adalah solution untuk elakkan drp rumahtangga runtuh. Apabila nafsu disekatkan maka itulah penyebab kanapa mereka mencari yg lain. Ingat main dulu sehingga puas lepas tu baru settle down. Selamat mencuba

    0

    0
    • Anonymous says:

      apo ko merepek ni p.cik oiii…ko nk main puas2 sblm kawen???xde otak ke ape??ke ko ni bkn islam??haaa..bgs laa main puas2 sblm kawen,sok klu ade HIV padan muke…nk kawen sok jgn cari y ala2 muslimah…cari pelacur jgk kawen…sesuai laa tuh…same2 penah main sblm kawen..2-2 ade HIV..xdo berjangkit kat org y x berdosa…

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Mengaku sebab dah suam. Up le kejap 2saat lepas mengaku ni.

    0

    0
  7. ciksederhana says:

    tolong jgn buat kesimpulan cepat sangat. kebanyakan bloger suka siarkan bende yang tak betul untuk melariskan cerita dorang. kesian kat mia asyik kena hentam je. please lah bloger2 kat malaysia ni , please alert. boleh jatuh fitnah. selagi tak keluar dari mulut mia. jgn lah buat andaian sendiri.

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    statment retis gitu ler..balik2 “setakat ni dia yg paling rapat”..baik ruhaines,uqasha,mira filzah ke..yg seangkatan dgnyer…semua x abis2 gosip jantan..pelik la..retis baru semua giler glamour murahan.

    0

    0
  9. melati says:

    ok lew…Neelofa juga yg tgh berdoa nk cari jodoh…!!! Neelofa kalau awak terbaca aper sya tulis ni…., ni nasihat saya , kawin jer lah dgn Kambing Hitam @ cuba berkawan dgn kucing byk sebab kucing lew lah peneman ko bila tua nanti..hihihihi….!!! opppp lagi satu Neelofa , kalau nk berniaga tu jgn lah guna air liur jew …hanya bergambor dgn Pokcik2 pastu pong pang2 !!. saya akan berhenti kutuk Neelofa kalau dia tunjuk bukti yg dia ader Kilang sendiri…!!! Neelofa amat memalukan cara awak promote tudung awak , just bergambor dgn pegawai2 yg nk glamer pastu pong pang2 ..habuk pun tarak…hmmmmmm

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Baca betul betul berita tu, jangan main tulis je.

    0

    0
  11. MIAH says:

    BUDAK IZHAM NI CUCU ORANG FELDA JERANGAU.. LEPAS NI BOLEHLAH MIA RONDA PETANG2 KELILING FELDA YANG PENUH LADANG SAWIT TU..

    0

    0
  12. JIMBO says:

    Mia ni mmg spesis suke make up tebal2 ek? Rimas siot nengok nye..

    0

    0
  13. kak long petir says:

    bosan next cerita please..

    0

    0
  14. Anon says:

    dengar cerita nak kahwin hujung tahun ni? betul keee? anyway tahniah yeee :)

    0

    0
  15. hhDD says:

    Okay lah die da move on..kesian kot dpt kaki putar belit mcm sr tu..acah2 alim sgt..tolong la, meluat kot! Dl mnt la jgak tp tgok bg kenyataan acah2 bagus tu yg rase nk sepak3 je mamat tu..tkpela mia as long u happy…doa2kn lah yg baik2 utk mereka yg telah dikecewakan tuu

    1

    0
  16. sentap says:

    si kayu ni lagi..bosan…saharul kawin ko pun kuar citer bercinta lak

    0

    0
  17. aya says:

    banyak duit nakla.cube kalau dulu pemain bola macam cite ola bola tu toreh getah jual kelapa maunya nak..tapi duit memang dapat beli rupa.rupa pula dapat tundukkan duit.heheh

    0

    0