Menangi 40 Pasang Tiket & Barangan Ekslusif Filem Ghostbusters

Hiburan

Menangi 40 Pasang Tiket & Barangan Ekslusif Filem Ghostbusters

“Who you gonna call”

“Ghostbusters”

Advertisement

“Who you gonna call”

“Ghostbusters”

Kalau anda seusia dengan Abang Nara (33 tahun), pasti takkan terlepas menonton filem dan kartun Ghostbusters yang cukup popular. Lagak 4 orang rakan yang kerjanya menangkap hantu cukup memukau dan menghiburkan. Hantu dan monster yang ada pun macam-macam. Kelakar pun ada jugak. Berita gembira untuk para peminat kartun ini, filem Ghostbusters terbaru selepas 30 tahun akan ditayangkan di Malaysia bermula 14 Julai ini (Khamis).

Khas untuk pembaca BeautifulNara, Sony Pictures Malaysia telah sudi untuk menghadiahkan 40 pasang tiket dan juga barangan ekslusif filem Ghoustbusters untuk anda semua. Lagi best anda akan dapat menonton filem blockbuster ini sehari lebih awal berbanding waktu tayangan rasmi. Maklumatnya adalah seperti di bawah:-

TARIKH: 13 Julai 2016 (Rabu)
MASA: 9 malam
TEMPAT: GSC 1 Utama

ghostbusters

Selain itu antara barangan ekslusif filem Ghostbusters yang akan diberikan kepada mereka yang bertuah adalah t shirt, USB, keychain, cover laptop dan banyak lagi. Semuanya cun-cun belaka.
ghostbusters

ghostbusters
ghostbusters

Seperti biasa korang kena lengkapkan slogan “Hantu yang saya paling takut ialah” di borang di bawah. Mereka yang paling kreatif dan pantas akan dipilih sebagai pemenang. Tiket dan barangan ekslusif boleh diambil di GSC 1 Utama pada hari tayangan.

Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Terima kasih sekali lagi kepada Sony Pictures Malaysia atas kesudian mereka menghadiahkan tayangan filem ini kepada pembaca BeautifulNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...