Written by AbangNara | May 7th, 2014

Sabtu lalu, akhirnya salah satu impian diri ini tercapai jua. Abang Nara akhirnya dapat bertemu secara “live” dengan penyanyi kegemaran Abang Nara iaitu Adibah Noor. Setelah mengetahui yang Adibah Noor akan membuat kemunculan istimewa di ibu pejabat  AJINOMOTO®, Abang Nara seawal jam 8.30 pagi sudah terpacak di pintu masuk. Excited tak ingat nak jumpa penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini.

ajinomoto

Abang Nara ingatkan diri ini adalah yang paling awal hadir. Rupa-rupanya sudah ramai yang mula mendaftar di khemah yang disediakan. Semuanya pun teruja kerana mendapat peluang untuk bersua muka dengan Adibah Noor. Untuk makluman, Adibah Noor bukan datang saja-saja ke ibu pejabat AJINOMOTO® ini. Penyanyi, pelakon dan pengacara ini merupakan duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang merupakan produk terbaru AJINOMOTO® merupakan penyedap makanan terutamanya masakan kuah. Itu yang dalam ibu pejabat AJINOMOTO® ini penuh dengan bunting wajah comel Adibah Noor.

ajinomoto

Sementara menunggu majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah bermula, Abang Nara jalan-jalan melihat aksi para tetamu yang telah hadir. Paling seronok apabila melihat mereka menggayakan aksi comel, kelakar dan menarik sempena pertandingan “Muka Wow”. Peserta yang buat ekspresi wajah paling “Wow” kerana kehebatan TUMIX® Penambah Rasa Kuah akan memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Best kan? Itu yang semua orang buat sehabis baik tue. Kagum Abang Nara dengan usaha mereka.

ajinomoto

Tepat jam 10.30, majlis pelancaran produk terbaru AJINOMOTO® iaitu TUMIX® Penambah Rasa Kuah pun bermula. Menarik sungguh gimik pelancaran yang dilakukan oleh boss besar AJINOMOTO® iaitu Encik Ryoichi Ebata. Besar sungguh mock up bungkusan TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang perlahan-lahan menjelma daripada kuali. Salah satu perkara yang paling menarik bagi Abang Nara ialah apabila Encik Ryoichi Ebata memaklumkan yang AJINOMOTO® sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 50 tahun. Patutlah produk AJINOMOTO® sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melazatkan lagi rasa masakan.

ajinomotoTidak lama selepas Encik Ryoichi Ebata selesai membuat perasmian, Adibah Noor pun membuat kemunculan. Habis menjerit kegembiraan semua tetamu yang hadir. Adibah Noor tampak jelita dengan pakaian yang sangat menawan. Berdiri di sisi boss besar AJINOMOTO®, Adibah Noor turut sama memegang mock up TUMIX® Penambah Rasa Kuah sebagai tanda perlantikan dirinya sebagai duta produk ini. Bagi Abang Nara, pemilihan Adibah Noor sebagai duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah adalah satu pilihan yang bijak dan tepat oleh AJINOMOTO®.

ajinomoto

Sebab apa Abang Nara kata Adibah Noor adalah duta yang paling sesuai untuk produk ini? Ha, ini kerana Abang Nara sudah pun menonton video promosi yang dilakonkan oleh Adibah Noor ketika majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah . Memang kelakar tak ingat punya. Power sungguh Adibah Noor menjiwai karekter yang diberikan olehnya. Tambah power apabila Adibah Noor mengajak kita semua menerusi videonya untuk memenangi RM100,000 dengan menyertai peraduan TUMIX Cabaran Rasa Kuah. Apa yang perlu dilakukan cuma “Masak, Rasa dan Menang”. Mudah gila kot.

Meh Abang Nara terangkan serba sedikit mengenai peraduan TUMIX Cabaran Rasa Kuah seperti yang telah diberitahu ketika majlis pelancaran TUMIX ® Penambah Rasa Kuah. Peraduan ini akan bermula pada 19 Mei sehinggalah 20 Julai 2014.

Langkah 1 yang harus dilakukan ialah meminta sampel percuma TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH di laman web www.tumixkuah.com.my. Selepas sampel percuma dah tiba di rumah anda,

2. MASAK
Sediakan hidangan “TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH”

3.RASA
Alami rasa sedap “TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH”.

4. AMBIL FOTO & KARANG
Ambil gambar muka WOW melalui foto (gambar anda bersama pek TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH atau LAUK BERKUAH) dan komen bertulis dalam 10 perkataan atau kurang sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

5. HANTAR
Hantar borang penyertaan melalui pos biasa, Internet.

ajinomoto

Hadiah Utama
RM100,000.00 wang tunai!

Hadiah Pertama
RM50,000.00 wang tunai!

Hadiah Kedua
RM20,000.00 wang tunai!

ajinomoto

Hadiah Saguhati
Baucar Perabot , Kerusi Urut & banyak lagi Barangan Eletrik Tajaan Toshiba
ajinomotoHadiah Setiap 2 Minggu
RM5,000.00 wang tunai
ajinomoto

Kalau tak berapa faham dengan penjelasan Abang Nara, banyak lagi informasi yang boleh anda dapati di www.tumixkuah.com.my. Selesai menjamu selera yang sangat lazat kerana telah dilengkapkan lagi dengan TUMIX® Penambah Rasa Kuah, Adibah Noor mula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagunya. Suasana mula menjadi tidak terkawal apabila Adibah Noor turun dari pentas untuk bertemu para peminatnya. Penuh semua orang nak ber”selfie” dengan Adibah Noor. Abang Nara tak sanggup nak bersesak-sesak jadi tak dapatlah ambil gambar. Namun Abang Nara respek dan kagum dengan keprofessionalan yang ditunjukkan oleh Adibah Noor sepanjang proses “selfie” ini. Masih sempat buat lawak dan menyanyi untuk menghiburkan para tetamu. Memang terbaik.
ajinomotoTamat acara, Abang Nara dan beberapa rakan blogger dibawa masuk ke muzium AJINOMOTO® untuk penerangan serba sedikit mengenai syarikat ini. Selain daripada pengenalan mengenai sejarah AJINOMOTO®, Abang Nara tertarik dengan fakta mengenai MSG yang diterangkan kepada kami. Selama ini kita diberitahu bahawa pengambilan MSG adalah bahaya untuk badan. Kalau ambil banyak sangat akan botak kepala dan macam-macam lagilah kesan buruk. Rupa-rupanya semua itu adalah mitos belaka. MSG adalah selamat untuk dimakan oleh kita. Secara logiknya, kalau tak selamat, takkanlah syarikat AJINOMOTO® ini boleh bertahan lebih daripada 50 tahun di Malaysia kan?
ajinomotoBanyak perkara baru yang Abang Nara belajar sepanjang lawatan ke muzium AJINOMOTO® ini. Contoh lain ialah tentang kewujudan rasa kelima selain daripada masam, manis, pahit dan masin yang diberi nama UMAMI. Rasa UMAMI ini dijumpai oleh pengasas AJINOMOTO®. Rasa inilah merupakan pelengkap kepada masakan kita sebenarnya. Memang sukar untuk Abang Nara terangkan namun kalau korang nak belajar lebih lanjut, bolehlah ke laman web AJINOMOTO® dan juga Facebook AJINOMOTO®.ajinomotoSelepas ini diharap tiada lagi keraguan untuk kita semua menikmati produk keluaran AJINOMOTO®. Tema syarikat AJINOMOTO® “Eat Well, Live Well” sememangnya bertepatan dengan produk keluaran mereka yang bukan sahaja menambah kelazatan tetapi turut menekankan kepentingan dari segi kesihatan. Apa pun, pastikan anda tidak lupa melayari www.tumixkuah.com.my untuk peluang memenangi RM100,000. Abang Nara sekarang tengah berlatih memasak untuk menyertai peraduan ini. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Menangi RM100,000 Dalam Cabaran Rasa Kuah TUMIX® Ajinomoto®

  1. SAPIAH KARI says:

    Selekehnya dressing Abg Nara!!!!

    Like hello

    0

    0
    • Sahabat says:

      Pernah menang peraduan Tumix ni di KLFM, tu dia sekotak besar depa bagi.

      0

      0
      • deen says:

        Ajinomoto ni bahaya la.. sbb dia MSG. mak aku kalau masa x pernah pakai Aninomoto or penambah rasa ni semua… family kitorang semua pun x pernah guna.. dh kalau masak pun guna MSG baik ko makan je garam tu! makanan sihat jd x sihat!

        0

        0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          ajinomoto kalau kau letak kat rumput…rumput boleh mati, aku dah pernah try buat letak kat rumput,,,,rumput mati. Kalau masuk dalam badan…lagi lah bahaya.

          0

          0
      • zass says:

        ajinomoto ni ibu segala penyakit.. dahlah brg guna bahan perasa, takkan dlm masakan sendiri pun nk guna bahan perasa ni, guna garam & gula lg bagus.. sihat pun ye..

        0

        0
  2. Cu Pah says:

    Air tangan opah aku yang sedap, bukan masakannya saja yang sedap, air yang dijerang dan dihidangnya pun sedap. Tak perlu unsur tambahan nak menyedapkan masakan.

    0

    0
  3. REM says:

    SEPETTT TUUU KAT SEBELAH..

    0

    0
  4. SAYA says:

    tu puan SEPET tu kat sebelahh..lama x tgok blog dia..

    0

    0
  5. Senduk Beracun says:

    AJINOMOTO ptt tukar jadi AJINOHAIR… AJI-NO-HAIR… lum sempat pegi haji rambut dah gugur dok menketedarah MSG yg berupaya menggugurkan rambut sebelum usia tua!

    0

    0
  6. chronicz says:

    tetiba teringat permainan time budak2 dlu..
    “ajinamoto cap mangkuk warna merah!”

    hahahha

    0

    0
  7. mak aji says:

    nara x baca kajian2 ilmiah, pcaya sgt ckp pak aji tu.. ajinomoto=msg….. msg=bahaya

    0

    0
  8. Redvine says:

    botak kepala makan ajinomoto banyak2…

    0

    0
  9. haha says:

    sepet88 tu

    0

    0
  10. BUNKFACE NO.1 says:

    lepas baca entry ni aku rasa nak minum air sirap ais…tetiba rasa dahaga

    0

    0
  11. Leeya says:

    masak tak guna pak aji ni lagi sedap…

    0

    0
  12. irdina says:

    ajinomoto ni la salah satu punca sakit kanser sekrg ni dah jd common. MSG mmg tak bagus utk kesihatan.

    0

    0
  13. amin says:

    Aku taknak dh guna pak aji ni… Klau letak pak aji dlm masakan trus aku dpt ulser dlm mulut..bkn 1,tp byk smpai 5 ulser aku dpt…giler btul! Menangis aku beb xleh telan mkanan…lagi2 klau ulser tu kena kat lidah..bahaya pak aji ni…taubat aku! Aku je kot yg dpt mslh ni..tak ngam ngn sistem bdn aku…hehe..

    0

    0
  14. ash says:

    bkn ke neelofa penyanyi kegemaran abg nara?? heh..

    0

    0
  15. Nazha says:

    ok je….

    0

    0
  16. […] kalau anda masih ingat lagi, Abang Nara pernah kongsikan mengenai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah yang akan tamat pada 20 Julai ini. Fuh~~ Menurut informasi yang Abang Nara terima, memang banyak […]

    0

    0
  17. […] kalau anda masih ingat lagi, Abang Nara pernah kongsikan mengenai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah yang akan tamat pada 20 Julai ini. Fuh~~ Menurut informasi yang Abang Nara terima, memang banyak […]

    0

    0