Memang Che Ta Banyak Bantu Kewangan Keluarga Tapi Tidak Bermakna Saya Tidak Sumbang Apa- Apa – Zain Saidin

Hiburan

Memang Che Ta Banyak Bantu Kewangan Keluarga Tapi Tidak Bermakna Saya Tidak Sumbang Apa- Apa – Zain Saidin

Berkahwin dengan seorang wanita berjaya seperti Rozita Che Wan membuatkan pelakon Zain Saidin sering dikatakan menumpang populariti dan kemewahan Che Ta lebih-lebih lagi Zain juga mampu untuk tampil dengan gaya yang agak mewah.

Advertisement

Ramai yang tertanya apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Zain untuk mempunyai kehidupan sebegitu dan adakah benar beliau terlalu bergantung kepada isteri.

Mengakui sering menerima persepsi sebegitu daripada masyarakat, Zain memberitahu beliau tidak berkecil hati.

Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami.

Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti.  Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat?  Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat.

Tambah Zain, beliau memang tidak begitu menyerlah dalam dunia lakonan namun tidak bermakna beliau menumpang hasil isterinya.

Tak patutlah kata saya menumpang Che Ta kerana orang lain pun tahu yang saya juga ada kerjaya sendiri. Ya, saya tak menyerlah dalam bidang lakonan, malah saya juga sudah kurang untuk berlakon. Tetapi tak bermakna saya tak ada kerja.

Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media.  Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia.

Biasalah tu Zain, kalau isteri yang lebih daripada suami pasti ada sesetengah pihak yang mengata mereka menumpang hasil isteri. Bersabarlah, buktikan anda mampu berjaya juga selepas ini dan menutup semua mulut yang mengkritik anda bergantung dengan Che Ta.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...