Menangi Tiket & Cenderahati Eksklusif Filem “Jumanji: Welcome to the Jungle”

Hiburan

Menangi Tiket & Cenderahati Eksklusif Filem “Jumanji: Welcome to the Jungle”

Filem yang asalnya diterbitkan pada 1995 dibintangi oleh Robin Williams sebagai seorang lelaki telah terperangkap di dalam permainan video selama 26 tahun sehinggalah dua kanak-kanak (Kirsten Dunst dan Bradley Pierce) bermain permainan tersebut dan tanpa sengaja melepaskan haiwan dan wataknya ke dunia.

Kini selepas 21 tahun Jumanji 1995 di pasaran, kesinambungan cerita Jumanji yang hebat ini diteruskan dan diberi nafas baru iaitu “Jumanji: Welcome To The Jungle.”

Advertisement

Filem ini juga merupakan simbol penghormatan kepada Robin Williams yang meninggal dunia pada 11 Ogos 2014. Ia dijadual bakal ditayangkan dalam 3D dan IMAX 3D pada 21 Disember 2017 akan datang.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami ada beberapa pasang tiket dan cenderahati ekslusif filem Jumanji: Welcome to the Jungle untuk diberikan kepada anda. Berikut adalah info tayangan.

Tarikh : 18 DISEMBER 2017 (ISNIN)
Masa : 8.30 MALAM
Tempat : TGV 1 UTAMA

Ini pula beberapa cenderahati ekslusif yang bakal menjadi milik pembaca bertuah:-

Untuk memenangi tiket dan cenderahati ekslusif ini, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Jika saya adalah pengembara hutan, saya akan..”.

Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Sila cepat sebelum terlambat.

Pemenang akan dimaklumkan menerusi email sebelum tarikh tayangan. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tayangan ekslusif ini. Selamat mencuba.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...