Written by Bella | October 20th, 2016

Pelakon Mia Ahmad semalam mengakui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan selepas setahun mereka menyulam cinta.

Mia berharap, selepas pengakuan akan berkahwin dibuat, tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan Saharul Ridzwan.

Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul.

Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin.

Berbicara lebih lanjut mengenai percintaannya, Mia memberitahu jarak usia 3 tahun antara beliau dan Izham bukanlah satu penghalang buat mereka.

Meskipun Izham lebih muda daripadanya, pemikiran serta sikap Izham jauh lebih matang daripada usianya.

Saya senang dengannya walaupun dia tiga tahun lebih muda daripada saya tetapi itu bukan penghalang kerana sikapnya sangat matang.

Pada saya usia itu hanya angka dan sepanjang setahun mengenalinya saya dapati dia seorang yang memahami terutamanya karier saya sebagai seorang pelakon.

Rasanya masyarakat pun faham bahawa Saharul Ridzwan sudah berkahwin dan dah kurang sebenarnya berita yang mengaitkan nama Mia Ahmad dan Saharul. Kini mereka juga tahu Mia sudah ada kekasih hati bukan? Harapnya rencana Mia dan Izham untuk berkahwin dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to Mengaku Sedia Berkahwin : Mia Ahmad Harap Tidak Dikaitkan Lagi Dengan Saharul Ridzwan

  1. j says:

    Kalau dgn mia ni.. saya pon memahami kerjaya pelakon

    0

    5
    • sugar mommy says:

      bagus dik…jgn gaduh2 macam elly dan faye. ntah apa yg direbut pun akak tak koser nak tau.

      21

      0
  2. sam says:

    xnak tunang…laki lagi muda…tiada tarikh ditetapkan…pompuan berani announce….
    mcm x jadi jer…..

    26

    0
    • izzy says:

      tula pasal… baru setahun menyulam cinta.. x confirm lg da canang macam2. duk je diam2 x bole ke? klu x jadi pun xde la malu sgt…. berlakon pun ntah ape2

      13

      0
    • pemerhati bebas says:

      pastu tetiba lak ckp dah putus..mcm kes raja afiq n anis al-idrus….hahaha…

      4

      1
  3. Anonymous says:

    standard gossip malaysia.

    5

    0
  4. Anonymous says:

    ko diam la miakayu!
    x malu ke

    10

    0
  5. alia says:

    Mcm bertunang terdesak jer…shahrul kau pun nk cepat2 kahwin

    5

    0
  6. Choii says:

    Perlu ke mention pasal sr? Jgn xmove on lg sudah….

    11

    1
  7. Momo says:

    Pelik pulak aku.. dia ni syok lagi kt sharul ke apa.. kisah dia dgn sharul dh lama terkubur kot. Pasaipa dia nk ungkit lagi?

    11

    0
  8. Hakim Mahmud says:

    pergh dah nak kawin melepas la

    1

    7
  9. nyampah says:

    ala..ni mesti terancam sebab mat keeper xbraper nak serious dgn dia. tu sebab dia announce cpt2 sbg warning secara halus pd minah2 yg ada hajat nak kidnap si keeper tu. nampak sgt ko terdesak minah2 oiiii

    8

    3
  10. Anonymous says:

    fikir yg baik2 dan doa yg baik2.. elok la mia n SR dh ade pilihan masing2… Jgn la nak di jodohkan depa lagi… mia dah bahagia ngn izham… apa ade ngn si poyo tu..berlagak jer…

    14

    1
  11. MIA KAYU says:

    ALAHAI,TAKDE NYA ORG NAK SEBOK KAITKAN2 KO NGAN SHAHARUL TU..PADAHAL LAMA DAH KOT TAK DENGAR PAPE CITE YG MENGAITKAN DIA NGAN SHAHARUL TU..ORG TU PON DAH KAWIN KOT,SYOK SENDIRI JE MINAH NI…

    8

    3
  12. Anonymous says:

    Aku rasa siapa yg ckp mia ni kemaruk dgn saharul OR ckp yg mia ” eh perasan saharul pun dh bahagia dgn bini dia yg cun tu xde sape yg kaitkan dgn ko ” … – satu je aku nak cakap KORG msti xde instagram kan . hahhahah .. itu korg xtahu mia ni kene hentamm baik punye . bgus jgk dia ckp cmtu .. hakakk minatt ko dikk sejak dua menjak ni .. #konakkecamkesahpulahakak

    23

    2
  13. Cap geliden says:

    Ni pn gatal jugak. Aritu bukan main x ngaku brcinta. Ni tup tup ko lak yg mengaku mcmni. Pigidaaaaa

    9

    0
  14. anon says:

    tak yah kawin retis lah izham oii ..
    dia pandang duit n populereti ko je izham
    dia ni pun belakon kejung n ketipp gigi je
    bukan populer mana pun
    gedik je lebih hahahaha …

    0

    3
  15. josh says:

    kenapa perlu diungkitkan lagi psl si saharul tu kan dia dah kawen, bini dia tersbgt cantek…

    0

    1