Menang Satu Anugerah Bukan Kerana Peminat Tidak Sokong Cuma Tiada Rezeki – Ayda Jebat

Hiburan

Menang Satu Anugerah Bukan Kerana Peminat Tidak Sokong Cuma Tiada Rezeki – Ayda Jebat

Sebelum ini, jika Anugerah MeleTOP Era berlangsung, pasti pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akan memenangi hampir setiap kategori yang beliau tercalon. Namun, AME pada tahun ini, Ayda cuma berjaya memenangi satu kategori sahaja. Mula lah, ada mulut mengatakan adakah peminat Ayda sudah tidak menyokong beliau?

Advertisement

Peminat saya masih mengundi cuma rezeki tidak berpihak kepada saya namun tidak mengapa kerana semua yang menang mereka berhak dapat. Saya pun memang tidak memberi fokus kepada kemenangan sebaliknya tanggungjawab untuk mengadakan persembahan yang menjadi keutamaan saya.

Ayda akui beliau tetap gembira meskipun memenangi satu anugerah sahaja daripada tiga kategori yang dicalonkan. Buat Ayda, tiadalah yang akan mengatakan ia adalah “anugerah” Ayda sahaja.

Sejak dahulu lagi jika nama saya dicalonkan dalam mana-mana anugerah saya tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Tahun ini dapat satu pun saya bersyukur dan gembira kerana ini adalah hasil usaha peminat yang mengundi dan menyokong karier saya. Paling penting tiada orang akan kata ini ‘anugerah Ayda Jebat’.

Pada malam AME 2017 Ahad lalu, Ayda memenangi kategori Lagu MeleTOP menerusi Pencuri Hati. Kemenangan itu memperlihatkan Ayda membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...