Written by serenity | March 9th, 2016

Pasangan Fizo Omar dan Mawar yang merupakan usahawan perniagaan tudung keluarganya iaitu Fareeda baru-baru ini mendapat kritikan kerana mutu perkhidmatan restoran ‘FizoMawar Kitchen’ milik mereka di Bangi, Selangor.

Kritikan itu ditulis oleh seorang penulis blog yang berpendapat terdapat aspek yang perlu diperbaiki dalam perniagaan restoran itu dari segi pengurusan masa penyediaan makanan dan rasa teh hijau yang terlalu manis. Rebiu penulis blog itu menjadi viral di media sosial dan Fizo bertindak mengkritik semula penulis blog itu.

Bagaimanapun Fizo telah meminta maaf apabila kritikan balas olehnya mendapat reaksi negatif Netizen.
 photo 11939570_1042986395759498_998299684_n.jpg
Melalui Utusan Online, isteri Fizo, Mawar memberitahu yang dia terus memberi semangat kepada Fizo walaupun ada pihak cuba menjatuhkan suaminya itu:-

Sebelum ini dia berada dalam dunia seni dan saya pula dalam dunia perniagaan. Sekarang apabila dia serius dalam bidang perniagaan, kami perlu saling membantu.

Sebab itu bila ada yang cuba menjatuhkan dia, mereka macam-macam cerita tidak betul tentang bisnes kami, apa yang boleh saya bantu adalah dengan terus memberi semangat, menyokongnya tanpa henti.

Saya sentiasa ingatkan dia, melayan perkara sebegini tidak akan membuahkan hasil dan mengubah apa-apa, jadi jangan terlalu ambil pusing.

Di usia perkahwinan yang masih muda, Mawar sendiri enggan terlalu memikirkan jika ada yang sakit hati melihat mereka. Kerenah manusia terlalu banyak dan tidak terdaya untuk dia sendiri memuaskan hati semua orang.

Manusia ini pelbagai dan sukar untuk saya sendiri puaskan hati semua orang. Pendekatan yang saya ambil kini pastikan keluarga dan orang terdekat bahagia dahulu. Jika terlalu fikirkan apa orang fikir, saya tidak rasa kita boleh ke hadapan. Sama juga dalam soal perniagaan, itu yang saya kongsi selama ini dengan Fizo.

Fizo pula memberitahu bahawa restoran ini juga untuk memenuhi impian ibunya yang gemar memasak. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perniagaan FizoMawar Kitchen dia menghabiskan masa berbulan di Thailand untuk mendapatkan resipi masakan terbaik.

Untuk memastikan restoran ini hanya menghidangkan yang terbaik jadi saya akan berulang-alik ke Thailand sebulan sekali untuk mendapatkan bahan asas masakan.

Bagi saya boleh ambil jalan mudah dengan mengimport terus bahan-bahan ini, tetapi dalam meletakkan FizoMawar Kitchen terus berada dalam kedudukannya sendiri, saya rela meluangkan masa untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk pelanggan.

Bukan itu saja, Fizo turut memasak di restoran miliknya dan isteri itu:-

Selama beberapa bulan saya mengelilingi Thailand untuk belajar beberapa resipi, jadi saya gunakan kesempatan ini berkongsi setiap menu menarik. Mujur buat masa sekarang juga pekerja saya sudah mahir dengan resipinya, tetapi pada masa depan saya sudah merancang untuk memperkenalkan beberapa masakan lain.

Tidaklah semua masakan di sini berasal dari Thailand, ada juga beberapa masakan ibu yang turut saya sajikan di sini. Sebab itu selain saya dan isteri, ibu juga memainkan peranan yang penting di restoran ini.

Tahun ini kami merancang untuk membuka tiga lagi cawangan di kawasan Lembah Klang. Untuk jangka masa panjang pula kami sasarkan untuk mempunyai cawangan di beberapa buah negeri pula.

Seringkali kita lihat selebriti menceburkan diri dalam perniagaan makanan. Bersandarkan pada populariti, ramai yang sedia mencuba makanan di restoran selebriti. Namun begitu telah banyak perniagaan makanan artis gulung tikar kerana tidak serius dan tidak mengambil positif kritikan pelanggan, juga kerana harga yang tidak masuk akal.

Ada baiknya mana-mana pengusaha restoran atau perniagaan makanan mendengar dan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kesedapan makanan di premis masing-masing supaya kekal relevan dalam bidang yang terlalu banyak persaingan ini.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Mawar Fareeda Tidak Ambil Pusing Ada Pihak Cuba Jatuhkan Fizo Omar

  1. kau sibuk kenape says:

    like i care..

    0

    0
    • Mawar Porrrrdah says:

      Minah ni cakap bajet macam laki dia hebat sangat sampai orang nak jatuhkan. Bila bukak restoran, memang orang akan bagi review. Dah tu, takkan sampai orang tak boleh ada pendapat? Bila orang komen negatif, mula lah, “melayu dengki” la, “nak jatuhkan” la… apa, laki ko hebat sgt ke mawar pordah oi sampai org nak jatuhkan bagai? Please lah minah.

      Laki bini ni memang tak boleh kena tegur.

      Teringat dulu dia tulis dekat Facebook dia yang orang miskin takat kerja kerani je tak payah lah nak pakai tudung fareeda.

      Lepas tu, baru2 ni dekat Mawar fareeda punya fan page, ada dia upload pasal shampoo dia. Packaging buruk gila, lepas tu, semua agen2 dia komen “Wow, wow”… Bila orang tegur kata packaging buruk, dia mengamuk habis tuduh orang macam2 siap tag2 orang lagi. Bila orang kata yg komen “wow” semua kena bayar, dia meroyan lagi, katanya tu semua agen dia dan staff dia, bukannya dibayar utk komen. HOI, mawar pordah oi, STAF dengan AGEN ko tak bayar ke? Bangang abadi.

      Org tegur, taknak terima.

      Dunia akhir zaman bila orang jual tudung tidak menutup aurat dgn sempurna. Sekian. Bye.

      0

      0
  2. nuhh says:

    AMBUL LA ABG NARA ! AMBUL .. Hahaha!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    air sedap, makanan sorry kureng la. gmbr tunjuk lain, smpai lain. kalu boleh buat hidangan sama macam dlm gmbr lg bagus, kebanyakkan org order makan tgk gmbr.

    0

    0
  4. Lorat says:

    Berniaga bab makan ni kena lebih ikhlasnya, jangan fikir untung semata belum apa2 dah nak tambah cawangan merata, bukan nak jatuhkan Melayu.. cuma pesanan mesra dari sesama Muslim.
    Orang buka kedai makan, ko pun nak.. kalau betul ikhlas nak meriahkan tekak perut semua takper.. bagus.. tapi kalau sekadar nak untung jer.. mmg tak kekal lama la ko. Cer tengok Melayu lain yang kekal lama dalam bidang ni, belajar la dari mereka yer.

    0

    0
    • kuali karat says:

      betul gak, yg ni baru nk mula dh nk bukak cawangan…klu cawangan lg la pusing jd nya mcm2 hal…kedai mamak kt area aku pun dh berapa tahun operasi baru bukak satu cawangan tp tu pun xjauh dr cawangan utama, so senang nk monitor, control…btw tu kan bisnes dia…biarlah dia gan kualinya

      0

      0
  5. adaakukesah says:

    WANNABE

    0

    0
  6. gogo says:

    sapa yg nk jatuh kn ko fizo. org cuma bagi review. lg satu ko patut jaga attitude ko.ko ja perasan lebih. org cuma nampak ko poyo. ko belakon n mengacara pon xkemana. xberbakat langsung. org kritik. xda sapa nk jatuh kan ko.jgn nak perasan.

    0

    0
  7. DIDI says:

    MENYAMPAH NGAN PASANGAN NI ..PERASAN CUTE..PERASAN HOT..SORI SKU MINST SCHA NGN AWAL JER

    0

    0
  8. suzie says:

    Nk tanya sapa yg dh pi mkn direstoran dia..korang mkn apa? sodap ka makanan yg dihidangkan? ..harganya mcmana?

    0

    0