Merasai Sendiri Kelazatan KFC Twister Baharu

Hiburan

Merasai Sendiri Kelazatan KFC Twister Baharu

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu lalu, Abang Nara telah menjejakkan kaki ke KFC untuk merasai sendiri kelazatan KFC Twister dengan 2 rasa baharu iaitu KFC Twister Hot & Zesty dengan sos Creamy Chili Lime dan juga KFC Twister Cheezy dengan sos Cheezy Mayo.

kfc twister

bergambar dulu sebelum pergi order. Muka dah tak sabar dah tue

Setelah beratur kira-kira 5 minit, tibalah giliran Abang Nara untuk membuat pesanan. Tanpa berlengah lagi, Abang Nara terus order KFC Double Twister Combo yang berharga RM14.90 untuk merasai sendiri kelazatan kedua-dua rasa baharu KFC Twister. Kalau korang nak beli ala carte pun boleh jugak. Cuma RM6.50 sahaja. Kalau beli kombo (termasuk air dan fries) pula harganya ialah RM9.90. Berbaloi-baloi sangat.

Advertisement
kfc twister

muka tak sabar nak tunggu tibanya KFC Twister baharu

2 minit kemudian, KFC Twister baharu sudah berada di tangan Abang Nara.

kfc twister

muahahaha. Bau pun dah menyelerakan sangat

Tanpa berlengah lagi, Abang Nara pun mengambil tempat duduk dan mula membuka balutan KFC Twister baharu ini. Air liur sudah mula meleleh melihat kepingan daging ayam Zinger yang disaluti dengan roti tortila lembut beserta sayur-sayuran yang fresh. Nafsu makan membuak-buak.

kfc twister

ok muka kenapa terover excited sangat tue

Maka bermulalah sesi merasai sendiri kelazatan KFC Twister baharu ini.

kfc twister

ok muka tak boleh blah sebab sedap sangat. Feel dia memang lain macam

kfc twister

cenggini ah sedap dia. Puas hati sangat-sangat

Serius memang sedap sangat-sangat KFC Twister baharu ini. Abang Nara paling suka KFC Twister Hot & Zesty sebab diri ini memang suka makan pedas. Peminat keju mesti suka KFC Twister Cheezy dengan sos Cheezy Mayo. Bergantung pada citarasa masing-masing. Yang penting, memang kekenyangan lepas makan. Besar sangat portionnya. Puas hati dan berbaloi-baloi.

kfc twister

aksi terlarang Abang Nara dengan rakusnya memakan kedua-dua KFC Twister baharu serentak

Jika anda belum merasai keenakan KFC Twister baharu ini, Abang Nara nasihatkan agar bersegera ke KFC berhampiran anda hari ini juga. Serius sedap sangat-sangat. Maklumat lanjut layari www.twister.kfc.com.my. Selamat menjamu selera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...