Written by AbangNara | March 22nd, 2017

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu lalu, Abang Nara telah menjejakkan kaki ke KFC untuk merasai sendiri kelazatan KFC Twister dengan 2 rasa baharu iaitu KFC Twister Hot & Zesty dengan sos Creamy Chili Lime dan juga KFC Twister Cheezy dengan sos Cheezy Mayo.

kfc twister

bergambar dulu sebelum pergi order. Muka dah tak sabar dah tue

Setelah beratur kira-kira 5 minit, tibalah giliran Abang Nara untuk membuat pesanan. Tanpa berlengah lagi, Abang Nara terus order KFC Double Twister Combo yang berharga RM14.90 untuk merasai sendiri kelazatan kedua-dua rasa baharu KFC Twister. Kalau korang nak beli ala carte pun boleh jugak. Cuma RM6.50 sahaja. Kalau beli kombo (termasuk air dan fries) pula harganya ialah RM9.90. Berbaloi-baloi sangat.

kfc twister

muka tak sabar nak tunggu tibanya KFC Twister baharu

2 minit kemudian, KFC Twister baharu sudah berada di tangan Abang Nara.

kfc twister

muahahaha. Bau pun dah menyelerakan sangat

Tanpa berlengah lagi, Abang Nara pun mengambil tempat duduk dan mula membuka balutan KFC Twister baharu ini. Air liur sudah mula meleleh melihat kepingan daging ayam Zinger yang disaluti dengan roti tortila lembut beserta sayur-sayuran yang fresh. Nafsu makan membuak-buak.

kfc twister

ok muka kenapa terover excited sangat tue

Maka bermulalah sesi merasai sendiri kelazatan KFC Twister baharu ini.

kfc twister

ok muka tak boleh blah sebab sedap sangat. Feel dia memang lain macam

kfc twister

cenggini ah sedap dia. Puas hati sangat-sangat

Serius memang sedap sangat-sangat KFC Twister baharu ini. Abang Nara paling suka KFC Twister Hot & Zesty sebab diri ini memang suka makan pedas. Peminat keju mesti suka KFC Twister Cheezy dengan sos Cheezy Mayo. Bergantung pada citarasa masing-masing. Yang penting, memang kekenyangan lepas makan. Besar sangat portionnya. Puas hati dan berbaloi-baloi.

kfc twister

aksi terlarang Abang Nara dengan rakusnya memakan kedua-dua KFC Twister baharu serentak

Jika anda belum merasai keenakan KFC Twister baharu ini, Abang Nara nasihatkan agar bersegera ke KFC berhampiran anda hari ini juga. Serius sedap sangat-sangat. Maklumat lanjut layari www.twister.kfc.com.my. Selamat menjamu selera.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Merasai Sendiri Kelazatan KFC Twister Baharu

  1. Fidot says:

    Tgk pic2 ni kurg selera nk mkn twister… hihi

    16

    0
  2. rusa lima says:

    Ayam tengah sakit skang. Mkn kang aku plk ke kubur.

    5

    0
  3. PenghiburJemputan says:

    Mcm minions ???? Mkn kepci ye bang

    2

    0
  4. Alohaa says:

    Hehehe sabarlah nara..tp btl ayam skrg byk pnyakit hati2 lah klau nk mkn ayam tu k

    0

    0
  5. Ko hsp says:

    Melayu semakin obes makan makanan segera kerana tak mampu makan yg nutritious. Barang semakin mahal dan melayu miskin bawah pimpinan umno dan pas.

    4

    0
  6. sentap says:

    x teruja bab klo beli indah khabar dr rupa…iklan bkn main yg amat gebu byk isi salad bagai…

    1

    0
  7. che tat says:

    Bughuk bebenor nengok nye..tak siyor neman..hang jgn nk tipu nara..pic last tu konon makan dua2 twister sekali..yg sebenaqnya tak habih punn…haa

    6

    0
  8. miss A says:

    twister ni x sedap pun.. serius…

    1

    0
  9. meleis says:

    nara iklan blh tk jgn guna muka sendiri..pls

    6

    0
  10. juju says:

    anoyingnya muka nara ni, kalau tengok iklan muka sendiri dan isteri..i tak pernah nak klik kecuali hari ni sebab i nak bagi tau..kalau iklan berbayar gunakan lah model2 yang sesuai, jangan lah kedekut..takkan nak tengok iklan dengan muka yang buat kita kasihan. Ukur baju dibadan sendiri please. Serious ramai yang tak layan iklan Nara, terus pi gossip jer

    1

    0
  11. barrg says:

    Tengok iklan ni tengok nara terus tak de moon nak makan KFC. Sedih tengok

    2

    0
  12. Anonymous says:

    Twister nie ayam lebih2 tu.sebab tak nak buang.TTengok orang yg makan tu terus tak selera nak makan,Weii!kena samak ke mata aku nie…

    0

    0
  13. abang tiri nara says:

    Tentu confirm “meletops” kalau bang nara jadi model iklan KFC!!!

    0

    0

Leave a Comment

Optional