Written by Bella | August 5th, 2015

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung bersama suami Tengku Shahreza Tengku Aziz, pelakon serta penyanyi Maya Matahari enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga beliau retak kerana ingin menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.

Walaubagaimanapun, Maya menafikan sekerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka. Meskipun mereka sudah tidak tinggal bersama lagi, Maya masih lagi menjaga hubungan baik bersama Shahreza.

Tidak semua perkara berpunca daripada orang ketiga. Tidak dinafikan pelbagai cerita sampai ke telinga saya, namun saya memilih untuk tidak terlalu mendengar cerita tanpa bukti kukuh. Sudah lama saya mengunci mulut dan tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi ini. Ya, saya akui saya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Malah, kemelut rumah tangga kami sudah berlarutan sekian lama. Saya akui perlu mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah. Tidak kira apa kesudahannya, saya dan suami masih berhubung secara baik.

Buat masa ini, beliau tidak mahu terlalu memikirkan masalah rumah tangganya dan hanya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya. Untuk pengetahuan anda, status rumah tangga masih lagi tergantung dan tiada keputusan yang telah dibuat untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Umur pun hampir mencecah 40 tahun, jadi saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif saja. Saya menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah.

Selain kerjaya, saya juga memberi fokus kepada ibu saya yang diserang sakit jantung. Saya dan adik beradik lain mengambil giliran menjaga ibu saya. Disamping itu, saya juga mempunyai jadual kerja yang padat.

Pada pendapat kami, kerjaya itu memang penting tetapi janganlah pernah ambil ringan dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi didalam rumah tangga. Jangan terlalu kejarkan kerja tetapi akhirnya hati dan jiwa tidak tenteram serta merasa sunyi tanpa teman disisi.

Sumber Berita: Berita Harian

12 responses to Maya Matahari Nafi Kehadiran Orang Ketiga Punca Rumah Tangga Retak

  1. anon says:

    Habis, kalau bkn kerana org ke3, kenapa pulak nak bercerai? Dah bosan ke hidup bersama…. Wonder dia org ni ade anak tak..

    0

    0
    • minah jambu nice girl says:

      oooo keturunan tengku tengku jugak laki dia ni eh…minah jambu tk pernah tahu ini semua…cantek2 gini pon laki tknk ke ? dh ada anak ke tk ni ? or mungkin maya belom ada anak lagi or maybe dia tkn beranak mungkin ..orang ke tiga ? ai maya macm gini punye jambu laki ada lain girl ke ? cian nyeee….maya u sabar aje ok kalau ada peluang berlakon u ambek aje ok jadi u ada jugak duit nk belanja…lov uu..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Muka sama je mcm dlu. Amy mastura pn sama. Awet muda

        0

        0
      • Mak jah 55 sen says:

        Ni mungkin dia ni jenis lemah atas katil la ni .
        Tngk mak jah time muda dulu bergusti atas katil gan arwah abg mael .
        Baru la suamj sayang.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Apahal ni ????

    0

    0
  3. Sabri Ali @ Nick says:

    Tabahkan hati akak Maya..

    0

    0
  4. kiah kokdiang says:

    Laa..baru taw nama dia maya matahari..dok igt kot maya ja..hehehe

    0

    0
  5. Jadoo says:

    bunga-bunga matahari..anggun mekar..di taman sari..lalala..

    0

    0
  6. Tema Camelia says:

    dulu maya ni biasa2 je, idak bercerai beria. ni dah cun melecun dan putih mulus, rumah tangga retak. the situation sent us a message here hmm.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    laaa.aku rasa macam cerita ni (cerai) mcm dah lama.bukan dia tengah berkawan dengan mamat yang rupa ala-ala wak doyok.orang klate rasanya.smart mamat tuh

    0

    0