Written by Bella | November 20th, 2016

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah tentu ada yang mengaitkan beliau dengan sikap gila-gilanya itu. Dari dahulu, Sakinah memang “masuk air” dan tidak kisah dengan komen negatif daripada mereka yang kurang senang  dengan sikapnya itu dan melabelkan beliau sebagai selebriti yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila Sakinah memuat naik foto-foto beliau di Instagram, pasti ada juga pihak yang cuba mencari kesalahannya.

Walaubagaimanapun, Sakinah memberitahu beliau masih tahu menjaga batas serta maruah keluarganya dan enggan mencari publisiti murahan.

Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti seharian yang ingin saya kongsi bersama peminat.

Buat Sakinah, beliau tidak mahu terlalu pusing memikirkan kontroversi berkaitan dirinya dan terpulang kepada masyarakat untuk menilai dirinya. Terus terang,  beliau sudah lali dengan semua tanggapan negatif.

Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif.

Terserah kepada umum untuk menilai. Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontroversi yang datang akan berlaku begitu sahaja.

Lebih banyak kita memikirkan komen negatif yang dilemparkan terhadap diri kita, memang boleh tertekan dibuatnya. Kadang-kadang susah hendak memuaskan hati orang lain dan berdiam diri adalah jalan terbaik. Apa yang penting,  diri sendiri dan keluarga tahu sikap kita sebenarnya.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

12 responses to Memang Sikap Saya Gila-Gila Tapi Bukan Mahu Publisiti Murahan – Sharifah Sakinah

  1. Polis bukit aman says:

    Sorg lagi yg mcm ramona zamzam lepas kawin lagi seksi bagus naw

    4

    0
    • Aunty jijah says:

      Iols lagi suke dgn ramona & kinah sbb dua2 mcm tak cover2 n sempoi je.
      Plus bila jumpa kat luar dua2 humble gila wlaupun duit byk n whateverrr.
      (Tak la gila show off cam nekta)
      Lagi elok dari ruhainies & uqasak senrose yg gila buat publisiti murahan!

      9

      0
  2. Rondoletti says:

    Well, I like her sebab dia tak timbulkan publisiti murahan yang mengaitkan dia dengan jantan sana sini baik sebelum atau selepas berkahwin. Janganlah cepat menghukum perkara yang setakat yang kita nampak. Mana tau dia rajin bersedekah, support anak yatim, bayar zakat pendapatan dan benda2 lain yang dia tak war-warkan. Berhenti jadi masyarakat yang menilai luaran semata2. Disebabkan mindset org Malaysia yang hanya melihat ‘kesempurnaan’ luaran, tak hairanlah banyak yang berpakaian lengkap menutup aurat tapi berduaan dgn jantan sampai terberanak dlm toilet. Tak semua begitu k. Tapi itulah masalahnya bila ‘kerubung’ dicantikkan tanpa pengisian.

    18

    0
  3. Anonymous says:

    Yo man we get it. But sikap gila gila tu makes you so cheap

    13

    2
  4. marinah says:

    ok ler family kau sporting dan family mertua kau pun sporting…buat jer laa sakinah oiii

    3

    0
  5. kak mah kebabom says:

    Jgn mempermainkan ayat2 Allah..knp pg umrah tutp litup.bermakna sakinah faham bhw tutup aurat itu wajib .menepati sptmnana yg Allah suruh kita tutup aurat kita..sedih kakmah sakinah pakai mcm ni..takut Allah turunkn bala pd kita krn main2 dgn hukum Allah..baru je dgr kuliah..golongan org yg engkar dgn suruhan Allah termasuk dlm golongan org2 yg kufar..berat nya dosa itu kita nk bawa ke pdg mshsyar nanti…

    5

    0
  6. Cik Poppy says:

    Klau citer si kinah ni x abis2 pasal perangai gila2 dia tu. Apa xde aspek lain ke yg boleh diketengahkan.

    2

    0
  7. Minah jambu says:

    Minah jambu Suka Ngan sakinah pasal dia gila gila hepening je..love u sakinah..

    2

    0
  8. Cuba pkir says:

    mmg laa cari publisiti..tp siapa xtahan jgn follow mcm aku..xder kerjanya nak follow artist2 ni..mata sndri xtahan tgk..nak komen negatiffff jer..bila laa diri nak maju

    0

    0
  9. abg gagah says:

    namaste bitches

    1

    1