Menangi Sehingga RM60,000 September Ini Bersama Hot FM

Hiburan

Menangi Sehingga RM60,000 September Ini Bersama Hot FM

Bukan sekadar duit raya, bukan juga wang biasa tetapi kali ini wang besar yang bernilai sehingga RM60,000 bakal diberikan kepada pendengar-pendengar bertuah Hot FM. Melalui Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW, kali ini pendengar diwajibkan meneka item atau personaliti yang dimaksudkan melalui pembayang kata yang akan diberikan.

hotfm

Advertisement

Sekiranya jawapan tepat diberikan dalam masa 10 saat selepas pembayang kata diberikan, mereka akan menerima duit raya sebesar RM1,500!! Namun sekiranya tiada jawapan yang tepat diberikan, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul!

hotfm

Semuanya akan berlaku bermula pada 3 September 2012 dan berlangsung selama 4 minggu. Tetapi jangan lupa, nantikan isyarat memanggil dan jadi pemanggil ke enam untuk layak menyertai Bonanza Selebriti ini!

hotfm

Yang menariknya, bukan penyampai Hot FM yang akan memberikan pembayang kata tersebut, tetapi selebriti popular terkini akan turut sama ”mendera” akal pendengar. Dengar suara jantan Remy Ishak dan suara lunak Datuk Siti Nurhaliza untuk pembayang kata nanti!

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...