Written by AbangNara | November 11th, 2014

Tanggungjawab seorang suami sememangnya amat besar. Kalau ada lebih daripada seorang isteri, maka makin besar dan makin beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Paling penting kena berlaku adil. Tak boleh lebihkan isteri muda. Kena layan sama rata. Walaupun secara pandangan kasar Abang Nara melihat Ashraf Muslim bahagia di samping isteri-isterinya, namun suami kepada Dayana dan Wan Sakinah ini mengakui kehidupan bermadu itu adalah susah.

ashraf muslim

Kalau ada di antara ada yang berniat nak pasang satu lagi, mungkin boleh baca kata-kata Ashraf Muslim ini terlebih dahulu. Jangan fikir seronok je. Tanggungjawab mendidik sebagai ketua keluarga itu lebih penting dan harus diutamakan. Kata Ashraf Muslim:-

Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik.

Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C … kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi.

Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggung jawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah

ashraf muslim

Secara jujur, tak pernah terlintas di hati Abang Nara nak tambah satu lagi isteri. Kalau sekadar gurau-gurau tue adalah. Sekarang pun dah cukup bahagia bersama isteri tercinta dan anak-anak. Tanggungjawab nak jaga isteri dan besarkan anak sekarang pun kadangkala rasa tak mampu nak buat. Respek juga kepada mereka yang mempunyai lebih dari seorang isteri dan mampu berlaku adil. Apa kata anda? Sumber Berita Harian.

P.S: Sarapan pagi yang amat kreatif

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to Memang Susah Sebenarnya Hidup Bermadu- Ashraf Muslim

  1. jempol says:

    Nara… nara… sampi bila nak jadi batu api… tajuk kau tu tak sesuai nara… cuba fikir betapa susahnya kau dkt MASYAR nti nak membetulkan kesilapan kau yg melibat kan ramai org mengata dan menghina… semua punca dari statement2 nak laku kau yg mcm panas tp tak pun…

    0

    0
    • gerkj says:

      asraf agak beruntung sebab bini tua (dayana) sangat baik dan tulus hatinya..

      kalau dapat bini tua yang jenis naik hantu, memang makan penyapu je la.. niat nak bentuk/didik both isteri2, tapi silap2 ko yang terbentuk ikut shape penyapu tu. hehehe

      0

      0
      • Olga says:

        pandai buat pandai tanggung lah! x kan dh mengeluh?

        0

        0
        • Sofeah Latjuba says:

          dah keluar anak sorang baru tahu susah/senang pening segalanya kan, dulu ko x sabar nak pasang satu lagi. ambik ko. galak sangat nk berpoligami. poligami bukan jln singkat utk kebahagiaan….

          0

          0
        • Gundek Nara says:

          bagus la kalau abang nara rasa poligami tu berat ye. tapi berapa lamakah kita akan terus camni? wak…wak…awak kat maner ni? dah makan ke wak? :(

          0

          0
      • gegirl says:

        tak yah nk bini tua sangat lah..

        FYI, Dayana lagi muda dari sakinah..

        0

        0
        • NGO Wanita says:

          saya dah jemu dengan penindasan/manipulasi terhadap komuniti para wanita dan para isteri tua oleh pihak (terutama lelaki) yang menggunakan agama bagi menunjukkan betapa indahnya poligami itu. sedangkan kita tahu ramai lelaki2 diluar sana hendak mengimamkan solat pun terhegeh-hegeh inikan pulak nak tambah isteri….

          0

          0
    • weee says:

      bile mase lak die nk jd batu api.. rase nye xde statement pn yg nk dijadi batu api.. just nk bg panduan n nasihat… yg selebihnye terpulang pd pembaca nk komen ape..

      0

      0
  2. AkuSeorangWanita says:

    Sebab tu lelaki2 berstatus suami org skrg nih hanya suka mainkan hati perempuan saja.. nak rasa nikmat bercinta konon tapi tidak mahu ada sebarang komitmen. Sungguh selfish, hipokrit & penakut!

    0

    0
  3. nana says:

    bertuah la ashraff. tp ksian dgn dayana. wan sakinah plk, hurm entahla. tp sbg popuan, sape la sggup kongsi kasih. tak rela sgt2.

    0

    0
    • damai says:

      Mmg semua wanita x sgp berpoligamy tapi jk suami adil dan tahu tanggungjawap x suka pun nanti jadi redho dan selesa. Yg selalu buat isteri x blh terima kerana suami x adil dan pilih kasih itu yg buat wanita paling phobia dgn perkataaan polygamy atau bermadu. Tapi i have fren yg suami ada 3 isteri mmg salute dgn suami dia, isteri2 rukun g kemana2 sama2, recently tunaikan haji dia bawa kesemua isteri2 dan kesemua mertua2, masyaallah

      0

      0
      • erni says:

        kalo suami i mampu adil pn, i still xsanggup berkongsi… dlu susah same2…apsal bile dh senang, senang2 lak nk tmbh lg 1… byk santek…

        0

        0
    • SAYANG FIDA says:

      SEDIHLA KALAU DI TEMPAT DAYANA SBNARNYA…
      XDAPAT BYGKAN SUAMI TIBA2 KAHWIN LAIN..MMG LA JODOH DAH DITETAPKAN TAPI..NTAHLAA..SY MUNGKIN SEOARANG YG TAK SANGGUP BERPOLIGAMI.. SETIAP DETIK AKAN TERBAYANGKAN SUAMI DENGAN ORANG LAIN SELAIN KITA..SEDIHHHH

      0

      0
  4. minion says:

    alhamdulillah kalau dia berusaha untuk jadi adil..tahniah asyraf sekeluarga..hope segalanya dipermudahkan…

    0

    0
  5. Lady Gaga says:

    Asyraf Muslim….. lepas visi dah tercapai, tambah satu branch pulak lepas ni. 3rd branch. Tengok you mampu pertahankan your visi dan misi ataupun tidak.

    0

    0
  6. Panda Mata Bulat says:

    Asyraf……you are very lucky to have Dayana as your 1st wife. Really salute on her. Bijak dan punya sabar yang tinggi. If you cannot jaga her heart, then must be something on you man.

    To Dayana…..am sure you will get your own zuriat soonest. Zuriat yg berkualiti. Bijak mcm you.

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    untung la asraf bini dua….yg penting pandai bahagikan masa n wife pun jenis memahami dan bersabar seperti dayana

    0

    0
  8. Husin Lempoyang says:

    D-yana – financial provider
    Asy-raf – sperm provider
    Saki-nah – egg provider

    If you remove the morale, love and integrity, these three elements just stabilize perfectly.

    0

    0
  9. Perasaan sgtn says:

    Nara oiii… Takyah lah ko nak kongsi perasaan ko pasal tak terlintas nk berbini dua… Bergurau jer konon… Bergurau pun guna akal lah… Dah takder menda lain ker nk d buat gurau? Pasal berbini dua jugak yg ko nak gurau kan…
    Tolong respek jugak bini… Sekali dua boleh lah bergurau bodoh…
    Syukurlah dgn rupa paras ko yg tak berapa tu ada jugak org nak… JANTAN EGO N PERASAN mmg camni…

    * aku tak suka jantan yg jadikan tambah cawangan atau nk bg kakak a.k.a bini no 2 d jadikan gurauan … Bg aku menda ni mmg tak perlu di buat gurau … Mcm hilang respek ko kt bini ko… Ni pendapat aku.. Yg tak berkenan aku mintak maaf..

    0

    0
    • Anonymous says:

      betui la ckp ko tu..nara toksah dok perasan sgt aihh…muka burok..kategori x dak rupa ko tu..ada hati nk mention psl kwin 2..ade org nk pon dh besor rahmat..jujur aku ckp geli aku tengok muka ko ni nara..ngan gigi bertingkil..cemana la ko kissing2..busuk je aku nengok!..puii!!!

      0

      0
      • erni says:

        tak baik nk menghina ciptaan Allah… ingat tu ye.. kalo xsuke tgk sekalipn, simpan2 skit perasaan tu.. xpayah nk kutuk dpn2 public…

        0

        0
  10. dulu-dulu says:

    dulu pernah tackle ramai pempuan..bini tak kate ape pown..siap boleh cerita lagi kat dia mcm2 awek yg ditackle..satu hari dia lari..nekad nak tinggalkan aku..baru trasa dada ni mcm kena pijak,tumbuk,tembak…mati-mati tak nak balik pada aku..mujur bini lembut hati..dia kembali..tapi tak mustahil dia akan pergi…..to ashraff..jaga la bini2 baik2..sebab ko baik dan boleh jaga tuhan bagi ko bini2 baik..skali mereka pergi..bagai rusuk dicambuk buang dari tubuh..

    0

    0
  11. mak mah naik angin says:

    kecoh la lu serapppp, nak kawin no 3 cakap je la!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    baru hang nak tau!

    0

    0
  13. anne says:

    selalunya yang mengiyakan kepayahan hidup bermadu ini perempuan, ini lelaki sendiri yang mengakuinya. melihatkan ashraff dan mana-mana cerita/kenyataan yang diterbitkan media, kita lihat dia cuba sehabis baik untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya. lelaki lain yang punyai keinginan berpoligami harus melihat kepada segala aspek terutamanya aspek menuju Jannah. tetapi yang banyak wujud adalah lelaki Melayu yang angkuh berpaksikan sunnah Nabi untuk berpoligami tetapi tidak berpegang kepada hukum wajib yang lain. saya bukan ustazah, tapi inilah realiti kebanyakan lelaki Melayu yang kurang pemahaman agama. kasihanilah diri sendiri. walau bagaimanapun, tahniah Ashraff. pernah terserempak beliau & Dayana di KLCC semasa Deepavali. seperti pasangan baru bercinta, sangat romantis! semoga Ashraff terus menjaga Dayana & Wan Sakinah bersama-sama zuriat mereka hingga ke syurga, inshaAllah.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    munkin ashraf ni jenis laki yg bertangungjawab kot , sbb tu dia cakap susah hidup bermadu , sbb sume kena bagi sama rata …

    0

    0
  15. Wan sakinah yang baik says:

    ashraf muslim jangan mengeluh semua ini adalah akibat tindakan anda sendiri, tentu semua konsultan yang anda hubungi telah beritahu akibat perbuatan anda… sekarang ini dalam Ig isteri ke 2 nya dan IG nya dia marah orang yang mengingatkan isteri ke 2 nya…….. boleh pula dia hapuskan pahala orang ya. Kalah mufti Mekah, mufti2 di negara2 Islam sungguh tinggi pengetahuan agamanya, mungkin akaibat daulat isteri ke 2nya kerana keturuan raja2…. Adakah dia adil?….. entah lah itu antara nya dengan Allah sebab dia lebih banyak masa dengan isteri ke 2 satu office. isteri pertama di Melaka… di menyarankan orang menjaga akhlak jauhkan dari penyakit hati…… akhlak dia baik kah? Dia tiada penyakit hati? Siapa penipu? Dia dan keluarganya menipu dr dayana pergi ke siam, bukan termasuk penyakit hatikah… ada dia bela dr dayana bila orang cakap gemuk, macam tong dram, mandul, dan perampas dan perosak cintanya dengan wan sakinah (cinta pertamanya), tidak cantik dan tidak pandai jaga suami, kerana terpaksa khawin dengannya? Siapa berahi tunang orang? Ada dia bela bila orang suruh dr dayana pakai seksi2 macam isteri ke 2 nya yang pakai pakaian melekat ke tubuh? Naampak kontur badan. Ada dia larang isteri ke 2 membuka kesusahan dalam IGnya….. siapa menyindir mentua sendiri dalam akhbar……. Siapa selalu membohong dalam akhbar? Siapa masa bercuti dengan isteri pertama tapi boleh tulis tentang isteri ke 2 dalam media? Adil kah ini untuk perasaan isteri?………. renung2 kan ashraf muslim….. anda beruntung dapat Dr Dayana sebagai isteri dia banyak menaikkan maruah dan mertabat anda dan wan sakinah ini mungkin kerana berterimakasih kepada anda berdua sebab terpaksa menerima dirinya dalam keluarga anda berdua….. ambillah iktibar nasib seperti awie, norman hakim, hanez suraya, ustaz akhill, fasha sanda dan banyak lagi seleberiti …lihat berapa lama sudah kisah mereka tapi masih diperkatakan orang.. jadikan mereka contoh…. Jika tidak mahu isteri anda dicerca akibat perbuatan anda dan keluarga anda berhentilah dari dunia hiburan afterall anda banyak cawangan perniagaan (macam dlm TV tu) pendapatan pun boleh dekat berjuta sebulan. Dalam fb pun sampai macam Nampak riak pula memberitahu orang ramai orang jemput majllis rumah terbuka, orang kenamaan pula tu………….. minta maaf ya kalau anda membaca saya tahu anda dan isteri ke 2 pemaaf… semoga murah rezeki dapat ister ke 3,4 supaya boleh menjadi kawan baik wan sakinah…sekufu sebab sama2 selebiti kalau boleh ambillah hanez suraya, rita rudaini, norish karman sebagai isteri sebab boleh membela mereka yang teraniaya yang pertama itu boleh lah orang lain jaga. Tambah pahala sebab ilmu agama tinggi.

    0

    0
  16. Januari says:

    seronok dgr ceramah Ustaz Ravi Abdullah ttg poligami. Lelaki2 di luar sana elok sgt laa dgr.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    kongsi kajian orang……….

    Menurut rencana yang mengulas laporan Journal of Sexual Medicine itu, kajian Universiti Florence, Itali mendapati kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Suami orang yang ada kekasih gelap memang selalu tertekan. Mana tidaknya, dengan telefon tidak berenggang siang malam. Tercicir telefon di mana-mana, seperti hilang duit berjuta. Bukan nilai atau harga telefon itu yang jadi punca. Yang dibimbangkan kalau-kalau ada panggilan, atau SMS yang masuk ketika telefon bukan di tangan. Bayangkan kalau siang malam, 24 jam hati tidak tenang, yang sihat pun boleh pitam
    “Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau bertatih-tatih” (HR al-Tirmidzi)
    ISU menipu di kalangan suami bukanlah suatu yang baru dalam kehidupan berumah tangga. Selalunya, isteri tidak sedar yang diri mereka ditipu ‘hidup-hidup’ oleh suami. Ini kerana si suami bijak bermain dengan kata-kata dan mencipta pelbagai alasan untuk meraih simpati. Tambahan pula, suami bijak berlakon untuk mengaburi mata isteri. (mind frame)
    Percaya atau tidak, sikap suami yang gemar berbohong kepada isteri bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang.
    Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, berkata menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik.
    “Memetik hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ada tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Oleh itu, dapat kita lihat perbuatan menipu itu buruk kepada sesiapa saja dan tiada yang terkecuali walaupun ia dilakukan oleh suami,” katanya.
    Roslan berkata, masalah menipu adalah masalah psikologi dalaman yang dialami individu lantaran mereka dididik dengan moral yang begitu. Dalam hubungan ini, suami mungkin diajar menipu sejak kecil lagi oleh kedua ibu bapanya.
    Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?
    Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.
    Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran.
    Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.
    “Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.
    Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula mencari wanita lain.
    Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.
    Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

    Ini tidak adil kepada si isteri dalam perkahwinan tersebut apabila wanita lain dalam diam sedang ‘mencuri’ suaminya. Isteri berkenaan merupakan mangsa tidak bersalah dalam seluruh perhubungan terlarang yang dilakukan oleh suaminya. Isteri itu juga tidak layak melalui bebanan kepedihan emosi yang melampau menerusi penipuan suami dan kekasih barunya itu.
    Kebanyakan wanita yang melakukan perbuatan curang dengan lelaki yang telah berkahwin juga hanya melakukannya demi kuasa. Malangnya, sebahagian lelaki langsung tidak berasa bersalah dan sanggup membela kekasihnya dan bukan isterinya. ini kerana nafsu lelaki tidak boleh dikawal oleh akalnya, dia mesti mendapatkan demi kepuasan nafsunya.
    Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu tersebut melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
    Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. “Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
    Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
    “Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
    “Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
    Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
    “Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.
    “Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.
    Tambah beliau, isu main kayu tiga atau curang semakin mudah berlaku apabila pasangan mengambil kesempatan atas kemudahan teknologi telekomunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS), mesej bergambar (MMS) dan laman jaringan sosial seperti Facebook, Myspace, instagram, chatting, Friendster dan sebarang bentuk komunikasi untuk menambah kenalan.
    “Mereka mungkin teman profesional yang akhirnya menjadi teman sosial, rakan sekerja atau orang yang baru dikenali tetapi mempunyai keserasian semasa bersama.“Apabila wujud keadaan seseorang tertarik atau ditarik seseorang, konflik mula timbul perempuan bertunang pun boleh putus kerana kehadiran lelaki yang beristeri ini kerana perempuan mudah terpedaya kepada rayuan lelaki yang mempunyai pengalaman.
    Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?
    Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.
    Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.
    “Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.
    “Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran ‘janda’ kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat,” katanya.
    Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.
    Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.
    Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.
    “Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami,” katanya.
    Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.
    Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.
    Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.

    https://intim.wordpress.com/wanita-mudah-maafkan-suami/

    0

    0
  18. baby jelita says:

    Baby tak mahu ibu baby dimadukan…..kitorg dah cukup bahagia punya ayah dan ibu yang sentiasa bersama…. jangan dirosakkan kebahagiaan kami. Amin….

    0

    0
  19. Sarah says:

    Yang susah si isteri, wanita adalah sebaik-baik mahluk yg dicipta oleh Allah dengan seribu keistimewaan dan salah satu keistimewaan itu ialah wanita suka memendam perasaan dan sukar untuk meluahkan apa yang tersirat dihati …kepada si suami, jngn beristeri lebih dari satu kalau rasa susah berlaku adil..

    0

    0
  20. aida says:

    Semua wanita x ingin bermadu. Tp jgn sampai menyangkal hukum Allah. Takut trsalah kta buruk padahnya.

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Sehelai kain batik dipakai berdua ..bayangkanlah jika bergerak kekiri banyak ..apa rasa ..jika bergerak kekanan bnyak apa rasa ..fikir fikirkan lah…toleransi penting ..tak berkira sangat tapi hati perempuan mana …tapii siti khadijah Aisyah isteri nabi boleh melakukannya ..

    0

    0
    • nora says:

      maaf sedikit pembetulan fakta

      sii khadijah tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan dengan Nabi Muhammad s.a.w

      0

      0
  22. meenamaa says:

    wktu senang laki aq kawen lg..ngan janda anak 3 alasan nk tolong.. Bukan muda pon sama umur ngan aq.. Lki aq muda sikit.. Aq x tau after 2tahun .. Dah Ada 1 anak.. Bila aq x nak dia lg dia rayu aq.. Tanggung jwab ngan aq ok..tp aq keras ati..sbb bnyak aq da wat utk dia.. Aq tau masa dia kwan dulu..aq warning dia.. Ppp tu meterialistik x nak dengo..aq pon pnah bgtau ppn tu .. Dia aqn susah nanti..sbb aq tau suami tu mcm mana.. Aq x pnah tingi suara pn ngan dia.. Ppn tu menjerit selalu..Skrg tngh susah… Dia tuntut mcm macam.. Aq steady mcm dulu waktu susah senang…cuma hati je sakit..Skrg dia hanya pg umah ppn tu hanya jengok anak dia.. dia menyesal atas segalanya.. Yng aq x fahamm.. Lelaki ni suka nak jd hero tanpa mengetahui kemampuandiri setakat mana.. Sbab kitalah isteri nya yang tahu tahap mana dia dan kemampuannya..

    0

    0
  23. minah jambu booo layan merah says:

    eh? susah idop bermadu ? emmmmmm cerai la salah satu bini u tu mesti u tk susah….n u akan hepeningggg je ..kenape mesti u nk cakap susah rupa nye bermadu ? diam2 sudah la..ape2 pon u kena tangong bini2 u tu ! kalau susah cerai aje jangan nk banyak cakap lagi huh ! dh berbini dua susah pulak kate nye huh !!

    0

    0
  24. Alifah says:

    salam..wah comel sungguh ank ashraf muslim..untunglah dapat ank yg comel2.

    0

    0
  25. akukomenkaubace says:

    Baru tau ke?
    statement ashraff cm sme cm amek lighter, bkar tangan, then ckp “ooo, panas rupenye api ni, ye?”

    0

    0
  26. Zain Sardin says:

    kalo ko nak tambah lagi satu, hanez suraya free single skang, elok gak kalo korang kawen nanti anak tentu comey

    0

    0
  27. toink..toinkk.. says:

    bahagi dua je tut tut..

    0

    0
  28. abu bakar ellah says:

    dcxzcxzx

    0

    0
  29. saadah says:

    tak semestinya perempuan yang ingin bermadu tu memang rela sepenuhnya. saya pernah mengalami. tapi saya pentingkan kebahagiaan suami. apapun back to diri kita semula. renung kekurangan diri. jangan asyik dipersalahkan orang lain dalam rumhatangga. benda2 kecil pn suami rimas tapi mereka takkan luah. kita sebagai isteri nilai lah dulu kebaikan. bukan semua yang ke dua jahat. mungkin salahnya dari pihak saya. atau mungkin saya yang terlalu mencintainya. berusaha sekeras manapun bukan tetap milik kita dan tanpa izin Allah memang tetap bukan mililk kita. saya sayangkan dia sepenuh hati tapi saya percaya dia tau apa yang terbaik buat dirinya. jangan pernah memaksa dan berdoa. jangan di hebah keburukan orang sana sini. Allah pelihara aib kita jika kita pelihara aib yang lain. Setia tidak cukup untuk membuktikan kita sempurna dari semua perkara. Dalam perkahwinan suami dan kita berhak untuk bahagia. Sudah2 la benci dengan perkataan kalau dah memang jodoh. Dah memang itu Allah tetap. kenapa tak renung hikmah di sebalik kejadian. Tiada satu perempuan pun dalam dunia mahu disakiti. Cuma anda bernasib baik Allah tak uji kamu dengan ujian sebegitu dalam perkahwinan dan kerana itu kamu tidak akan faham dan tahu bagaimana perasaan mereka, baik pertama dan kedua saya percaya masing2 akan terluka. saya tidak menyalahkan yang kedua mungkin ada yang baiknya pada dia. Selama suami bersama saya, wanita itu yang paling berjaya menambat hatinya, malah layanan terhadap wanita itu sangat berbeza dari saya, itulah yang mungkin orang katakan true love. Wanita itu tidak pernah meminta untuk suami melepakan saya. Tapi andai ini takdirnya. Mungkin ada yang tersangat indah sudah tuhan takdirkan di hadapan untk saya, belajarlah redha saudaraku. terima hakikat. semuanya pinjaman Allah. Paling penting nilai segala kekurangan dari diri sebelum menyalahkan pihak yang lain

    0

    0