Written by AbangNara | December 8th, 2014

Aih~~ Memang payah jadi selebriti lebih-lebih lagi kalau selebriti perempuan. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan. Macam-macam sungguh orang mengata dia. Terbaru dilihat membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO), Che Ta yang baru sebulan lebih melahirkan Aaisyah Dhia Rana dikatakan telah melanggar pantang. Pelik-pelik kan? Mesti pening kepala kalau jadi Che Ta. Semua benda yang dibuat jadi masalah negara.
che ta Setahu Abang Nara, orang Melayu je yang ada pantang-pantang sampai 100 hari tak boleh keluar rumah kena duduk terbaring je. Sebenarnya dunia sekarang dah moden dan sudah terbukti melalui kajian pun yang lepas bersalin kalau rasa diri sihat boleh je keluar. Tak perlu nak duduk rumah je. Kata Che Ta:-

Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..

che ta

Sabar jerlah Che Ta. Asalkan diri sendiri tahu yang masih tak melanggar pantang cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang sampai ke hari 200 pun tak boleh keluar rumah. Lagipun ini bukan pertama kali Che Ta berpantang. Mesti Che Ta tau yang terbaik untuk dirinya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 responses to Membeli Belah Di JPO, Rozita Che Wan Nafi Tak Jaga Pantang

  1. minah jambu tlajak habis biru says:

    asal ada obat suda lahhhhhhhh ck ta bukan Nye pes time beranak huh ! jangan nk macm2 lah !!

    0

    0
  2. Rara says:

    Lantak dia la. bdn dia kn. nk pantang ke x ke. yg peminat sebok sgt nape. mak dia x marah korang pulak yg emo..
    syg benau ke korang kt che ta..

    0

    0
  3. rara says:

    Lepas satu , satu gosip pasal mereka sekeluarga . hmm . Banyakkan sabar k

    0

    0
  4. PendapatSahaja says:

    amboii nara baking kaw2 punye..FYI masa dlm pantang ni laa mase utk jaga badan..xde istilah pantang zaman dulu atau zaman moden..yg penting masa ni la kite nak kene jaga bdn supaya jgn mudah masuk angin..urat2 x kembang..klu ikut pantang larang orgtua mmg xblh keluar rumah pon sbb takut ada bnde x elok ikut kita..sbb bdn msh dlm keadaan “kotor”..tp terpulanglah ckp lebih2 byk plak pembangkangnye..OKBAI

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nara tak pernah berpantang and tak tau apa itu pantang…. Minah2 saleh tak payah pantang sbb dorg minum wain, dah panas, mnum pun bukan sebotol, berbotol2. Cuma dorg tak pantang mcm Melayu. Nara klau syg isteri, jg lah & pantang elok2. Silap hb klau bentan ke, tak jg betul2, esok kesannya masa tua. Kadang tak sempat tua dah pantang sejuk sikit, bdn pun cpt lunyai….
      Che Ta pantang tp tak lama. Yg penting still pantang, bkn nya tak pantang langsung.

      0

      0
      • amboi says:

        amboiiii main petik jer cakap mat salleh minum wain berbotol masa pantang, kamu mana tau ni? Mat salleh lagi jaga pemakanan dari orang melayu kita ni tau. bukan nak agungkan depa, tapi kita ni jangan sedap petik jer yer. My mother in law mat salleh tak pernah minum arak, tapi badan tip top walau dah tua, and tak pantang cara melayu pun.

        0

        0
        • dua2nya betul. says:

          Baik tak payah mention caucasion kat sini nanti kena kutuk. Kutuk baik punyer nanti kata berlagak mcm kak bed kena. Mmg ada european yg mmg amalkan tp tak semuanya. Letakkn dlm masakan mrk. Tngk tmpt dan daerah mana. Tp rata2 jaga makan dan senaman terutama belah sweden dan france. Badan diorang blh dikatakn smua slim slander. Jngn mcm america diorng ramai yg makan tak jaga kecuali mrk yg berduit. Ambik personal trainer. Utk senaman dan jaga pemakanan.

          0

          0
        • Xxx says:

          Maaf ye, mat saleh pn tahu kalau nak breastfeed anak, dorg xminum. Jgn pandai2 ye.

          0

          0
        • dua2nya betul. says:

          Xxx. Betul awk kata tu mmg ada yg x minum tp ada juga scra moderate evry nw and thn dngn sgelas wine wlpn brstfd. Kdg2 x minum tp letak dlm makann brpantang mrk dlm kadar yg sdkt utk panaskn badan. Klu org cina pula mrk ada tonik wine. Mmg kena minum masa ibu berpantang. Minum bbrapa jam sblm atau slps brstfd baby. Tp anon di ats tu komen mcm mat salleh minum mcm tak ingt dunia. Klu tak tahu tak perlu komen. Klu ibu2 mat salleh tu minum teruk sngt bermakna mrk dikalangn ibu2 yg tak brtnggjwb atau ada masalah alkohlik tp rata2 msyrkt biasa european atau mat salleh sngt bertnggjwb kpd bayi2 mrk. Jaga makan yg penting.

          0

          0
    • sebok says:

      die kan dah pernah beranak.anak siap besar panjang dah.pandai la die jaga badan die.ape y sibuk sgt sakit hati org tu langgar pantang pon.die bukan budak kecik.

      0

      0
    • Anonymous says:

      pantang org kafir je nak kene ikut 44hari 100 hari ni! islam mana bleh pantang2 ikut nombor2 hari ni! tak mengaji pegi ngaji ngan ustaz! klu ikut betul2 org dulu yg susah, xde maknanye pantang2 ni, lepas 2-3mggu dorg dah kuar pegi noreh getah.. org2 kaya manja je nak pantang lama2… yang penting lepas beranak tu exercise, cam org dulu pegi buat keje berat, baru la badan sihat.. bukan duduk berspa 44hari 44malam… puiii

      0

      0
      • zairin says:

        Sokong anon 100%. Sy prnah tnya nenek di kmpg kwn. Masuk minggu ke-4 dah pergi kebun getah tolong suami. Badan slim dan sihat smpi ke tua. Ikhlas utk prbelanjaan ank2 ke sek. Muka bersih dan tenang bila lihat nenek tu. Org kaya pun tak brpantng smpi mcm tu. Spt anon kata snaman. Lgpn brpantang lama2 takut suami pula kena caras. Jaga makan.Klu dah blh solat mknanya kenalah jalankn tnggjwb klu suami brkehendak. Bab senaman, ada 1 snaman khas utk wanita lps bersalin. Cuba tnya org di smpdn thai bgmn senaman utk Dalamn dan luarn tu. No cost but yr husbnd will luv the result. Sihat dn brseri.

        0

        0
  5. hijau says:

    hahah amboiii che ta keluar rumah pun x bolehh.. aku tak rasa yg che ta ni jenis x reti nak jaga diri , die ni jenis yg betul2 jaga pantang kaw2 punya. tengok dia dalam rancangan astro masa die belum bersalin ngan didie alias ngan scha alyahya masa tu pun dah tahu. jaga mekap jaga bentuk badan kemain lagi, takkan bab2 pantang pas bersalin ni dia tak jaga. ingat ko sorang je tau pantang xley keluar rumah bagai ni.

    0

    0
    • Anonymous says:

      menyampah dengan orang yang bajet good2 ni. kalau dah nama pun che ta, memang dia tau la macamana nak jaga badan. kita ni haa yang patut ambil tips2 penjagaan diri daripada dia.

      0

      0
  6. got7 says:

    ala lantak dia la nak kuar ke..nak gi melentang ke hape ke…awat la ada gak yang jenis suka jaga tepi kain orang..dia punya hidup..biar la dia aturkan sndri..citizen lak yang lebih2 tuan badan relek je…nympah iolls

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Badan dia sukatia dia laa…apa2 yg jd sendiri tanggung…x nyusahkan org….yg bkn artis pon ramai je xabis pantang dh berjalan sakan

    0

    0
  8. meri says:

    kepohci sangat korang nih..rakyat malaysia dah terlampau tak ada kerja yang bermanfaat untuk di buat di masa lapang, mereka pilih untuk jaga tepi kain orang

    0

    0
  9. Arina says:

    Sapa yg duduk menyibuk pasal artis macam takde kerja je ni? Seriously, who cares? It’s her bloody body, lantak dia lah weih. Last2 si Rozita ni lepas pantang badan kencang mengancam , yg dok mengomen sebijik cam tong drum. So , sapa yg rugi? Dok diam2 naik treadmill sudah, tak yah cakap byk, badan dia, dia(dan zain) yg nak pakai suka hati dia la. Aku langsung x minat si Rozita n co ni tapi lagi bebulu dgn perangai pengomen semua hal org nak sibuk.

    0

    0
  10. Mirai Suenaga says:

    Sapalah bangang sgt kecoh2 bagai…. biarlah dia…
    ada ni jeles ngan che ta

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Ala dah los lobos nak pantang pe lagi….

    0

    0
  12. CikTipah says:

    takpayah nak bekap sangat la nara oooiii.. kau bekap che ta dapat duit ker?? agak2 bini ko pon x abes pantang lagi ko da ajak jalan eh… pakai belasah je la ko ni Naraaaaa!

    0

    0
  13. mak jemah towncity says:

    x setuju time berpantang xboleh itu ini…org kg je berpantang lebih2 badan gemokkkk jugakkkk..hahaha..mengade je lebih org yg pantang lebih2 ni..org cine xberpantang lebih2 solid molid je lps beranak..org melayu kite je over.

    0

    0
    • xxx says:

      Eh, org cina pantang lebih teruk dari melayu la. Ade tu siap tak boleh mandi lg. Jgn main petik bangsa je.

      0

      0
      • mak jemah towncity says:

        org cine mmg berpantang tp xover mcm org melayu.. anak dah besar dah main kt luar pn masih berpantang lagi..hahahaha.. pantang2 haaa sangkut lagi sorg anak..sambung pantang balik..lame2 laki fed up..asyik berpantang je..kang laki tulis surat ckp awk dh xlawa sbb 2 cr lain awk marah…tp agak2la pantang pn..jgn lebih2 sgt..org dulu pantang sbb bawah 2 x jahit yer..org kite skrg ckupla 44 hari..lps 2 jgn nk melepek lagi k..dh blh cergaskan diri dh..jgn ngade2 sgt.

        0

        0
  14. Heheheheh says:

    What is the problem sebenarnya nie?????

    0

    0
  15. mak kojo says:

    kepoh!

    0

    0
  16. kucing says:

    hak alahhhh…kecoh betul orang malaysia ni…
    yang bz body macam dia je yang betol.mcm dia je yg tau segala hal..
    jg diri masing2 dah la.sibuk nk jg hal orang pehal..
    nk pantang ke tak nak ke masing2 punya hal..sok sakit bukan mintak kat korang pun duit..pandai2 cik ta lah..

    0

    0
  17. anon says:

    Org melayu ni mmg bizi bodi…. ikut pandai dia lah nak buat ape pun. Kita org melayu ni duk sebok sngt dgn pantang ni kenapa. Mat2 salleh lepas bersalin 2,3 hari pun dah keluar rumah bawak kerete. Org2 zaman dulu je yg terlebih over sngt psl pantang ni. Aku tak pernah pantang pun. Lepas 3,4 hari beranak aku dah buat kerja rumah & sapu sampah. Bengkung ke bersalai ke, mmg aku tak buat bende tu semua. Tapi ok je sampai skrg wlpn dah anak 3. Kalau rase sehat ape salahnya keluar. Tak paham sungguh mentaliti melayu ni. Bila kita tegor kan ade yg mulut jahat kata batak kat kita. Habis wat ape sebok jaga tepi kain org. Just mind yr own business….

    0

    0
  18. endo says:

    hahaha aduh. aku yg not the biggest fan che ta ni pun nak tergelak org pertikaikan dia pantang ke tak. Kalau dia xpantang pon, bdn korg ke yg suffer ni pon. chillax. dia dah ada anak dah. pandai la dia jg badan dia since badan dia pon mantop.

    0

    0
  19. Rosmah says:

    Berpantang cara orang dulu-dulu tu banyak kebaikannya.Jangan lah pulak nak menidakkan,esok tua rasa lah sendiri badan tu macam mana lainlah kalau korang banyak duit macam fasha sandha/retis lain tu boleh buat itu ini,nak kurus pergi slimming world ja.

    Aku tak paham betol orang yang beriya kata ‘berpantang’ tu cara kuno.Kalau korang nak tau che ta sendiri masa anak 1st berpantang betul-betul ikut cara org lama,sama macam sheila majid.Aku sendiri baca dalam majalah apa tah dah lupa lama sangat.Tengok dorang umur dah lanjut pun badan maintain cantik,seri ada lagi.

    bak kata korang, “Lantak lah badan masing-masing,sendiri yang nak pakai “

    0

    0
  20. lalalla says:

    apalah nak di kecoh sangat… yang konon nye berpantang sampai 200 hari tulah yg byk bertempek yang PM product ” saya nak kurus” kat FB.. biar lah…cukup apa berpantang 30-44 hari. janji dia jaga makan n berurut bagai.

    0

    0
  21. anti-org xbole tgok org lain snang says:

    sukati dia lah .its her fucking business. Kakak aku tak ikut pantang pon bab tak ada org nak tolong jaga beranak overseas. Anak dah 3 tapi badan masih kental dan mantap. Mak aku bkan main pantang lagi tpi dah tua sikit sakit jugak.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    eleh..minah saleh tu xder pun pantang…pas beranak leh jer jalan laju laju..
    dah tua leh je jadi heroin..
    retis malaysia dah tua jadi lah mak mak orang..

    0

    0
  23. cik teratai says:

    sapa yg dok tengok sume benda x kena..time beranak sok xyah kuar rumah setahun. yg sotong2 pun sebok gak mengata tang bila boleh beranak pun xyah kuar rumah.. bertungku la ko sampai lebam..okbai

    0

    0
  24. lalalla says:

    apalah yg nak kecoh sangat pasal berpantang ni?? ….pastu boleh plak keluar statement cakap ada benda halus lah ada hantu lah kacau nanti..ehhh kenapa percaya sangat ngan benda2 mcm ni kalau korang tau korang ada agama? cukuplah tu berpantang 30-44hari. yang konon nye berpantang sampai setahun tulah yang banyak mengomment “PM” product kat FB nak beli ubat kuruslah, ubat keputihan lah… diatulah yang pengotor and tak tau nak jaga diri lepas beranak. cuba bukak FB skarang..tengok makcik2 n kakak2 yg jenis mcm mana yg comment tu.. you Judge!

    0

    0
  25. Oh me! says:

    dia bukan first time besalin pun. yg pentingggggg masa anak dia dah 2, badan tetap mantap hukayyyy. walaupun dah tua. yg dok pantang 200 hari pun badan tetap gendut cam lembu sebab korang pantang 200 hari tak kuar umah bagai tapi kat umah melantak ais lah kari kepala ikan lah. wat lek wat peaceee

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul2.. che ta dah tentu2 badan mantap.. yg sibuk pasal pantang tu
      tah2 macam tong… keh keh keh

      0

      0
  26. Dally says:

    sebenarnya, berpantang lebih2 sangat akan lebih memudaratkan badan yg perlukan tenaga yang banyak hilang.

    0

    0
  27. juju says:

    Alah yg duk sebok nk tegur cara che ta berpantang tu nk tunjuk pandai. Ko tgk je la che ta tu mcmana die jg badan die umo dah 40an pun mcm anak dare. Anak dare pun kalah. Tau la die apa die nk buat, yg ckp pung pang ni bdn ntah mcmana, ckp je pandai, ntah2 kawen pun belum. Kdg2 tu byk nk tunjuk pandai drpd nk nasihat. Coiiii sgt~

    0

    0
  28. QryzzEyFashion says:

    Aku x paham ngan rakyat malaysia ni. Asal nampak artis terus ada khabar angin… terok sangat!!

    0

    0
  29. kat says:

    ramai pun pompuan zaman sekarang tak berpantang macam dulu, berkurung dan berkain sarong dah tak sesuai, nak balik bertugas seperti biasa, makan je vitamin, jamu dan makanan berkhasiat, rajin bersenam, hidup positif dan gembira mesti sihat punya, jgn je dapat suami jahanam dah le, pantang 1000 tahun pon hancus jugak!

    0

    0
  30. AKU says:

    Pasal pantang pun nak komen gaduh2. satu group dngn hujah2nya menegakkan perlu brpntang satu group lgi menegaskan xprlu berpntang brsama hujanh2nya. dan last group dengan bangganya mngatakan hujah2nya membandingkan prbezaan cara brpntang non islam dan islam. ohh malaysiaku.masih aman lagi ko yea. huhu

    0

    0
  31. serius anak che ta mmg comel…mesti hepi dieorg anak comel…semoga anak sihat

    0

    0
  32. penyibuk says:

    Kalau korang nak berpantang setahun tak keluar rumah, melingkar atas katil je, sukati korang. Kalau che ta nak keluar, sukati dia. Aku dulu tak berpantang sangat. Lepas beranak, kerja rumah aku buat, cuci botol susu, semua aku buat sendiri. Sampai umur aku ni dah 40an, badan masih slim, orang ingat umur 30an. Korang yg berpantang sedekad ni, ada tak diantara korang yg bdn benyek, muka kembang, mulut makin lebar makin melampau mengata org? Kepo hal org. Tengok muka dan badan sendiri kat cermin. Apa yg aku akan tanya che ta ialah, apakah rahsia dia. Muka dan bdn makin cantik berbanding dulu. Good job che ta! You tunjukkan pada org yg walaupun bercerai jgn ingat saham kita dah tak laku. Naikkan saham kita. Kita akan jadi lebih bagus dari dulu!

    0

    0
    • Anonymous says:

      emm.. pantang lama2 ni org pemalas.. ngengada lebih. Yang penting
      pemakanan jaga, luar dalam kena jaga, pantang sampai x keluar rumah tu
      x perlu sangat. Yg penting tau nak agak2 badan sendiri. Saya amalkan mcm tu je..umur sy sama dgn che ta.. badan ok je lagi.. slim je.. kan che ta…..

      0

      0