Written by AbangNara | May 12th, 2014

Sejak bergelar ayah, kadangkala Abang Nara rasa bersalah juga kerana tidak banyak meluangkan masa bersama anak tercinta. Iyerlah, diri ini selalunya memang sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan. Hujung minggu pun jarang dapat melakukan aktiviti bersama-sama. Akibatnya, Aariz (nama anak Abang Nara) jadi lebih rapat dengan emaknya. Jeles memang jeles bila tengok Aariz asyik melekat dengan emaknya, tapi nak buat macam mana memang diri sendiri yang bersalah kerana tak luangkan masa berkualiti dengan anak tercinta.

walls scoop of happinness

Jadi apabila mendapat jemputan ke majlis Wall’s Scoops of Happiness di The Publika baru-baru ini, Abang Nara menjerit kegembiraan. Bukan apa, selalu kalau dapat jemputan ke majlis, hanya Abang Nara seorang je yang dijemput. Aariz kena tinggalkan kat rumah. Namun kali ini, aktiviti yang akan diadakan di majlis Wall’s Scoops of Happiness ini memang khas untuk ibu bapa dan anak-anak mereka. Tujuannya tak lain tak bukan untuk “family bonding” atau dalam bahasa Melayunya, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

walls scoop of happinness

Abang Nara tertanya-tanya juga apa aktiviti yang boleh dilakukan yang melibatkan aiskrim Wall’s untuk mengeratkan lagi hubungan antara Aariz dan diri ini. Yang Abang Nara tahu, makan aiskrim bersama-sama je lah. Heheh. Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita boleh lakukan dengan aiskrim Wall’s ini. Untuk tujuan demonstrasi, pihak Wall’s telah menjemput Samantha Lee yang merupakan seorang pakar dalam bab menghias makanan. Samantha sangat popular serta terkenal dengan kekreatifannya dalam membuat dekorasi yang amat unik dan menarik.

walls scoop of happinness

Dengan tema “Fairytale Land”, Samantha Lee telah menunjukkan kehebatannya menghias makanan menggunakan bahan-bahan seperti seperti coklat, cupcakes, buah-buahan dan paling penting, aiskrim Wall’s. Terkagum Abang Nara dibuatnya. Antara hiasan yang dilakukan oleh Samantha ialah orang salji, lanun comel dan heroin dari China. Secara ikhlas, mula-mula Abang Nara ingat memang susah nak buat semua ini, tapi apabila melihat demo yang ditunjukkan oleh Samantha, terasa senang pulak. Hanya perlu gunakan bahan-bahan yang ada secara kreatif.

walls scoop of happinness

Ketika Samantha Lee sedang sibuk menghias, pengacara majlis telah membuat satu pengumuman yang menyebabkan para hadirin bersorak keriangan. Bersempena dengan kempen Wall’s Scoop of Happiness ini, pihak Wall’s akan menganjurkan satu peraduan yang diberi nama Taste Joy in Disneyland. Peraduan ini amat mudah. Hanya perlu buat hiasan makanan seperti yang ditunjukkan di www.wallsindisneyland.com dan YouTube Scoop of Happiness dan anda satu keluarga berpeluang untuk terbang ke Disneyland Paris untuk bercuti. Setelah pengumuman ini dilakukan, semua yang hadir terus fokus dan siap ambil nota tentang teknik hiasan makanan yang ditunjukkan oleh Samantha. Teruja sangat nak menang dan nak ke Disneyland Paris.

walls scoop of happinness

Samantha Lee di atas sedang membuat Pirate guna Wall’s Selection Oreo. Selesai demonstrasi oleh Samantha Lee, Abang Nara, Aariz dan 2 orang lagi rakan sepasukan mula membuat hiasan makanan kami. Seronok sangat-sangat aktiviti ini. Aariz sangat-sangat teruja. Habis semua bahan dicubanya. Paling kelakar apabila buah oren yang sepatutnya dijadikan hiasan dimakan oleh Aariz. Abang Nara dan rakan-rakan memang tergelak habis melihat aksi comel Aariz. Bila aiskrim Wall’s dikeluarkan, Aariz sempat mencubanya terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk melengkapkan makanan hiasan kami. Kadangkala Aariz nampak macam boss apabila mengeluarkan arahan dengan percakapannya yang masih tidak jelas itu. Comel sangat-sangat!!!

walls scoop of happinness

Walaupun kumpulan kami tidak memenangi apa-apa hadiah dalam pertandingan hiasan makanan ini, Abang Nara rasa gembira sangat-sangat kerana dapat meluangkan masa yang amat berkualiti dengan Aariz. Terus Abang Nara terfikir betapa seronoknya kalau aktiviti yang sama dapat dilakukan di rumah bersama Aariz dan wife tercinta. Kalau kat rumah sendiri tentu lagi menarik sebab ada lebih banyak bahan, tiada had masa dan tak menganggu orang ramai. Secara jujur, Abang Nara tak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sebegini dengan Aariz. Memang inovatif, menyeronokkan dan menggembirakan sungguh Wall’s Scoops of Happiness ini.

walls scoop of happinness

Dan apabila mengetahui Wall’s akan membawa sebuah keluarga ke Disneyland, Paris bersempena dengan kempen Wall’s In Disneyland mereka, lagilah Abang Nara teruja nak buat aktiviti “family bonding” ini bersama Aariz dan wife tercinta. Buat anda yang tak kreatif macam Abang Nara, tak perlu risau kerana Wall’s ada sediakan 15 resipi Scoop Of Happiness berdasarkan Fairy Tale di laman Youtube mereka. Antara yang menarik ialah Puteri Salju dan 7 Marshamallows. Kalau Abang Nara sekeluarga dapat buat yang ini confirm menang hadiah pergi Disneyland Paris. Hehehe.

Cara nak menyertai peraduan ini amat mudah. Langkah pertama ialah anda perlu ke www.wallsindisneyland.com, tonton video resipi Scoop of Happiness, tengok resipi orang lain dan buat resipi anda yang lebih hebat daripada itu. Jangan lupa untuk melakukannya dengan ahli keluarga anda. Kalau buat sorang-sorang, tak adalah “family bonding” yang ditekankan oleh Wall’s. Lagipun buat ramai-ramai lagi meriah dan lagi seronok. Nanti kalau menang dan pergi ke Disneyland Paris pun kena bawa satu keluarga. Bukannya pergi sorang-sorang.
walls scoop of happinness

Hujung minggu ini Abang Nara, wife dan Aariz akan mula membuat resipi terbaik kami (tak dilupakan aiskrim Wall’s sebagai pelengkap) untuk menyertai peraduan Taste Joy In Disneyland. Kami tak adalah bercita-cita nak menang pun. Paling penting, hubungan kekeluargaan antara kami bertiga dapat dieratkan sambil melakukan aktiviti ini. Kalau menang itu dikira bonus. Korang pun jomlah cuba beramai-ramai. Kalau tak menang sekurang-kurangnya anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tercinta. Tak gitu? Informasi lanjut layari www.wallsindisneyland.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Wall’s

  1. amin says:

    Nara…aku lbh suka tgk bini ko jd model tudung zaharah..nak tak?senyuman bini ko lagi ikhlas aku tgk..saje je bg pndangan..huuuu

    0

    0
  2. Sapiah kari says:

    Jambu jgk bini Abg Nara ..
    Yg aku heran napa Abg nara suka pakai kasut brown buruk tu ???

    0

    0
  3. mama says:

    ada tak aiskrim utk pesakit kencing manis…huhu..

    0

    0
  4. lady april says:

    nara,ko sengih 2 bt aku senyum sndri…hahaha

    0

    0
  5. nora enjoy says:

    abang nara leh tak dress up cam wak doyok….awak tu dah fofular …..terlalu oppsssss especially kasut tu…..hmmm saya kasi 2 bintang….

    0

    0
  6. mia says:

    menjerit ke nara?
    ayoyo.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Cuba kamu tonton video cerita puteri salju & 7 marshmallow. Jln ceta yg hampir penghujung ……….Dia (putera raja) mencium puteri salju………bla….bla….bla…. Kurang sesuailah ayat cerita utk yg beragama Islam. Jadi berhati2 klau menceritakan pada anak2 yg beragama Islam.

    0

    0
  8. noro says:

    supo kareena kapoor bini mu nara

    0

    0
  9. nana says:

    hari tu sepet88 ni gambar kakak dia plak ceeranoh…

    0

    0
  10. […] Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Wall’s (17) […]

    0

    0
  11. […] Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Wall’s (18) […]

    0

    0