Written by AbangNara | January 25th, 2016

Selamat petang semua!!! Apa khabar anda hari ini? Pejam celik pejam celik dah hari Isnin balik dah. Cepat sungguh kan masa berlalu? Tup-tup nanti dah habis seminggu lagi dan hari Isnin muncul kembali. Kalau dulu sebut Isnin je mesti stress pikir kerja bagai, namun kini Abang Nara tak sabar nak tunggu kemunculan hari tersebut. Ini semua gara-gara drama Sesal Separuh Nyawa.

sesal separuh nyawa

Drama Sesal Separuh Nyawa ini ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa tepat jam 9 malam bermula 18 Januari yang lalu menerusi saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116). Mesti ramai yang dah tengok episod 1 & 2 drama lakonan Ayda Jebat serta Aiman Hakim Ridza nie kan? Boleh tahan jugak menjadi bualan di laman sosial dengan hashtag #SesalSeparuhNyawa. Boleh tahan chemistry antara Ayda Jebat dan Aiman Hakim. Sweet sweet manis gitu. Malam ini episod 3 akan ditayangkan. Tak sabar rasanya.

sesal separuh nyawa

sweet dalam drama je tau, jangan gosip plak

Aik apa? Korang terlepas tengok? Ish, ish, ish. Memang menyesal sungguh kalau terlepas drama Sesal Separuh Nyawa ini. Drama 30 episod arahan Michael Ang ini bukan calang-calang tau. Siap ada penggambaran kat Amsterdam lagi untuk kasik lebih “real”. Buat anda yang terlepas, silalah tengok trailer di bawah ini untuk menambahkan lagi penyesalan anda.

Hari tue Abang Nara dah ceritakan sedikit sinopsis drama Sesal Separuh Nyawa ini. Tapi untuk mengimbau balik memori korang, meh Abang Nara ceritakan sekali lagi. Drama 30 episod ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.

sesal separuh nyawa

pelakon-pelakon utama Sesal Separuh Nyawa

sesal separuh nyawa

2 jejaka kacak Sesal Separuh Nyawa

Ok jom kita layan beberapa gambar ketika penggambaran drama Sesal Separuh Nyawa ini. Dari gambar pun boleh tahu ke”best’an drama ini.

sesal separuh nyawa

3 bintang!!!

sesal separuh nyawa

muka selepas kena tarbiyah dengan Michael Ang

Excited kan nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa. Tapi Abang Nara berani jamin. Mesti yang akan tanya Abang Nara soalan ini. “Abang Nara saya memang nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa nie tapi macam tak pernah tahu pun kewujudan saluran HyppSensasi HD nie? Camner nak tengok?”

Ish, ish, ish. Baiklah meh sini Abang Nara jelaskan cara nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa ini. Ada 2 cara sebenarnya iaitu menggunakan HyppTV atau pun HyppTV Everywhere. HyppTV adalah untuk pengguna UniFi atau Streamyx dan untuk tontonan di rumah, sementara HyppTV Everywhere ini kalau korang tak melanggan UniFi/Streamyx pun boleh guna juga tetapi hanya menerusi smartphone/tablet.

Untuk HyppTV, sekarang ini ada promosi pemasangan UniFi atau pun upgrade kelajuan ke 30Mbps dengan harga cuma RM179 sahaja. Nanti akan dapat sekali pakej HyppTV Aneka Pek yang mempunyai saluran 116 HyppSensasi HD yang menayangkan drama Sesal Separuh Nyawa ini.

sesal separuh nyawa

Sementara itu untuk HyppTV Everywhere, sesiapa sahaja boleh gunakannya. Hanya perlu download applikasi tersebut di Google Play Store atau Apple Store, daftar menerusi Facebook ataupun nombor telefon anda dan pilih cara pembayaran anda. Cara bayar ini ada kad kredit, potong prepaid, atau melalui bil Streamyx/UniFi anda. Untuk HyppTV Everywhere, saluran HyppSensasi HD hanya RM6 sahaja sebulan. Apa yang best tentang HyppTV dan HyppTV Everywhere ini ialah kita boleh tengok mana-mana rancangan yang terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Tak perlulah nak tunggu siaran ulangan. Syok kan?sesal separuh nyawa

Jadi sebelum nak tunggu episod ketiga Sesal Separuh Nyawa malam ini, sila pastikan anda dah langgan saluran HyppSensasi HD untuk tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa. Kalau tak nak langgan Aneka Pek, boleh langgan saluran ini sahaja pada harga RM9/sebulan. Kalau tak sempat tengok jam 9 malam, jangan risau sebab ada fungsi dua (2) jam “time-shift” dan tujuh (7) hari fungsi “catch-up” untuk keselesaan tontonan anda. Jadi boleh layan sampai lebam. Selamat menonton!!! Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv.

29 responses to Memang Menyesal Kalau Tak Tengok Drama Sesal Separuh Nyawa

  1. minah says:

    pasaipa mak2 depa bekelaiii… habaq la sat kat kami ni… mak2 depa berebut marka ka???

    0

    0
    • sayonara says:

      Mak fara igt mak pak razlan yg sbbkan laki dia exciden sbb tu depa brmusuh

      0

      0
      • minah says:

        terima kasih nahhh sayonara.. hampa baik sguh crita kat kami…. muahcikedd….
        hahahaha tq nahh….

        0

        0
        • Anonymous says:

          oh drama ke waktu shooting kt europe si piring ayda ditawarkan belakon porn. hmnnn….

          0

          0
        • lily says:

          Ini pendapat aku masa tgk salah satu episod cite ni..aku bukan peminat n juga bukan haterz sesiapa pn dlm cite ni.

          to be honest, jalan cerita menarik n best tp pelakon x bpe nk best.. watak ayda jebat seorg yg sweet2 cmtu..ala, mcm lisa surihani dlm “Istanbul aku datang”.. tapi lakonan ayda jebat, aku x boleh nk tengok lama.. menimbulkan 1 prasaan yg awkward bila tgk dia bwk watak manja2.. sbb biasanya watak sweet dia pakai lipstick color lembut.. tp kt sini ayda pakai merah pekat n almost color mcm hitam.. so sgt2 x kena dgn watak.. pastu bila dia start nk ckp dialog dia mesti pandang ke atas.. mcm ala2 manja cmtu.. selepas 10 min aku tgk, aku tros tukar channel.. x tahan sgt dh..

          selebihnya korg nilaikan la sendri.. tgk la kat hypp tv..

          0

          0
    • Rosnah says:

      Sya nak tanya jugak. Ayda Jebat ni anak Rosnah Mat Aris ke? betul mmg nak tanya. serupa pulak muka.
      tak sabar nak tgk episode malam ni.

      0

      0
    • missm says:

      yeke menyesal? ini serious aku cakap.. aku tak menyesal kalau tak tengok

      0

      0
  2. Anonymous says:

    eleh..kadang indah kabar dri rupa…cam cite cinta si weeding planer tu…cam best je…bila tengok biasa2 je…mcm dh naik bosan plk..best lagi cite anku diva..

    0

    0
  3. sayonara says:

    So sweet la nara promot drama ni.Puji iklas ke x ni ? ???Mmg best terbaik drama sesal separuh nyawa xsbr nak tgk mlm ni.

    0

    0
  4. Lara says:

    Ada si gedik kentot tu, tak tingin ah nak tengok.

    0

    0
  5. enot says:

    Drama melayu bodoh khas untuk yg cetek minda, orang kampung dan orang DUMNO

    0

    0
  6. Anonymous says:

    X MINAT SEBAB AYDA JEBAT BLAKON..CUBA PILIH NABILA HUDA KE,FATHIA KE,FASHA SANDHA KE..BR NGAM

    0

    0
    • michaeleng says:

      Nnti kau jdilah pnerbit drama yer pstu suka hati hang nk plih spe brlkon.. poyo

      1

      0
      • anti ayda jebat says:

        nape sentap michaeleng/ org semua benci ayda jebat..yg ko nk back up die ape cerita? ko tu lg poyo

        0

        0
      • cyipa says:

        Inilah yang kucari. Kalau aku penerbit aku pon punya sukalah kannnnn? Duit aku… hahhahaha good goood. Dorang ni benci-benci tapi suka jugak tu… “Hati Manusia”

        0

        0
  7. Anonymous says:

    nara, sorry nak tanya. kena bayar ke promote ni?

    0

    0
  8. rozmah manshor says:

    ckit pun kak mah x menyesal..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    X minat la depa ni.tambah2 aida jebat gedik tu.sori..confirm x nyesal k!

    0

    0
  10. Juju says:

    Tak nak tengok sebab aida jebat berlakun..terbayang kegedikannya dengan ZA..
    Aiman ni dah nampak tua compare dulu..dah tak hot

    0

    0
  11. siti sabah says:

    Streamyx kat Sabah lembab sangat..ruginya tak dpt tgk

    0

    0
    • Hayrin Matahir says:

      Kawasan kami di Sandakan pun tak dapat lagi UniFi.. Kalau ada, gerenti terminate Astro hanya apabila hak siaran Piala Dunia akan datang diberi kepada siaran percuma.

      0

      0
  12. NINA Rahim says:

    PETI AISSSSSSSSSSSSSS

    0

    0
  13. Anonymous says:

    cana nk tgk plakonnya dh tak minat…tak tau napa klu muka asyik2 kuar kt mna2 bosan lak tgk drama y dilakonkn

    0

    0
  14. dramaband says:

    mcm…memang menyesal kalau tengok jer

    kahkah

    0

    0
  15. wanita klana says:

    kalu pikir saya baik atau buruk plakon toh itu cuman ekting cerita aja semua peranan manusia wassallam…!!!!

    0

    0
  16. allieya says:

    napa x kuar kat astro or tv3.. i x de unifi..waaaaaaaaaaa :(

    0

    0
  17. . says:

    drama kemaruk celah kangkang terbaru ke?udah2 ler!

    0

    0