Mengandung Bukan Kelebihan Untuk Dapat Layanan Istimewa Datuk Red – Adira

Hiburan

Mengandung Bukan Kelebihan Untuk Dapat Layanan Istimewa Datuk Red – Adira

Umum mengetahui penyanyi Adira kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami Datuk Red. Meskipun usia kandungan beliau bakal mencecah lima bulan pada 3 November depan, Adira bagaimanapun tidak terlalu “berkepit” dengan suaminya dan ingin menjaga hati madunya.

Advertisement

Menurut Adira, mengandung bukanlah kelebihan untuk beliau mendapat layanan istimewa daripada Datuk Red. Sebaliknya, kasih sayang suaminya itu diberikan sama rata.

Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain.

Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil.

Adira akui beliau tidak terganggu dengan perkara berkenaan, tetapi di peringkat awal kehamilan beliau lebih gemar untuk bersendirian dan tidak memikirkan hal kerja mahupun berada di tempat yang bising.

Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising. Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk.

Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala.

Adira pada masa yang sama memberitahu beliau mengalami alahan yang agak teruk selain selera makannya juga bertambah.

Hidup bermadu ini kena tanamkan sifat bertolak ansur dalam diri selain tidak boleh mudah berkecil hati kerana kasih sayang suami harus dibahagi dengan adil. Memang bercakap itu mudah daripada melakukannya tetapi itulah hakikatnya bukan? Apa yang penting, Datuk Red dapat berlaku adil terhadap Adira dan Datin Red.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...