Memori Dikurung 8 Jam Untuk Astro B.yond PVR

Hiburan

Memori Dikurung 8 Jam Untuk Astro B.yond PVR

//Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru//

astro pvr event

Advertisement

Kalau anda singgah di Midvalley Sabtu 5 Jun yang lepas, kemungkinan besar anda akan perasan muka mamat kat atas tue. Dialah yang bergelar Abang Nara. Menyedari ketidakhenseman dirinya, dia telah cuba memancing undi simpati para pengunjung Astro PVR Roadshow dengan mengaku baik hati untuk membolehkan dia memenangi Astro B.yond PVR.

astro event pvr

4 blogger di atas telah dikurung selama 8 jam di Midvalley North Court dari jam 10 pagi sampai 6 petang. Macam-macam task yang berkaitan dengan Astro B.yond PVR diberikan kepada kami untuk menentukan juara. Antaranya macam mencari channel yang dan merakam channel yang disebut oleh penganjur. Bagi Abang Nara, yang paling susah ialah task meyakinkan orang ramai yang berkeliaran di Midvalley untuk duduk di kaunter penerangan Astro B.yond. Barulah Abang Nara tahu betapa peritnya perasaan seorang salesman kalau kita buat derk jerk at dia.

Namun begitu, ada satu tragedi yang Abang Nara tak dapat lupakan semasa Astro B.yond PVR Blogger Challenger nie. Abang Nara hampir-hampir kehilangan teruna. Biarlah gambar-gambar di bawah ini menjadi bukti betapa rakusnya 3 blogger yang lain:-
astro byond pvr

Sebenarnya gambar-gambar di atas adalah cabaran terakhir buat kami berempat di mana sesiapa sahaja yang menjadi orang pertama dapat merampas remote control Astro B.yond PVR bakal mendapat 300 markah. Sapa taknak beb. Itu yang Nampak kesungguhan semua blogger. Kalau dapat confirm terus menang punya.

Dan tahniah kepada Redmummy yang berjaya membawa pulang set Astro B.yond PVR selaku juara:-
astro byond pvr event

Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca BeautifulNara yang telah datang dan member support anda kepada Abang Nara. Memang saya sangat-sangat terharu. Tak sempat nak beramah mesra lama-lama sebab tak boleh nak keluar daripada tempatan kurungan. Kehadiran dan undian anda sangat-sangat dihargai.
astro byond pvr

Untuk sesiapa yang telah undi saya, you have made a difference. Tapi kalau nak difference yang sebenar-sebenarnya difference time tengok TV, silalah gunakan Astro B.yond PVR. Memang akan t rasa kelainan dari segi mutu gambar dan juga dari segi boleh RRPP(Rewind, Replay, Pause, Play). Tambah-tambah lagi buat mereka yang gila bola. Boleh rewind atau pause masa Cristiano Ronaldo silang kaki dia.

Untuk maklumat lanjut pasal Astro B.yond PVR, sila klik sini dan join Facebook Astro untuk lebih banyak maklumat yang best-best.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...