Written by Bella | March 13th, 2017

Minggu lepas, kami ada menyiarkan artikel dimana adik kepada Datuk Fazley iaitu Raf Yaakob seakan sedang dilamun cinta dengan pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid menerusi sebuah foto dan kapsyen romantis yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Terbaru, menerusi portal Harian Metro, Mawar telah tampil menjelaskan gosip percintaannya itu. Menurut Mawar, beliau dan Raf masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan mengakui beliau dan Raf diperkenalkan oleh Emma Maembong yang sememangnya berkawan rapat degan Raf sejak daripada kecil. Mawar pula, adalah rakan baik Emma.

Antara saya dan Raf, kami belum lagi isytihar hubungan kami ini sama ada bercinta ataupun tidak. Buat masa ini saya senang kalau umum tahu bahawa kami berkawan. Saya mengenali Raf menerusi Emma Maembong, memandangkan keluarga Raf mengenali keluarga Emma sejak dulu. Emma dan Raf sendiri berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Disebabkan saya mengenali Raf baru dua bulan, jadi saya tidak berani untuk memberi komen lanjut. Pada saya, sebaiknya ikut saja perkembangannya bagaimana. Kalau ada jodoh dan tertulis Raf adalah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing, saya akan terima dengan hati terbuka.

Umum mengetahui Raf adalah seorang duda beranak dua, tetapi Mawar sedikit pun tidak kisah dengan status Raf. Mawar akui Raf mempunyai sifat bertanggungjawab dan apa yang penting lelaki itu mampu membimbingnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Sebagai bapa tunggal, saya dapat tengok bagaimana Raf memikul tanggungjawab. Dia melayan anaknya dengan penuh kasih sayang. Raf juga lelaki yang mementingkan keluarga.

Perkara itu membuatkan saya lagi berasa selesa kerana sebagai mana dia menjaga anak-anak dan keluarganya, sudah tentu kalau kami ada jodoh, dia juga akan menjaga saya seperti itu.

Mawar berjanji sekiranya beliau mempunyai sebarang berita gembira tentang hubungannya dengan Raf beliau pasti akan berkongsi mengenainya dengan peminat.

Sumber Berita : Harian Metro

17 responses to Mawar Rashid Jawab Gosip Sedang Bercinta Dengan Raf Yaakob

  1. aaakulahhh says:

    mamat ni sbnrnya nak try emma tp x brani jek..
    tp ckp bertanggungggjawab bagai…x wife die meninggal ke? innalillah la..

    tp kalau takat berceria ..celah mana tanggungjawab abah dia…jaga elok nnti nk kene cerai jugak?

    9

    0
    • Anonymous says:

      mawar cari lah org lain.

      4

      0
    • anonymous says:

      Isteri dia masih hidup la. Maria Suleiman.. Baru je cerai 6 bulan lalu..
      Ntah kenapa nak ckp bapa tunggal padahal isteri dia yang dapat hak jagaan.

      12

      0
      • Gst says:

        Maria cantik. Anak kecik lagi weh. Ni mesti ala ala kes faisal nasimudin. Acah2 sayang anak padahal nak perhatian je.

        2

        0
        • Anonimes says:

          Sgt cantik ok maria tu. Xtau ape lebihnye si mawar n kurangnye maria. Da dpt isteri yg baik, cantik, educated lg ape lg yg ko nk. Budget cam handsome sgt ke? Igt la org tu da sacrifice kn diri die utk ko, bg ank2 utk ko, cani ke ko balas. Kesian ank2.

          0

          0
    • celahabahdia says:

      memang dia nak try emma, dulu pun bukan kawan dari kecik saja… semua propa…….. mmg tanggungjawab celah abah dia la…. mamat ni memang terkenal dengan “perangai” dia..

      2

      0
  2. Anonymous says:

    suka dengan mawar ni.. gedik tapi comel..

    1

    8
  3. Anonymous says:

    STATEMENT PEREMPUAN NI MACAM BUDAK TAK SEKOLAH

    2

    0
  4. citacitata says:

    bapak bertanggungjawab apa yang tinggal isteri? nampak sangat gila glamor… raf yaakob ni orang naik menyampah tengok..sudah sudahlahhhh bukan bapak tunggal… ex wife dia masih hidup…..

    7

    0
  5. Sepaun says:

    Suka tgk mawar ni dlm drama suamiku paling sweet… Nmpk sopan, berseri, cantik, sederhana, humble, menarik, sejuk mata memandang tp x minat dia luar dr drama tu ????????????????

    4

    2
  6. batu bersurat says:

    statement paling mudah, sebab lelaki ni kaya je.
    kalau tak, takkan pandang pun

    8

    0
  7. bbbbbbburpppp says:

    ni bukan minah GST ke? kan? kan? tak ingat nama minah tu, tapi rasanya yg ini laa..sbb ingat la jugak muka org tak hadam GST..
    ke salah org ah?

    1

    0
  8. gst says:

    Mawar putus sebab raf ke? Muka bangla poket tebal pun boleh jalan

    1

    0
  9. anon says:

    Tu lah tu …. muka Bangla cam ni pun dia boleh taste ker ?

    2

    0

Leave a Comment

Optional