Written by Bella | December 24th, 2015

Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin dan suaminya Azhar masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Namun, Ella tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak tetapi pada masa yang sama merencana untuk mengambil anak angkat selepas melihat beberapa rakan selebriti berbuat demikian.

Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk mengambil anak angkat. Rasa seronok pula melihat rakan-rakan yang menjaga anak angkat. Terpengaruh pula. Apatah lagi kita membuat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.

Walaubagaimanapun, perancangan untuk mengambil anak angkat itu bukanlah dalam masa terdekat kerana buat masa ini Ella masih lagi sibuk dengan jadual kerjaya beliau yang agak padat sehinggalah tahun hadapan.

Suaminya Azhar pula berkata, niat mereka untuk mempunyai anak angkat bukan kerana merasa tertekan kerana tidak boleh mendapatkan zuriat. Pasangan ini percaya akan rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sehingga kini kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana kami percaya Allah tentukan rezeki kami. Kita hanya mampu merancang.

Malah setiap hari orang bertanya, ‘bila nak ada anak’, dan kami dah lali dengan soalan seperti itu.

 

Kami tahu Ella sudah agak berusia untuk hamil, tetapi jika Allah SWT ingin memberikan mereka peluang untuk mendapatkan zuriat sendiri pasti satu hari ia akan termakbul jua. Kalau hendak ambil anak angkat pun ok tidak ada salahnya, sekurang-kurangnya ada juga peneman serta penghibur hati buat Ella dan Azhar.

Sumber Berita: mStar Online

12 responses to Memang Kami Ada Rancang Untuk Ambil Anak Angkat – Ella

  1. nok gebuzzz says:

    tak pe….ambil jer anak angkat dulu,nnty lama2 ada anak sendiri…percaya pada rezeki Allah
    sesungguhnya perangan Allah adalah yg terbaik

    0

    0
    • minah jambu says:

      kalau dari dulu ella ambek anak angkat mungkin dh berjangut da anak angkat dia..kenape baru sekarang nk ambek anak angkat ? ella ella..tengok umi aida ambek anak angkat sebelom dia kawin dh besar dh anak dia hensem pulak tu..

      0

      0
    • mak cinderella says:

      saya doakan ella dpt zuriat juga nnti. mesti comel dan mnja mcm ibunya. usaha kan lah sebelum trlewat. jgn kejar sgt dunia yg sementara ni. ada wang buat lah ivf ke apa epf ke. asal usaha kan. kami peminat sntiasa doakan awak. smbil tu cari la anak angkat jd anak susuan. jika dh beranak sendiri, anak angkat tu jgn dipinggirkan pula. good luck ella. muah muahh

      0

      0
  2. Anonymous says:

    suka lagu Ella…Sepi Sekuntum Mawar Merah dah yang ni…

    0

    0
  3. anon says:

    Akhir2 ni lain benar wajah ella, esp kat pipi dia….
    Eloklah amik anak angkat, pahtu mana tau dpt anak sendiri lak. Or try wat IVF, kan duit banyak. Or gih wat umrah & berdoa depan kaabah, kan mampu, bila lagi nak pergi……..Or lakukan pembacaan Yassin 41 tiga mlm berturut2, lnsyaallah dimakbulkan tuhan…… lkhtiar lah dgn ape cara sekalipun…

    0

    0
  4. Apple says:

    Semua itu adalah perancangan Allah…kalau Allah nak bagi rezeki anak, tak kesah pun umur berapa. Kt fikir yg baik2 sudah. Mana tau lepas ambik anak angkat ada anak sendiri. Semoga mereka bahagia sehingga akhir hayat.

    0

    0
  5. Amy says:

    Nasihat kak amy.. Bila dh dpt anak sndiri nnti, jgn mcm lisa surihani plak.. Iya2 sindir org ambil gmbr anak dia.

    0

    0
  6. missoctober says:

    Duit banyak, buatlah IVF.
    Kat India murah – kenalan aku buat kat India.
    Umor dia time tu, 48 tahun. Buat kali pertama gagal, buat kali
    kedua terus dapat anak kembar. Sekarang kembar tu dah berusia
    antara 3-4 tahun.
    Usahalah, kalau usaha Ivf tak berjaya, baru amik anak angkat.

    0

    0
    • minah jambu says:

      buat ape sampai nk gi india eeeeeeee berdoa saje pada Allah yg maha esa tk payah kelua duit ponnn ! doa ada lah yg terbaik semoga ella di kuniakn baby dlm masa tedekat ni..helo ella u tk takot ke nk beranak ? kawan minah jambu cakap kalau baby nk keluaaa sakit nk mampos ..itu kawan minah jambu yg dh kawin cakap laaa minah jambu lom kawin lagi jadi lom rasa lagi nk beranak macmana…

      0

      0
      • Anonymous says:

        mmg sakit la nk beranak. tp lps baby keluar sume sakit tu lenyap. org ckp cliche sgt tp lps ko beranak nnti ko fhm

        0

        0
        • minah jambu says:

          ye ke ..baru aje u cerite gini minah jambu macm dh terasa pulak dia punye sakit hehehe eeemmuah hahaha..

          0

          0
  7. Julia says:

    Jangan tunggu lama lama sebab usia mu dah makin meningkat dan bukan senang nak jaga anak2 bila dah tua…

    0

    0