Written by AbangNara | June 20th, 2016

Perempuan dan kasut sememangnya tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri ini. Sekurang-kurangnya kena ada 3, 4 pasang kasut untuk digayakan. Sepasang untuk hari raya pertama di kampung, sepasang untuk pergi open house dan sepasang untuk dimatchingkan dengan baju raya. Namun janganlah sampai habiskan sampai beribu ringgit semata-mata untuk beli kasut. Jimat kena jimat jugak. Sebab itulah Abang Nara nak kongsikan informasi tentang Jualan Gudang Christy Ng ini.

christy ng

Nampak tak tulisan “3 pairs for RM100” tue? Meh sini Abang Nara translatekan. 3 pasang untuk RM100. Pergh. Takkan dapatlah kasut 3 pasang dengan harga semurah ini. Semuanya bakal berlangsung di Jualan Gudang Christy Ng yang bakal diadakan seperti di bawah:-

Tarikh: 24 Jun 2016 – 26 Jun 2016
Masa: 10.00am – 6.00pm
Tempat: Event Hall, The School, Jaya One, No.72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Walaupun harganya memang murah dan tak masuk akal, kualiti kasut rekaan Christy Ng adalah dijamin awesome. Buktinya? Ramai selebriti-selebriti seperti Nad Zainal, Syatilia Melvin, Mila Jirin dan Irma Hasmie yang telah memakai kasut Christy Ng di hari perkahwinan mereka. Meh kita tengok sikit kasut-kasut yang bakal dijual di Jualan Gudang ini nanti.

christy ng

christy ng

christy ng

christy ng

Cun melecun kan? Ini baru sikit. Banyak lagi kasut-kasut yang bakal ditayangkan di Jualan Gudang Christy Ng. Confirm berpinau mata korang menengok sampai tak tahu nak pilih mana satu. Dan Abang Nara ada satu lagi berita baik untuk anda semua selaku pembaca BeautifulNara. Anda hanya perlu isikan borang di bawah untuk RSVP kehadiran anda ke Jualan Gudang Christy Ng. Letakkan email dan nombor telefon anda. Sebagai balasan, anda akan menerima voucher yang boleh diredeem ketika tiba di sana. Kalau tak pergi pun tak apa. Voucher itu akan dihantar menerusi email anda dan boleh digunakan ketika membuat pembelian di www.christyng.com.

christy ng
Apa lagi? Dapatkan kasut Aidilfitri anda di Jualan Gudang Christy Ng pada 24 dan 26 Jun ini. Selamat membeli-belah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Mencari Kasut Baru Untuk Aidilfitri? Jualan Gudang Christy Ng Ini Akan Buatkan Mata Anda Berpinau

  1. ekin_syias says:

    memang betul ke 3 pasang rm1oo.. ke just promo tp ade terma dan syarat..

    0

    0
  2. mencari kasut says:

    kena ada rsvp baru boleh dapat 3 rm100 ke

    0

    0
  3. chrystyn ng lover says:

    abg nara..tak boleh isi pon rsvp tu

    0

    0