Memey Oh Memey, Adanya Kontroversi Sebab Anda Yang Cipta Kontroversi

Hiburan

Memey Oh Memey, Adanya Kontroversi Sebab Anda Yang Cipta Kontroversi

memey suhaiza

Adoi pening kepalo kami dengan si Memey Suhaiza nie. Nasib baik muda lagi umur 21 tahun. Pemikiran pun tak matang lagi kot. Tue yang dia cakap semacam je. Lain macam je kami tengok si Memey Suhaiza nie sejak “berkawan” dengan Norman Hakim. Mungkin terlalu bahagia kot di samping abang tercinta.

Advertisement

Cuba dengar sikit ayat dia:-

[note]Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya. Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya. Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil. Sudah-sudahlah kontroversi…Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru. [/note]

Meh dengar sini sikit wahai cik Memey. Kontroversi takkan datang kepada seseorang jika anda tak mulakan kontroversi tue. Tak salah kalau kami cakap yang anda jadi femes pun lepas kantoi bercinta dengan Norman Hakim. Senang cerita lepas kantoi berkhalwat dengan suami orang. Kalau bukan sebab kontroversi tue rasanya sampai sekarang nama cik Memey orang tak tau kot. Tak gitu?

Contoh terbaik gambar anda bersama anak Norman Hakim dan Abby Abadi. Apa motif anda letak gambar tue kat Facebook? Saja nak tunjuk anda dah mesra ngan anak-anak Abby ke? Atau saja nak jeleskan Abby? Atau nak tunjuk betapa jiwangnya anda dengan Abang Norman?

Semua kontroversi yang datang adalah dari pihak cik Memey sendiri. Kalau duduk senyap-senyap dan berlakon jer macam si Lisa Surihani tue, mana ada kontroversi nak datang. So kalau anda nak tahun 2010 tak ada kontroversi, rasanya anda dah tau apa yang patut dibuatkan?

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Memey Suhaiza di tahun 2010 nie. Moga-moga bukan kontroversi yang mengfemeskan anda tapi mutu lakonan mantap yang bakal menyebabkan orang bercerita tentang anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...