Written by AbangNara | June 25th, 2015

Tersipu-sipu malu Abang Nara membaca teguran Datuk Chef Wan ini. Abang Nara juga termasuk dalam golongan tamak dan gelojoh di bulan Ramadhan. Hujung minggu lalu masa pergi ke pasar Ramadhan, Abang Nara beli punyalah banyak kuih. Apam balik, akok, karipap, air tebu dan macam-macam lagilah. Sekali tue masa berbuka, apam balik dapat makan sepotong je. Kuih-muih lain langsung tak sentuh. Nasib baik air tebu berjaya dihabiskan.

chef wan

Nasib baiklah tahun ini Abang Nara masih berjaya tak pergi buffet Ramadhan lagi. Teringat tahun lepas masa buffet amik lauk punyalah banyak. Sekali tue bila dah makan nasi, terus tak sentuh lauk-lauk lain. Membazir. Jadi tahun ini Abang Nara insaf dan tak nak membazir macam itu lagi. Bak kata Chef Wan:-

Mereka sering mengambil makanan dengan banyak ketika di hidangan buffet, tidak mahu beratur tetapi akhirnya tidak mampu menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan.

Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?

chef wan

Fuh!!! Memang pedas teguran yang diberikan, namun itulah kenyataan. Biasalah manusia bila lapar memang semua benda rasa nak makan. Tapi bila dah minum air segelas, terus hilang rasa lapar. Makanan pun tak disentuh. Pembaziran berlaku. Jadi marilah kita sama-sama elakkan perkara sebegini berlaku. Kalau pergi pasar Ramadhan tue, bawak RM5 sahaja. Beli jangan lebih. Insya Allah tak membazir. Sumber Mstar Online.
marsh

P.S: Raya Sale sudah tiba! Jemput datang ke butik Marshmallowscarf di Bangi Sentral pada 27hb Jun, Sabtu bermula jam 10 pagi untuk menikmati pelbagai diskaun koleksi baru hari raya yang sangat mewah dan glamour pada harga sangat berpatutan! Percuma shawl untuk 100 pembelian pertama, siapa cepat dia dapat! Ingat temujanji kita Sabtu ni ya! Follow Instagram Marshmallowscarf dan like Facebook Marshmallowscarf atau telefon 018-3374-680 untuk keterangan lanjut. Jumpa di sana!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Masyarakat Kita Tamak & Gelojoh Di Bulan Ramadhan – Chef Wan

  1. melati says:

    kita bukan nya tamak or Gelojoh ..tapi memang nk nampak meriah.nk sambut Raya…kalau berbuka pun nk jimat contoh Nasi gan ikan sardin, maner meriah nya…ibarat tk menghargai bulamn ramadhan lah…biol lah Chef Wan ni…gi terjun KLCC tu…menggong.

    0

    0
    • Anonymous says:

      maksud die jgn la tamak beli berbungkus2..beli macam nak buat kenduri kecik gamaknye..setakat neh aku belom lagi jejak pasar ramadhonn..masak je, bersih2 pon ye, jimat, puas hati..

      0

      0
  2. Latipah says:

    setuju dgn chef wan!

    0

    0
  3. ayahanda abdul rani kulup says:

    najib ngan rosmah tu lagi tamak…ko x bising plak

    0

    0
  4. aku says:

    terpulanggggg

    0

    0
  5. abc says:

    nasi tomato + kuih keria 4 biji + teh ais ikat penuh

    0

    0
  6. starshine says:

    alhamdulillah…dh bertahun tak merayap mcm org gile kt bazaar ramadhan…beli byk2 pastu buang..skng ni klu beli pun satu jenis je kuih…klu beli lauk pun satu jenis je…sbb serik pu ye jugak…beli2 tp xrase mcm mkn samph..wat sakit hati je…cer biler nk buang mknn tu kira berapa harga dia…berani tak korang nk letak sekeping RM10 (contoh)tu dlm tong sampah..buat cm tu..lain hari mesti beringat…

    0

    0
  7. nia says:

    biar betul bawak rm5 je bang nara?air kat pasar pon satu bungkus dah rm2.nasi tomato pon rm4-rm5 sebungkus…..

    0

    0
  8. Weird says:

    Soalan utk Nara,

    Komen Chef Wan boleh terima,kenapa komen Abby x boleh? Komen mereka berdua sebenarnya sama,kita berhabisan untuk perkara yang x sepatutnya masa bulan Ramadhan, sampaikan restoran yg takde sijil halal pun nak kejar buat bufet Ramadhan sebab nak kejar untung. Siapa yg bagi mereka idea ni?kita sendiri yg bagi dari cara kita nak makan untuk bukak puasa as if esok2 x boleh nak makan dah.

    Teguran Chef Wan isu beli makan bukak puasa,Teguran Abby kepada cara kita menyambut Ramadhan itu sendiri,termasuklah isu makan untuk berbuka,kedua duanya kita kena amik perhatian sebab betul.

    Atau Nara sebenarnya ada personal issue dgn Abby?Kalau xde,kenapa Komen Chef Wan anda boleh terima tapi komen Abby ada argument balas?

    0

    0
  9. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    minah jambu buka nasi aje lagi best…laok kite2 tk cerewet asalkn sedap..sadin sambal pon boleh bedal..

    0

    0
  10. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    helo chef wan..staon skali aje biar la dorang nk beli ape atau pon makan ape yg dorang nak lantak dorang la chef wann..dorang nk meriahkn diri dorang sendiri tu biar aje laa..

    0

    0
  11. nyonya mansor says:

    Perangai tamak ni tak habis masa bazar ramadan je..masa open house tetamu amik juadah tak ingat..yg aq pelik mak budak amik makanan anak dia yg umur5-8thn macam org dewasa klu yg ada buat satey tah btp cucuk dia sebat..tp ko tengok la lps tu ada balance lg..kenduri kahwin pn sama gak..almaklumlah free kita mentedarah la

    0

    0
  12. mimi says:

    Belum g bazar Ramadan lgi..xperlu… blik keje smpat masak.. lg bersih n jimat kenyang jugak… anak2 pun xkisah makan xmewah mana… bersyukur dgn kesederhanaan … air tebu mmg xpernah beli lg sbb biasanya diaorg letak or sndar kat tanah…. xjamin bersih tkut kncing tikus meresap dln urat2 tebu tu…

    0

    0
  13. mojo says:

    termasuk kau sekali la..acacah kau sorang yang suci.phuii skali.

    0

    0