Written by shahzeeq | February 26th, 2016

Abang Nara mempunyai beberapa orang rakan yang merupakan pencinta makanan yang tegar atau dalam erti kata lain, kaki makan. Dasyat-dasyat diorang ini. Hujung minggu baru nak ajak lepak, tup-tup dah drive kereta pergi Pulau Pinang. Mengidam nak makan nasi kandar Line Clear katanya. Abang Nara paling jauh pernah pergi pun setakat Pantai Klebang Melaka je lah. Itupun sebab wife tercinta mengidam nak makan coconut shake masa mengandungkan Aariz dulu.

 photo briyani_1.png

alamak teringin la pulak nak merasa kesejukan Klebang Coconut Shake time-time panas nie

Pernah sekali tue, bestfriend Abang Nara lepas menghadiri kenduri kahwin di KL, sanggup drive pergi Batu Pahat semata-mata nak makan nasi Briyani Asli Johor. Katanya keenakan nasi briyani Asli Johor ini memang legendary. Sekali dah makan, memang ketagih. Meleleh je air liur Abang Nara dengar. Nak ke Batu Pahat memang confirm tak akan sampai. Nasib baiklah sekarang ini dah ada Briyani Asli Johor di Restoran Selera Tok Wan di Putrajaya.

 photo ig_tokwan.jpg

layan gambar dulu ok…dah meleleh dah air liur tuu…

Abang Nara masih belum sempat mencuba tetapi dah baca banyak review tentang keenakan nasi briyani yang disediakan di restoran ini. Hujung minggu ini nak angkut satu family pergi melantak kat sana. Daripada apa yang Abang Nara baca, nasi briyani yang paling femes di Restoran Selera Tok Wan Putrajaya ini ialah briyani kambing dan briyani ayam masak merah.

 photo briyani 3.png

tue diaaaaaaa!! Kecur air liur

 photo pic4.png

pergh, tengok gambar pun dah dapat rasa kelazatannya

Apa yang best ialah sepinggan nasi briyani ini boleh dimakan 2 orang. Portionnya memang besar. Tapi kalau korang jenis nafsu makan kuat, silalah order satu untuk diri sendiri dan makan puas-puas. Orang Putrajaya khabarnya memang dah ketagih makan nasi briyani kat Restoran Selera Tok Wan Putrajaya nie. Seminggu sampai 2,3 kali datang. Pesanan daripada Abang Nara, kalau nak datang, sila datang sebelum pukul 2. Sebab pukul 2 nasi briyani dah habis dijual. Kalau lambat, makan air mata je la jawabnya.

 photo pic_5.png

Ya Allah mengapakah dugaan ini wujud ketika aku cuba sedang cuba berdiet

Kalau dah sampai ke Restoran Selera Tok Wan Putrajaya nie, jangan lupa order air Air Jagung, Bandung Doda atau Assam Boi untuk dimakan bersama nasi briyani Asli Johor tue. Kombinasinya memang super duper kaw-kaw punya. Bab harga jangan risau. Memang berpatutan dan berbaloi-baloi.

 photo pic_6.png

tue diaaaaaaa, pekat!!!

 photo bandungsoda.png

air bandung yang menguji keimanan jiwa

Selain nasi briyani, ada juga menu lain seperti nasi ayam, nasi ekonomi dan mee bandung Muar. Semuanya Insya Allah sedap-sedap belaka. Kalau korang terasa nak pergi, silalah salin alamat di bawah:-

Restoran Selera Tokwan Putrajaya
No 8 Jalan P8 G/1 (sebelah ayer@8)
Presint 8, Putrajaya.
012-6088148
Facebook : Selera Tokwan Putrajaya
Instagram : @Seleratokwan_putrajaya

Waktu Operasi
Isnin – Jumaat
11:30am – 6:30pm
Sabtu & Ahad
10:45am – 3:45pm

 photo location.png

mana la tahu korang sesat kan…

 photo pic_8.png

nah, tengok menu dulu, so masuk kedai terus order..hehe..

Abang Nara dah tak sabar nak pergi hujung minggu ini. Diharap Restoran Selera Tok Wan Putrajaya menyediakan stok nasi briyani lebih sikit untuk Abang Nara. Kalau datang-datang dah habis, memang kempunan jawabnya. Selamat menjamu selera!!!

P.S: Hari Jumaat owner bagi air sirap selasih PERCUMA and hari biasa air kosong boleh minum sampai kembung PERCUMA jugak.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Mengidam Nasi Briyani Asli Johor? Meh Serbu Putrajaya!

  1. CikChaqila says:

    Sedap nye coconut shake… kena try ni.. ;)

    0

    0
  2. liwa says:

    salah masuk gosip ke ne….?
    pening arr..!

    0

    0
  3. Nana says:

    Oh tau kedai ni memang sedap Briyani Kambingnya.Air dia pun memang terasa tak cair.

    0

    0
  4. melati says:

    Sedap nya…tapi yg tk sedap nya Neelofa & Adik nya dijodoh kan gan Khinzir….kesian..

    0

    0
  5. DODA the NARA says:

    Doda ..air bandung DODAAAAAA..

    0

    0