Written by Bella | June 24th, 2015

Nama Dato’ AC Mizal tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan, memulakan kerjaya apabila menganggotai kumpulan nyanyian 4U2C pada era 90 an, kini AC Mizal bergelar pengacara dan telah menjayakan beberapa perniagaannya sendiri.

Melihat pada gaya hidup beliau yang cukup mewah, gelaran  jutawan pasti tidak terlepas daripadanya. Ada juga beberapa pihak bertanya dari mana beliau memperolehi sumber kewangan untuk membina perniagaan beliau termasuk sebuah stesen radio bervisual  terbaru iaitu Peaceyall FM.

AC Mizal sedar ramai yang mempertikaikan sumber dananya dalam bidang perniagaan. Walaubagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bergelar jutawan bahkan pendapatan yang diperolehi itu dikatakan belum cukup untuk dijadikan modal membina perniagaan itu.

Selain sibuk dengan karier seni, saya juga pemegang saham kepada syarikat Malaysia Brand International (MBI) yang sudah beroperasi lebih 10 tahun. Sehingga kini, pelbagai perniagaan sudah dimiliki syarikat itu termasuk perhotelan, aplikasi laman sosial dan akan datang sebuah taman tema.

Daripada pendapatan di syarikat itulah sebenarnya saya mendapat dana untuk menceburi pula perniagaan lain termasuk yang terbaru, stesen radio bervisual Peaceyall FM.

Masih jauh dalam bidang perniagaan dan ada lagi beberapa impian yang mahu dilaksanakan dalam perniagaan, AC Mizal tidak mahu meletakkan dirinya di tahap jutawan buat masa ini

Dalam perkembangan lain, AC Mizal merasa teruja apabila Peaceyall FM akan membuka cawangan stesen berkenaan di Indonesia pula hanya selepas kurang daripada dua bulan dilacarkan di Malaysia. Peaceyall FM bakal dilancarkan di Indonesia selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kami sebenarnya kagum dengan semangat Dato’ AC Mizal yang sering mencuba perkara baru dalam perniagaaan, beliau menggunakan peluang yang sebaiknya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan perniagaan beliau. Tidak ramai artis yang sanggup ambil risiko untuk menjalankan perniagaan.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

 

11 responses to Mewah Tapi Belum Capai Status Jutawan – AC Mizal

  1. Mak Jemah says:

    Alhamdulilah

    0

    0
  2. juita says:

    Alhamdulillah…semoga terus berjaya, tapi ianya juga adalah ujian dari Allah. Semoga tidak lupa dan alpa.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    mcm mana nak access siaran dia ni. tak pernah nampak pun.. ke coverage tak sampai lagi kat tmpt aku.. aku dok penang ma…

    0

    0
  4. Mat K says:

    tahniah AC. moga2 murah rezeki hendakNya

    0

    0
  5. Anonymous says:

    nafkah anak bila nak bayar

    0

    0
  6. pecelele says:

    sekali baca macam pecal fm. rupanya peaceyall fm.
    bulan posa asek teringat makanan je. ermm

    0

    0
  7. Janganceraiberai says:

    AC ni nampak sangat beza darah daging dia dari isteri pertama. 2 orang anak teruna lelaki tu. Turun naik mahkamah hal nafkah anak. Berkira. Tak malu.

    0

    0
  8. Joyah Pok Pek says:

    Tak mungkin akan jadi jutawan,harta benda kemewahan yang ada pun tidak akan mencukupi seandainya tanggungjawab sebagai bapa tidak dilaksanakan!!!

    0

    0
  9. cop stamping says:

    Alhamdulillah.

    Tapi nak tanya, kereta mewah yang dah sampai surat lawyer tu, yang nak kena tarik dah bayar ke??

    0

    0
  10. Anonymous says:

    kaya hutang…

    0

    0
  11. anon says:

    belagak tak hengat

    0

    0