Menangi Album Yang Ditandatangani Sendiri Oleh ONCE

Hiburan

Menangi Album Yang Ditandatangani Sendiri Oleh ONCE

Abang Nara merupakan salah seorang peminat ONCE. Lagunya yang bertajuk “Hilang Naluri” merupakan lagu feveret Abang Nara. Memang cengkam betul suara dia. Lirik pun power. Buat karaoke memang terbaik.

once

Advertisement

Dan buat peminat ONCE, inilah peluang anda untuk memenangi album yang ditandatangani sendiri oleh ONCE. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Abang Nara jeles sungguh dengan 5 pembaca bertuah yang bakal memenangi peraduan ini.

onceTerima kasih kepada Warner Music Malaysia yang sudi bekerjasama dengan BeautifulNara kali ini. Cara-cara untuk memenangi hadiah yang sangat awesome ini ialah:-

“ONCE pernah mengalami gangguan pita suara pada suatu ketika dahulu. Keadaannya yang sebegini pernah membuatkan ONCE membuat keputusan untuk berhenti menyanyi. Namun setelah 5 tahun, pita suaranya sembuh sepenuhnya, dan ONCE kembali bergiat dalam bidang nyanyian.”

Pernahkah anda melalui pengalaman yang hampir sama..?

Khas buat para peminat ONCE, anda kini berpeluang untuk memiliki album ONCE yang bertanda tangan!

Kongsikan dengan kami pengalaman hidup anda yang paling mirip dengan perjalanan hidup ONCE bagi membuktikan betapa dekat ONCE di hati anda!

5 peserta bertuah bakal memenangi album ekslusif ini!!!

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia

2) Emailkan pengalaman hidup yang hampir sama dengan pengalaman hidup ONCE bersama butiran peribadi (Nama penuh, nama akaun Facebook, alamat penuh, no telefon) ke [email protected].

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5hb April 2013.

Mudah je kan? Tunggu apa lagi? Sambil layan lagu “I Still Love You” di atas sambil mengarang kisah hidup anda untuk memenangi album yang ditandatangani oleh ONCE. Layan ~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...