Written by Bella | March 28th, 2016

Sekitar minggu lepas, Ayda Jebat berhadapan dengan pelbagai kritikan dan tomahan apabila masih ada lagi yang mempertikaikan kemenangan beliau dalam Anugerah Meletop ERA 2016 (AME 2016). Merasa sedikit tertekan, Ayda bertindak untuk menyekat mereka yang memberikan komen negatif di akaun Instagram miliknya.

Pelbagai dakwaan termasuklah Ayda dikatakan mesra dengan peminat hanya kerana ingin memancing undi demi sesebuah anugerah.

Menerusi akhbar Harian Metro, Ayda menjelaskan beliau ikhlas menjalinkan hubungan mesra bersama peminatnya dan tidak pernah mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

Tiada sekelumit niat pun dalam hati saya menjalin hubungan mesra dan baik dengan peminat semata-mata mahu memancing undi mereka.

Sebagai selebriti yang baru membina nama dalam karier seni, sejujurnya kemesraan saya dengan peminat itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih.

Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan padu diberi peminat yang menerima baik hasil kerja saya selama ini. Tanpa sokongan peminat, saya pasti takkan berada pada tahap seperti sekarang.

Dah rezeki Ayda untuk berada di puncak populariti sekarang, biasalah ada sahaja orang yang dengki dengan kejayaan orang lain. Apa yang dikatakan oleh Ayda itu betul, peminat mampu menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis itu juga, jadi kalau ada artis yang dah popular tu janganlah lupa sokongan peminat anda sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

5 responses to Mesra Dengan Peminat Bukan Untuk Pancing Undi – Ayda Jebat

  1. nice says:

    tak segan ke pakai skirt pendek sgt, huhu

    0

    0
  2. makEnon says:

    Dia dah macam kurus sikit hehe

    0

    0
  3. Anonymous says:

    sombong dengan peminat kang kata kekwat. mesra dengan peminat kang kata pepoyo kata mcm2 kata bajet2…. hadoiii lahaaiiii

    0

    0
  4. anonymous says:

    x minat ayda muka pinggan ni..pernah jumpa dgn dia kt damansara,trgedik gedik semacam jee..perasan popular leeteww..

    0

    0
  5. LittleApple says:

    dulu pernah satu kem muzik dengan dia ngan adik dia fina. kaka baby kitorang panggil. dia sebelum jadi artis pun mmg friendly, tiada istilah pancing undi. dia mmg friendly. ingat lagi dulu waktu nak balik ke negeri masing2, still contact kitorang. taktau la dia ingat lagi ke tak. kem muzik kat ayer keroh resort melaka tak silap. lama dah 2007 kot.

    0

    0