Written by Bella | February 28th, 2015

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi telah menjadi mangsa kritikan fesyen apabila ramai yang mengatakan busana beliau pada malam Anugerah Meletop Era 2015, seakan-akan seperti sotong. Malah, Neelofa juga telah mengeluarkan kenyataan bagi membidas dakwaan tersebut.

 Terbaru, pereka fesyen Fiziwoo turut memberi respon dan menyifatkan pihak yang mengkritik busana tersebut sebagai buta fesyen dan sering mempunyai pandangan negatif terhadap perkara baru.

Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.

Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu.

Dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa.

Sebenarnya, baju tersebut di inspirasikan daripada bunga ros dan menggunakan fabrik berkualiti tinggi setaraf artis antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah tajaan daripada mana-mana pihak tetapi Neelofa telah membeli busana itu dengan harga lebih RM 10,000.

Baju itu bukan kami sponser sebaliknya Neelofa bayar untuk kami hasilkan yang terbaik buatnya.

Butik kami juga tidak pernah memberi tajaan kepada mana-mana artis untuk tujuan promosi. Ramai artis yang menggunakan khidmat kami adalah berbayar.

Wow! Kami ingat baju tersebut adalah tajaan, rupa-rupanya ia telah dibayar oleh Neelofa. Kesian juga beliau jadi mangsa kritikan korang yang buta fesyen ni. Beribu habis tetapi masih “dibahan” oleh orang ramai.

Sumber Berita: mStar Online

38 responses to Mereka Tidak Tahu Tentang Fesyen – Pereka Fesyen Respon Isu Baju Sotong Neelofa

  1. ND says:

    Ok je kot. X trdedah kat mane2. Sesuai la ngan imej brtudung die.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak terdedah tapi still boleh nampak bentuk pinggul dia.

      0

      0
    • i am me says:

      sesuai?????wake up ppl…jgn butakn mata dan hati krn artis pujaan anda..kesian..

      0

      0
    • sajanakcakap says:

      seriously??okey..mula2 kaler baju ngn pattern bintang2 tu sebijik ngn selimut nenek aku yg dia selalu sidai kat tingkap…baju tu mgkin lawa bila ko tukar kaler..I know..ko tambah bintang2 nak konon2 bagi vintage..tapi agak2la ..mabuk dan muak tgok,….warna dah vintage sgt..ko tmbah bintang 3 juli lagi menambahkan keburukan baju tu..kaler dahla tua sangat..ropol2 kat tepi mcm cadar..warna dah gagal kat ctu…buruk sgt

      0

      0
  2. Anonymous says:

    baju biasa lagi cantik..

    0

    0
  3. SQUIDRANGERS says:

    Wow more than 10k,, sanggup taw berhabis. Ni mesti kes trauma insiden Power Rangers.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Cantik.. Suka Ngan warnanya ..Dan designya..dipakai oleh sicantik manis..tp x suka dgn komen AC kata mcm selaput toto..

    0

    0
  5. norah says:

    Mungkin saya buta fesyen but that design is not fashionable.

    0

    0
  6. jeni says:

    Tak payah jadi pandai, pakar, konsultan…benda cantik ..nampak cantik, benda mcm sotong nampak sotong..yang penting kalau pakar…kain tak berkualiti pun nampak mahal….cerr tengok program runways heidi klum…designer pakai kain guni jer hasilkan baju yang nampak cantik. Kenapa baju rizalman buat nampak canttik????

    0

    0
  7. Fazura says:

    10k omg..melayu kelas atas lofa nih..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    No wonder la Neelofa marah. Dia sanggup beli baju tu sampai 10k tiba2 kena kutuk. Macam baju Power Rangers dia dulu la. Sebenarnya bukan masalah tau ke tak tentang fesyen tapi masalahnya ia dipakai untuk tontonan orang ramai. Kebanyakkan orang ramai bukan fesyen designer. Apa yang lawa pada mata mereka itu la yang mereka puji. Jika mereka nampak macam sotong, sotong la la jawapannya .

    Its only a DRESS…. samada its red color or blue and black or white and gold . Itu pandangan mata masing2.

    0

    0
  9. squidward says:

    Sudah2 la nara dgn ayat sarkastik kau ni

    0

    0
  10. loh says:

    Setanding? Of coz ler..sama ngam lady gaga punya style..pelik dan jelek

    0

    0
  11. Shhh says:

    Cantik tu cantik tpi ropol tu lebih cantik kalo ianya digantikan dengan jaket labuh atau ropol tu blh direndahkan sedikit ni dh smpi ke leher..tak menganggu ke…m..dn tdung neelofa cari warna yg warna yg senada…sederhana tu lbih baik..neelofa bukanlah artis yg tak pandai bergaya…da artis yg lbh teruk dari tu..neelofa cuma terima teguran tu dgn hati terbuka…

    0

    0
    • Kau la Diam ! says:

      Kau ni fashion designer ke? pandai sangat nilai orang itu, ini mcm kau hebat sangat berfesyen.. bukan sebab neelofa ni, aku keji engkau.. tapi kalau engkau hebat, engkau pakai tengok and we will see kalau-kalau engkau lagi cantik dari neelofa kalau kau pakai gini.. Hehh.. bodoh la kau!

      0

      0
  12. mimimi says:

    Atas bawah sama color..mcm klambu bergerak…should ada tona la.
    tengok baju2 rozita che wan n erra fazira..mmg class dari segi fabrik,color n
    fesyen…org keliling tu ampu je bkn pandai pun..

    0

    0
  13. OmG says:

    mmbazir dek non. anyhow it is a beautiful dress. lain kali gunakan cara bijak mngikut ajaran Islam.

    0

    0
  14. Melayu bimbo says:

    Eleh time lofa pakai baju tutup aurat ade sajo yang menyalak. Tak kira la fesyen buruk ke janji aurat dijaga.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sbnarnya aurat dia tak terjaga. Klau trjaga mesti pakai yg labuh2 yg tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Btw kita dah maklum ……

      0

      0
  15. DIRI SENDIRI says:

    BEAUTIFULL NARA NI DUDUK DLM GUA. DPT CERITA 3 ARTIS NI JE.
    PASTU DIE LAH PUNCA SEMUA ORG BERTELAGAH. SEMUA ORG BENCI NEELOFA.CHETA.NORADANISH. BEAUTIFULLNARA JUGA PUNCA KORANG GADUH SESAMA SENDIRI. DIA JUGA PUNCA 3 ARTIS NI NAMPAK BURUK & ANNOYED. KLU BOLEH ARTIS 3 ORG NI PAKAI SPENDA KALER APE PUN DIE NAK TAHU N NAK DEDAH 1 DUNIA. KESIAN KAT BINI DIA. JD PUNCHING BEG SEMATA2. BEAUTIFULNARA N ITS OWNER IS THE REAL SOTONG WHO MAKE ALL OF U FIGHT.

    0

    0
  16. gigibiru says:

    Dress cantik
    Tp x faham dgn kononnya daya kreativiti tahap tinggi ler sgt, yg tepi2 mcm sesungut sotong tu
    Jadi mmg jd pelik ler mcm sotong
    1 lg tdung n bju sama color
    Hampir2 aku x kena mane 1 kepala mane 1 kaki… hihihi

    0

    0
  17. Bedak Sejuk says:

    sebenarnya baju tu cantik dan sopan..ramai yang jeles sbb baju tu meletop sngt..

    dia beli sebab dia mampu..

    ramai je retis mlm tu seksi xde pon nak kondem pakaian dia..sbb sendu..mn orng nak bercakap..haha

    0

    0
  18. yayazhamila says:

    Setaraf pereka antara bangsa? tolong lah jangan tipu

    plus, kau fikir, international fashion designers tak de fashion faux pas ke ? John Galliano yang top shit tu pon make design blunders ok

    accept it , the people has spoken, its a piece of shit and a waste of 10 k

    0

    0
  19. Krios says:

    itulah yg pelawak2 MLM rasa tiap2 minggu, tiap2 tahun. juri-juri yg tak ada background lawak, komen ntah apa2, bagi bintang pun merapu2.

    0

    0
  20. Hmm says:

    Yang kritik mcm sotong tu MUA @najeebazami @kuntumbynajeeb ! Tak payah nak tutup2. Dia pun dah delete gambar tu.

    0

    0
  21. nnn says:

    semua orang ada taste masing2
    dia as public figure terpaksalah hadapi kritikan.
    jgn la cakap orang tak reti fesyen.kat mata kau lawa.
    kat mata orang lain mungin x berapa
    tgok rancangan fashion police tu,free2 kena kutuk live
    Just deal with it jelah

    0

    0
  22. cikenit says:

    AC mizal tu mulut cam gampang.. suke kutuk2 bju orng.. mcm baju yg tiap kali dia pakai cntik sgt.. ngn kotey tersembul lagi.. phuiiii

    0

    0
  23. saya sebtg kara says:

    cantikla baju dia…mmg betul yg komen tak tau apa yg in skrg…

    0

    0
  24. adaakuhesah says:

    designer sombong..orang bagi komen terima saje lah,bukan top designer pon lain la rizalman atau bernard

    0

    0
  25. adaakukesah says:

    elok sgt la tu yg kutuk pun ‘sotong’ yg design pong ‘sotong’ baju memang dah nampak cam sotong pon..lofa patut pikir betul2 sebelum belik baju ni..jatuh kelas lofa yg 1st class ni.ish ish

    0

    0
  26. dina says:

    yg kondem tu pandai ke design baju?
    cer tunjuk skill sikit nak tgk….
    byk nar complen..

    0

    0
  27. pening says:

    xpyh nak jd fashion designer utk condemn baju….aku bukak tv nmpk baju ni tros dh rase x sesuai….aku x kutuk neelofa tp fashion sense die lain sket la…bukan pasal die bertudung…time die x bertudung klg teruk…mase ame tahun lepas dh nmpk kan…neelofa ni cantik n petite…die pki simple pn dh nmpk cantik sgt…fabric pn x pyh berat2…sbb die dh lawa…ame ni sempoi2 je…so x pyh pakai dress sgt rasenye…klu pakai suit pn cantik…baju ni berat sgt…lepastu merah dr kepale smpai kaki…ditambah ropol2…sgtla menyakitkan mate…baju nabil n rambut die haritu pn sgtla serabut…

    0

    0
  28. kuku besi says:

    Xpyh nk condemn sgtlah pakaian org lain….xsuke xpyh tgk!!!!!!! hahaha kesian sungguh! mcmla pandai sgt..cube la test sekali pegi jln kt red carpet watsoever carpet pun, nk tgk baju yg korang pakai ckettttttt…cantik ke tidokkkk. Poyo la semua. Condemn memanjang, korang x bosan ke hidup mcm tu? asek nk cari yg buruk saje. Ok la ni, ade kelainan cket, klu x asek pesen sameeeee je tetiap taun tgk anugerah..bohsan. X kreatif lansung! ni kan anugerah meletop bju pun meletop la, xpayah nk banding2 dgn oscar ke dgn grammy ke…ikut memasing la…cube la kurangkan sikap nk mengkritik, mcm perfect sgt. Die beli bju tu pakai duit die, die yg pakai. Bukan duit korang, bkn die paksa korang pakai, kalau die beli tu duit kau, kau yg kene pakai mmg patut la nk bising.

    0

    0
  29. intan sufi says:

    ianya fashion..cantik jer tgk..kalau dia pakai wat gi pasar mlm ke bjoging ke mmgla pelik..tp untuk anugerah2 cenggini..ok la..well, lain orang lain pandangannye kan..mungkin dia suka lain dari yg lain..hmm

    0

    0
  30. piz says:

    aku rasa baju dia ok je. takde la hodoh sangat. tp wow atau superb sgt pon tak la.

    0

    0
  31. Hahaha….sekali pandang memang mcm sotong punya style lah,tapi cantik jugalah

    0

    0