Memey Wanita Yang Senang Untuk Dijaga, Tahu Sejukkan Hati Saya – Norman Hakim

Hiburan

Memey Wanita Yang Senang Untuk Dijaga, Tahu Sejukkan Hati Saya – Norman Hakim

Meskipun dilanda kontroversi dan pelbagai dugaan pada awal perkahwinan, akhirnya berkat sabar dan mempercayai setiap yang berlaku ada hikmahnya, kini pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza sedang menikmati saat bahagia didalam rumah tangga mereka.

Advertisement

Siapa sangka mereka sudah empat tahun menyulam kasih sebagai suami isteri dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cukup comel. Walaupun sudah lama berkahwin, jelas terpancar lagi rasa cinta yang cukup mendalam antara Norman dan Memey.

Buat Norman, isterinya itu adalah satu anugerah yang terbaik buat dirinya dan menyifatkan Memey sebagai seorang wanita yang cukup senang untuk dijaga serta pandai menyejukkan hatinya jika sedang marah.

Bukan saya hendak memuji isteri sendiri, tetapi Memey bukan seorang wanita yang sukar untuk dijaga dan disayangi. Dia jarang merajuk dan tahu bagaimana hendak menyejukkan hati apabila saya dalam keadaan marah.

Setiap perkara yang baik itu pasti ada cabaran dan saya anggap kepayahan kami dahulu sebagai sebuah ujian. Alhamdulillah, berkat doa kami yang tidak pernah jemu, kehidupan kini jauh lebih baik daripada apa yang kami impikan.

Tambah Memey pula, beliau dan Norman tidak pernah berhenti bercinta dan setiap hari beliau mempelajari sesuatu yang baharu tentang suaminya dan sedikit pun tidak pernah merasa menyesal berkahwin pada usia muda.

Saya rasa kami berdua tidak pernah berhenti bercinta, sebab setiap hari, pasti ada benda baharu yang saya pelajari tentang suami dan begitulah sebaliknya.

Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak daripada menjadi pasangan yang hanya romantis sebelum kahwin tetapi apabila sudah sah hubungan, kemesraan tiba-tiba pudar. Bagaimana hendak berkeluarga jika begitu.

Kata orang perkara yang lepas jangan dikenang dan mula lah hidup dengan membuka lembaran baru. Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah membuktikan mereka juga mampu menjalinkan hubungan baik dengan Abby Abadi. Doakan sahaja agar pasangan ini kekal bahagia selamanya. InshaAllah.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...