Written by AbangNara | October 27th, 2014

Oktober 2013 Abang Nara telah berpeluang ke Hong Kong Disneyland. Memang seronok meluangkan masa bersama keluarga di sana. Namun ada satu perkara yang Abang Nara kesalkan. Agak sedih kerana tidak sempat mencuri masa untuk pergi ke Macau yang letaknya hanya 60km dari Hong Kong. Bukan apa, orang kata kalau dah sampai Hong Kong tapi tak pergi Macau, memang tak lengkap percutian anda.

macau

Jadi apa yang seronoknya di Macau sampai Abang Nara sedih tak dapat pergi ke sana? Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Macau yang telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai salah satu World Heritage Sites. Apa yang menarik mengenai Macau ialah negara ini penuh dengan festival dan acara-acara menarik sepanjang tahun. Abang Nara ada buat ‘research’ sedikit dan ini adalah tempat yang Abang Nara akan pergi sekiranya dapat peluang menjejakkan kaki ke Macau suatu hari nanti:-

1. Muzium Grand Prix Macau

macauDibuka pada tahun 1993 untuk meraikan ulangtahun ke 40 Macau Grand Prix, muzium ini adalah tempat wajib lawat sekiranya anda adalah peminat kereta/motor lumba. Pelbagai jenis kenderaan dipamerkan di sini untuk tatapan mereka yang gilakan sukan permotoran ini. Semua jenis kenderaan ada. Yang ‘old school’ dan yang moden kesemuanya dipamerkan. Ini kalau anak Abang Nara pergi nie mesti serius ‘excited’ tak ingat.

macau

2. Macau Fisherman’s Wharfs

macau

Yeah“ Kalau anda seorang penggemar taman tema, Macau Fisherman’s Wharfs ini adalah tempat yang wajib anda lawati. Dibina berdasarkan 6 pelabuhan terkemuka seluruh dunia, selain daripada taman tema, Macau Fisherman’s Wharf turut dilengkapi restoran, hotel dan tempat untuk membeli-belah. Kiranya lepas penat main kat taman tema, boleh terus makan atau ‘check in’ di hotel untuk merehatkan badan. Memang perfect.

macau

3. House of Dancing Water

House of Dancing Water yang dibawakan oleh resort City of Dream adalah benda wajib yang akan Abang Nara lakukan bersama keluarga. Dipertontonkan pada waktu malam, pentas House of Dancing Water amat menakjubkan kerana ia diisi oleh 14 juta liter air dan mampu bertukar daripada daratan ke lautan dalam sekelip mata. Tengok video kat bawah nie pun dah rasa teruja yang amat. Menarik!!!
macau

4. Ruins of St Paul’s

macau

Bagi anda yang meminati sejarah, Ruins’ of St Paul’s ini memang wajib dilawati untuk melihat sendiri betapa gahnya peninggalan salah sebuah gereja yang terbesar di Asia satu ketika dahulu. Disenaraikan sebagai salah satu World Heritage Sites oleh UNESCO, jutaan manusia telah melahirkan rasa kagum mereka melihat keunikan dan keperincian lukisan-lukisan di bangunan ini. Ambik gambar pun cantik jugak kat sini.

macau

5. Taipa House Muzium, Coloane Village dan banyak lagi

macauSebenarnya kalau Abang Nara nak tulis semua tempat menarik dan wajib lawat di Macau memang sampai esok lusa pun tak habis. Banyak sangat tempat-tempat yang best. Contohnya seperti Coloane Village yang membolehkan anda merasai pengalaman hidup di perkampung nelayan. Begitu juga dengan Taipa House Muzium yang memberikan anda peluang melihat sendiri peninggalan Portugis yang pernah menjajah Macau satu ketika dahulu.

macau

Rasa-rasa kalau nak ke Macau dan melawat kesemua tempat menarik di sana, paling kurang pun perlukan 3 hari. Untuk makluman, penerbangan dari Malaysia ke Macau ada disediakan sebanyak 17 kali seminggu. Lagi seronok kita tak perlukan Visa untuk masuk ke Macau. Memang senang sangatlah. Tapi sabar jangan beli tiket dulu. Abang Nara ada berita gembira untuk anda semua!!!

macau

Macau Government Tourism Office (MGTO) ingin memberikan anda peluang menikmati sendiri kehebatan Macau dengan cara yang amat mudah sekali. Anda boleh memenangi percutian 3 hari 2 malam ke Macau dengan hanya menulis mengenai keterujaan anda untuk melawat Macau. Untuk menyertai pertandingan ini, ikutilah 3 langkah seperti dibawah:

1. Tulis blog post yang bertajuk – Dream Trip to Macau.

2. Blog mengenai 3 perkara yang paling menarik tentang Macau, dan mengapakah kamu harus dipilih sebagai pemenang.

3. Hantarkan URL blog post anda pada seksyen comment di Blog Post Rasmi Nuffnang sebelum 23 November 2014, pukul 11:59 malam.

Contohnya macam yang Abang Nara dah tulis kat atas tuelah. Kalau anda dah pernah melawat Macau lagilah bagus. Pertandingan mudah ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pastikan anda tulis yang terbaik kerana MGTO akan memilih karya yang menarik sebagai pemenang mereka. Tunggu apa lagi? Maklumat lanjut layari Blog Post Rasmi Nuffnang mengenai pertandingan ini atau Facebook MY Macau.

10 responses to Menangi Percutian Impian 3 Hari 2 Malam Ke Macau

  1. Saya nak tanya boleh tak says:

    Boleh saya tahu kenapa ramai wanita malaysia
    memiliki cutting badan seperti tong sampah hitam?

    0

    0
    • MFBO says:

      Soalan di atas ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjatuhkan imej para wanita kat luar sana yang berbadan gempal dan gemuk. Ini saya tidak setuju. Kebiasaannya wanita menjadi gemuk kerana bersebab. Sebab yang paling utama ialah mereka sanggup menggemukkan badan mereka demi melahirkan zuriat yang tersayang. Semua tahu perempuan kalau mengandung memang akan naik badan. Selepas bersalin pula, memang satu masalah untuk menurunkan berat badan seperti zaman anak dara. Bayangkan betapa hebatnya pengorbanan seorang wanita kerana sanggup mengubah bentuk badan menjadi gemuk dan berisi untuk melahirkan benih yang dikandung. Itu belum lagi kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan anak. Adakah para lelaki sanggup berkorban seperti ini?

      0

      0
    • Whatever says:

      “Boleh saya tahu kenapa ramai wanita malaysia memiliki cutting badan seperti tong sampah hitam?”

      Ehh… Mak, kakak, adik perempuan dan isteri mana-manalah yang awak ada macam tong sampah hitam ke?… Saya pun nak tanya awak lahir dari tong sampah hitam juga ke?…

      0

      0
    • One Direction says:

      negara tokpek….malas aku pergi.
      Kalau melancong ke Europe aku nak lah jugak.

      0

      0
  2. […] Jadi apa yang seronoknya di Macau sampai Abang Nara sedih tak dapat pergi ke sana? Sebenarnya banyak tempat menarik untuk dilawati di Macau yang telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai salah satu World Heritage Sites. Apa yang menarik mengenai Macau …read more […]

    0

    0
  3. piirah says:

    xguna perkataan wajib xboleh kerr?? annoying sungguh perkataan wajib dlm agama dikaitkan dgn tempat perjudian

    0

    0
  4. minah jambu merah biru says:

    minah jambu kalau gi hliday minah jambu suka gi Malacca pasal asam pedas Malacca paling sedap !! kalau minah jambu gi Malacca mesti minah jambu cari asam pedas …makan asam pedas dia sampai menjilat jariiiiiiiiiii sedap Nye !

    0

    0
  5. Ibu Merah@5469 says:

    Betul tu Minah Jambu.. asam pedas Melaka memang best…Nt kalau dtg melaka kita blh bawa tpt yg asam pedasnya..peh ..marveles…Berpeluh-peluh mkn tanpa disedari…

    0

    0
  6. hpmurah2u says:

    ramai jugak yang join peraduan yang nuffnang tengah buat sekarang ni kan..hehehe

    0

    0