Menangi 40 Pasang Tiket Filem Bridget Jones’s Baby 27 September Ini

Hiburan

Menangi 40 Pasang Tiket Filem Bridget Jones’s Baby 27 September Ini

Sekiranya usia anda lebih kurang Abang Nara iaitu sekitar 30-an, pastinya anda pernah menonton filem Bridget Jones. Filem romantik komedi inilah yang telah mempopularkan Renée Zellweger. Abang Nara akui diri ini jatuh cinta dengan Renee selepas menonton aksinya yang comel di dalam Bridget Jones. Comel gila-gila.

bridget jones's baby

senyumannya mencairkan hati ini beb

Setelah sekian lama Bridget Jones menyepi, akhirnya Renée Zellweger kembali memegang watak yang cukup sinonim dengan dirinya ini di dalam Bridget Jones’s Baby. Selain Renee, turut sama membintangi filem ini ialah Colin Firth dan Patrick Dempsey.
bridget jones's baby

Advertisement

Apakah yang bakal dilalui oleh Bridget Jones kali ini? Apakah yang akan ditulis di dalam diarinya? Adakah percintaan masih menjadi masalah utama ketika umur Bridget sudah memasuki 40-an ini? Kalau nak tahu kenalah tengok Bridget Jones’s Baby yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 29 September ini. Kita ushar dulu trailer.

Khas untuk pembaca BeautifulNara dengan kerjasama United International Pictures Malaysia, Abang Nara ada 40 pasang tiket filem Bridget Jones’s Baby untuk diberikan kepada anda. Berikut adalah informasinya:

TARIKH: 27 September 2016
TEMPAT: TGV One Utama
WAKTU: 9.15 malam

Macam biasa kenalah isi borang di bawah dan lengkapkan slogan “Rahsia paling besar yang saya pernah tulis dalam diari ialah”…. Lagi kelakar dan tak masuk akal akan Abang Nara pilih jadi pemenang.


bridget jones's baby

Selamat mencuba dan selamat menonton. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini. Jangan lupa LIKE Facebook TGV Cinemas sebagai tanda terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...