Written by AbangNara | February 6th, 2012

Tajuk filem ini memang agak catchy. Hantu dalam botol kicap. Dengar tajuk pun dah boleh agak ini adalah sebuah filem seram komedi. Bila Abang Nara baca sinopsis filem ini, Abang Nara dah senyum sorang-sorang. Jalan ceritanya pun dah memang funny.

hantu dalam botol kicap 2

Cuba korang baca sendiri sinopsis filem Hantu dalam botol kicap ini:-

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut.

Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Apakah yang terjadi pada Rina, Epul dan Azri? Semua terjawab dalam filem hantu dalam botol kicap.

Ha tuelah sapa suruh bukak botol kicap kan dah keluar hantu. Hehehe. Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Dengan hanya menonton trailer filem Hantu Dalam Botol Kicap di Facebook MIG Online dan menjawap beberapa kuiz mudah, anda boleh memenangi sebuah Blackberry Playbook. Menarik kan? Senang je kot soalan-soalan kuiz yang diberi. So cubalah nasib anda hari ini dengan menjawap kuiz tersebut hari ini jugak di sini.

12 responses to Menangi Sebuah Blackberry Playbook Dengan Bermain Kuiz Filem Hantu Dalam Botol Kicap

  1. Nazwan Nawawi says:

    Hantu Dalam Botol Cipap? Wow….

    0

    0
    • meriam buluh says:

      dasar otak senget…….astik nak tuuuu jer. apa kau tak puas cium mak kau punya masa lahir…….kakkaaka!!!!!!

      0

      0
    • Bro 10 Inci says:

      fail la lu… terang2 hantu dlm botol kicap kot tertulis…. apapon botol kicap??? lagi2 seram komedi??? termuntah2 muak dah genre ni… duh….

      0

      0
  2. Hantu dlm botol cencaluk says:

    Asyik hantu je la ceritanya..

    0

    0
  3. Selitone says:

    Nama: Hussin, Azri, Temah, Epul blablabla…

    Raju, Ah Sengnya mana???

    P/S: FIKIR SENDIRI…!!! Hahahaha…!!!

    0

    0
  4. Pendownload Tegar says:

    tggu kuar dnload je la cte ni…huahuahuaa

    0

    0
  5. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    cmana ni antu dlm botol kicap? cmana antu nye? ada kah antu nye panjang2 n lembek2 masok dlam botol kicap ?????????? emmmmm pelik jugak eh…….

    0

    0
  6. min says:

    dah bosan kot genre hantu..rasanye tak laku dah..

    0

    0
  7. Rin says:

    Epy jd plakon turrr… haha.. lucu tgk mimik muka dia

    0

    0
  8. wanputra says:

    x layan sial cite metrowealth nie. kuantiti lebih kualiti haprak. puih!!

    0

    0
  9. olala says:

    Tak bosan lagi ke dengan genre hantu gini? Dah 2012 la bai… (Aku taw ko shooting last year, but still!)

    0

    0
  10. Anonymous says:

    aku tengok hantu tu temban semacam jer…ini kes terlebih minum kicap lah ni….

    0

    0