Mawar Rashid Terkejut Raf Yaakob Sudah Sediakan Rumah, Tidak Ada Niat Untuk Menunjuk

Hiburan

Mawar Rashid Terkejut Raf Yaakob Sudah Sediakan Rumah, Tidak Ada Niat Untuk Menunjuk

Lamaran penuh romantik Raf Yaakob terhadap kekasihnya, Mawar Rashid adalah berita paling hangat diperkatakan sekitar minggu lalu. Semestinya Mawar merupakan seorang gadis yang bertuah apabila menerima lamaran seperti di dalam filem Hollywood.

Advertisement

Menerusi foto lamaran yang dimuat naik oleh Mawar, ia turut berlatarbelakangkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Menjawab segala persoalan, Mawar akui rumah tersebut juga salah satu kejutan Raf buat beliau. Itulah rumah yang bakal mereka tinggal bersama selepas berkahwin.

Ya, memang saya tak sangka dan terkejut melihat kesungguhannya sewaktu itu, malah saya juga telah dikejutkan dengan berita tentang rumah itu.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk seperti yang netizen fikirkan, tetapi saya memang teruja dan tidak sangka kerana Raf memberitahu di rumah inilah kami akan tinggal bersama sebaik sahaja bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu buat masa ini mereka berdua sedang sibuk menguruskan majlis pertunangan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Mawar juga berharap agar segala perancangan mereka untuk berkahwin juga berjalan dengan lancar kerana enggan lagi masyarakat terus memperkatakan tentang hubungan mereka ataupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...