Written by Bella | August 4th, 2015

Berita mengenai Abby Abadi yang bakal berkahwin untuk kali ketiga bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim. Menurut Memey, Abby telah memberitahu khabar gembira tersebut kepada mereka berdua sebelum mengumumkannya di laman Instagram.

Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya.

Abby Abadi bakal bernikah dengan seorang wartawan yang mula beliau kenali pada tahun 2013 tetapi mula rapat pada Disember 2014 atas urusan kerja. Bakal suami Abby yang mesra disapa Jai merupakan wartawan bagi akhbar pembangkang iaitu Harakah.

Majlis pernikah mereka akan diadakan pada 14 Ogos ini bertempat di Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum ini Abby pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Selepas itu beliau bernikah dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar di Selatan Thailand pada Julai 2013 dan akhirnya bercerai juga pada Jun 2014.

Sumber Berita: Murai

17 responses to Memey Suhaiza Tidak Terkejut Abby Abadi Nak Kahwin Lagi

  1. doakan kau says:

    semoga kali ni kekal la ye..Amin Ya Allah

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Apsal muka memey sama dengan zarema eh sikit sikit? Eh lupa plak sama sama perampas.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    mesti la x tkejut.. mesti hepi je.. xde la abby usha norman dh nnti.. huhu

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tang lain aku mmg tak bleh blah dgan makcik ni.. tapi tang dia boleh berubah accept meme n berbaik semula dgn norman n family demi anak2.. yg tu aku respek.. walaupun sebelum ni depa bergaduh sakan… x semua org boleh buat mcm ni.. nilai sebegini mmg wajar kita contohi dlm membentuk keluarga yg bahagia… alhamdulillah.. itulah indahnya bila kita bersilaturrahim atas nama Allah… manisnya kita yg rasa

    0

    0
    • anon says:

      Alah, nora & abby terpaksa lah wat baik dgn isteri baru ex dia org, Kalau tak berbaik, takut nanti masa anak2 dia berkunjung ke rumah ayah dia org nanti, ibu tiri wat jahat. Tu yg terpaksa, walau dlm hati terluka or tak suka mcm mana pun. Tuhan je yg tau dlm hati…

      0

      0
    • ana says:

      betul wei..aku rasa la kan.penceraian dia pun ade hikmah..klu diorang x bercerai mungkin abby xde nak pakai tudung labuh cenggini…solat tah kemana…betul tak…eh anon ko jangan la kata cenggitu..okay

      0

      0
  5. Ostad Lawa says:

    abby please la jangan pakai tudong laboh2 sgt nampak kampong sangat takleh ker pakai cam tudong fareeda ker?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Ini perkahwinan yang ke 4 kan?

    0

    0
  7. lawasangat says:

    memanglah x kejut pon. dah kalau ada org rpt je kat die. abby terus je jadi laki dia. bknnya x bagus. bguiii tu adoo, sebab nak elakkan dari fiiiittteeennnaahhh sekalian org2 ni. apa apa pon. semoga Abby jadikan perkahwinan sekali ni jadi perkahwinan yang kekal ke Jannah ye cik Abby ye. Amin.

    0

    0