Written by AbangNara | October 22nd, 2017

Tiada siapa meminta untuk dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Biarpun dibesarkan dalam suasana yang perit, tetapi hargailah saat-saat indah bersama keluarga kerana entah bila lagi saat itu akan berulang lagi. Filem The Glass Castle mempunyai mesej yang sarat dengan emosi kemiskinan sebuah keluarga dan sesuai di tonton peringkat umur.

Diadaptasikan dari buku penulisan Jeannette Walls, The Glass Castle telah membawa kisah sebenar ke dunia nyata di mana filem ini telah dijayakan oleh Brie Larson sebagai Jeannette Lawrence, Woody Harrelson sebagai Rex bapa kepada Jeannette dan Naomi Watts sebagai RoseMary ibu kepada Jeannette.

Bakal ditayangkan pada 26 Oktober 2017, filem ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang miskin dan penuh dengan konflik. Jeannette Walls merupakan anak kedua dari empat adik beradik. Ayah mereka, Rex merupakan seorang kaki minum tegar dan ibu mereka Rose Mary merupakan seorang pelukis dan artis seni.

Apabila Jeannette berumur 6 tahun, keluarga mereka mula berpindah sekitar  Arizona dan California disebabkan hutang Rex dan Rose Mary semakin menimbun.

Keluarga mereka sering berpindah randah disebabkan masalah kewangan sehinggalah pada satu ketika, mereka sekali lagi berpindah ke Welch di mana nenek sebelah ayah RoseMary tinggal. Di sana Jeannette dan adik beradiknya mula bersekolah dan mengalami pelbagai dugaan yang mencabar dimana Jeannette dibuli dan dipukul oleh budak tempatan di situ dan Brie pula dicabul oleh neneknya sendiri.

Sejak kejadian itu, Jeannette dan keluarganya telah berpindah ke sebuah rumah usang dan buruk. Di situ Rex telah mengubahnya menjadi The Glass Castle dan di sinilah bermulanya kisah klimak mereka sekeluarga.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami ada 30 pasang tiket filem ini untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi memberikan tiket-tiket ekslusif ini kepada anda semua.

Anda berpeluang menonton filem ini sebelum ia ditayangkan di Malaysia. Best kan? Berikut adalah maklumat lanjut tentang tayangan ekslusif The Glass Castle:

TARIKH : 24 OKTOBER 2017
MASA : 9:15 MALAM
TEMPAT : TGV Cinemas 1 Utama

Macam mana nak dapatkan tiket-tiket ekslusif ini? Anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya nak ubah nasib keluarga saya kerana…”

Penyertaan yang paling pantas dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan anda akan dihubungi menerusi email. Terima kasih TGV Cinemas kerana sudi menaja tiket eksklusif ini untuk pembaca bertuah blog BeautifulNara.

Selamat mencuba!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Menangi 30 Pasang Tiket Ekslusif Filem The Glass Castle

  1. Upin upon says:

    Ni blog iklan ke blog gossip?

    0

    0
  2. Odah de oditer says:

    Iklan dan gosip. Sekali sekala bloger pun nak cari income juga. Bukan semua iklan sampah. Ada juga iklan yg berguna utk para pembaca. Kalau x berkenan, sila klik pangkah pada paparan iklan tersebut. Sekian, terima kasih

    1

    0
  3. Houri says:

    Salam admin. Nama pelakon utama Brie, dan bukannya Brian. Harap maklum.

    0

    0
  4. Minum kopi says:

    Tahu la nak kena buat duit, sy ni pon blogger lol. Masalahnya blog ni kkdg berhari2 xupdate.. iklan je memanjang.. kekadang kena Skrol sikit punya banyak nk tgk artikel yg bkn iklan. Dan byk kali terjadi org klik benda lain, pop up iklan yg keluar

    0

    0
  5. wekkkkkkk says:

    x nk lah tgok kt wayang..tunggu je. Selalunya kisah mcm ni akan kuar kt channel 702 DIVA, 726 FX, atau 430 fox family..tunggu je. Lambt x apa.

    0

    0

Leave a Comment

Optional