“Mati Syahid? Mereka Datang Untuk Belajar, Mereka Mati Kerana Cuai”, Naz Rahman Hentam Kenyataan Pengetua Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah

Hiburan

“Mati Syahid? Mereka Datang Untuk Belajar, Mereka Mati Kerana Cuai”, Naz Rahman Hentam Kenyataan Pengetua Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah

Jarang Abang Nara melihat kenyataan bernas daripada selebriti tentang isu semasa. Namun kata-kata Naz Rahman yang popular menerusi program Jalan-Jalan Cari Makan tentang isu kematian 24 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di Keramat  akibat kebakaran ini harus dipuji. Bagi Abang Nara, kita tidak menafikan pelajar-pelajar ini mati syahid, namun punca sebenar kematian mereka kerana kecuaian pihak pengurusan. Janganlah hanya dengan perkataan “syahid” itu kita menutup sebelah mata atas sikap acuh tak acuh pihak ini.

naz rahman

Advertisement

Semuanya bermula apabila Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod mengeluarkan kenyataan para pelajar yang meninggal dunia di dalam kebakaran tersebut adalah mati syahid.

naz rahman

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Naz Rahman telah menghentam Pengetua Pusat Tahfiz tersebut. Antara kata-kata Naz Rahman:-

naz rahman

naz rahman

Abang Nara bersetuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh Naz Rahman. Memang kita bersedih dengan pemergian adik-adik ini, namun kita tidak harus menafikan dan memandang sebelah mata kecuaian mereka yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan para pelajar pusat tahfiz tersebut. Abang Nara juga kecewa dengan mereka yang berkata “benda dah nak jadi”. Wow. Sebenarnya benda ini benda yang boleh dielakkan, tetapi kerana sikap sambi lewa, akibatnya harus ditanggung oleh kanak-kanak tidak berdosa ini. Semoga pihak yang terbabit akan dibawa ke muka pengadilan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...