Written by AbangNara | January 7th, 2015

Nama Kamal Adli pernah dikaitkan dengan keretakan hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong satu ketika dahulu namun pelakon itu menganggap ia adalah satu gosip yang kelakar. Pastinya Kamal Adli menarik nafas lega apabila desas-desus itu tidak benar dan dinafikan oleh pasangan kekasih tersebut. Namun hari ini selepas Emma Maembong mengesahkan berakhirnya hubungan cintanya dengan Zizan, nama Kamal Adli selagi lagi hangat diperkatakan sebagai punca keruntuhan percintaan tersebut.

kamal adli dan emma maembong

Enggan terus namanya diburukkan, Kamal Adli tampil menerusi portal Astro Gempak untuk menafikan dirinya terlibat sebagai faktor perpisahan Emma dan Zizan. Kamal juga turut menafikan dirinya pernah menghantar Emma ke lapangan kapal terbang seperti gosip yang timbul. Kata Kamal:-

Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut. Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.

Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan.

Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu.

Demi Tuhan, saya tidak pernah menghantar dia ke ‘airport’ seperti mana dakwaan tersebut. Jika benar apa yang dikatakan oleh ‘pembawa cerita’ itu, sila kemukakan bukti kepada saya. Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan

kamal adli dan emma maembong

Desas-desus hubungan cinta antara Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan mula berputik apabila mereka berdua berlakon bersama drama ‘Cinta Tanpa Syurga’. Namun berdasarkan penerangan Kamal di atas, ternyata desas-desus tersebut adalah palsu semata-mata. Apa pun, Emma Maembong kini sudah single mingle. Tunggu apa lagi? Sila ngorat.

18 responses to Mengapa Nak Tuduh Saya Sebagai Orang Ketiga? – Kamal Adli

  1. 1st says:

    emma pun gatal juger….

    0

    0
    • anon says:

      Perempuan jugak yg nak disalahkan. Kenapa sakit hati dengki dgn emma pulak. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. lt takes two to tango….

      0

      0
      • kikilala says:

        aku rasa gossip ni betoi. tunggu bila dorang ada rancangan facing up to emma/kamal. baru tau betul tak..hehe

        0

        0
  2. belatok says:

    emma kata ” emma tak tahan angin keluar dari hidung zizang, kuat sgt, jadi emma pilih kamal, hidung dia..ok-ok aje,..sedang-sedang, emma suka,lagipun duit zizang dah kurang, “

    0

    0
  3. melati says:

    errr.mintak simpang la si emma yg cantik dengan si buaya tak guna ni.coi!!!!

    0

    0
  4. anoni says:

    Baru lepas tgk tv..Pelakon veteran Wan Maimunah disamun lagi. Habis duit,rntai emas dan barang beliau yang lain disamun. Jenayah di Malaysia makin menjadi-jadi.

    0

    0
  5. yayazhamila says:

    kamal adli ni kejar minah yg ada darah omputih je ye….

    yang pesek , belacan eating jawa tak pandang eh??

    0

    0
  6. ilya says:

    semggu dua lagi kuar la ayat “jodoh itu di tgn Allah, kami mulkanya kwn biasa” pdhal sekrg pun dh bcinta.

    0

    0
  7. ilya says:

    *mulanya

    0

    0
  8. boa says:

    Tak lama lagi ada statement gosip satukan kami -Kamal adli dan Emma

    0

    0
    • Limpa says:

      Ah..boa..suka hati kaulah…nk Australia ke Macau ke tokyo ke..

      Lepas komen hantu pelik…adala emma

      0

      0
  9. bunga says:

    betul ke tak ada kene mengena? sy bsama suami & anak makan di TGI di Wangsa Walk bln lps, mula2 tserempak dgn kamal adli msk TGI bsama seorg kwn lelaki, 5 minit kemudian emma msk bsama seorg kwn perempuan die. kalau tak ada apa2, tak kn la kebetulan makan di tpt yg sama?masa tu lbh kurang sudah pukul 10 mlm.

    0

    0
  10. sibuksibuk says:

    brani sumpah nama tuhan ye kamal…yang ko pergi bercuti dengan emma ng besfren dia kat tutttttttttttt tu..konon xhantar kat airport…jangan main2 dengan nama tuhan….awak tu islam…dua2 orang ni propa ja lebih.. korang frust konon becinta 6tahun tp kena tinggal….sorang kononya boifren panas baran….

    0

    0
  11. kodok says:

    dah namenye pelakon…ckp bukan boleh percaye..hidup asyik berpure2 je…nama tuhan pun boleh dibuat main..baik ko diam je tak payah bg statement ape2..tu lebih baik…

    0

    0
  12. kita says:

    suka lah kat kamal ni!! lebiyu!!

    0

    0